Penafian (Disclaimer)
RahsiaRxLite.com adalah laman web peribadi untuk tujuan Promosi sahaja. Ianya tiada kaitan dengan laman web rasmi WorldWellness Network (WWN). Pihak Kami adalah merupakan pengedar sah bagi RxLite, Rx-Water serta barangan keluaran WWN yang lain. Laman web ini juga merupakan satu inisiatif untuk mengembangkan keahlian di bawah rangkaian Kami.
RahsiaRxLite.com sedaya upaya memastikan segala kandungan laman web serta buku (ebook) atau mana-mana artikel yang kami siarkan atau terbitkan mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti dari segi subjek yang dibincangkan. Segala maklumat yang Kami siarkan TIDAK BOLEH dianggap memberi khidmat nasihat kesihatan, psikologi, undang-undang, kewangan ataupun khidmat professional yang lain kepada pembaca.
Maklumat dan kaedah yang disarankan dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) yang Kami tulis adalah bagi membantu pembaca di dalam memenuhi potensi diri mereka sahaja. Pembaca seharusnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan serta pemeriksaan doktor ataupun pakar kesihatan sebelum memulakan program Diet, kecergasan, sukan atau apa-apa perkara berkaitan dengan kecergasan serta kesihatan yang dicadangkan. Pembaca boleh menggunakan serta mengamalkan segala maklumat di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) Kami dengan risiko anda sendiri.
Segala penerbitan penerbitan buku (ebook) yang Kami tulis di dalam laman web ini adalah diluar kawalan WorldWellness Network dan Dr. Noordin Darus. Pihak WorldWellness Network dan Dr. Noordin Darus, tidak mempunyai sebarang kaitan di dalam penyiaran artikel yang terdapat di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) Kami.
Di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) kami ini juga terdapat pautan (hyperlink) ke laman web serta maklumat yang dibuat dan dikendalikan oleh individu dan organisasi yang lain. RahsiaRxLite.com tidak mempunyai sebarang kawalan bagi menjamin sebarang ketepatan, lengkap, relevan, atau ketepatan dari segi waktu dari setiap maklumat atau dasar privasi yang terdapat pada laman web tersebut.
Kesemua barangan dan perkhidmatan yang disyorkan di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) kami adalah berasaskan kepercayaan dan keyakinan bahawa sebarang pembelian barangan dan perkhidmatan yang disyorkan tadi dapat membantu pembaca secara umumnya.
Disebabkan mungkin terdapatnya hubungan berbentuk material diantara RahsiaRxLite.com dan Pembekal barangan ataupun perkhidmatan yang dinyatakan di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) tersebut, anda hendaklah selalu mengandaikan bahawa Kami mungkin berat sebelah di dalam setiap maklumat yang ditulisnya.
Ini disebabkan hubungan pihak Kami dengan Pembekal dan/atau keranan Penulis telah menerima atau akan menerima sesuatu yang bernilai daripada pihak Pembekal. Sila lakukan penyelidikan dan penyiasatan anda sendiri sebelum membuat pembelian sebarang barangan ataupun perkhidmatan yang dinyatakan di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) Kami.
Jenis habuan yang diterima oleh Kami mungkin berbeza. Di dalam beberapa kes, pihak Kami mungkin boleh menerima produk percuma, perkhidmatan, atau wang dari Pembekal terlebih dahulu kerana menyatakan atau mempromosikan barangan ataupun perkhidmatan yang disediakan oleh Pembekal di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) Kami.
Selain itu, pihak Kami mungkin akan menerima bayaran di dalam bentuk wang komisyen atau habuan berbentuk bukan kewangan apabila anda mengambil tindakan dengan meng‘klik’ pada sebarang pautan di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) kami. Ianya juga termasuk, tetapi tidak terhad hanya kepada, apabila anda membeli barangan atau perkhidmatan daripada pihak Pembekal selepas mengklik pautan pada laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) tersebut.
ANDA DINASIHATI SUPAYA SENTIASA MELAKUKAN PENYELIDIKAN ANDA SENDIRI SEBELUM MEMBELI BARANGAN ATAUPUN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARIPADA SESIAPA SAHAJA DI INTERNET. INI TERMASUKLAH BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG DIJUAL MELALUI PAUTAN YANG TERDAPAT DI DALAM LAMAN WEB, BLOG, FORUM, ARTIKEL SERTA BUKU (EBOOK) KAMI.
RahsiaRxLite.com tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan, kecacatan fizikal atau mental, menjejaskan kesihatan atau kematian akibat menggunakan atau mengamalkan sebarang maklumat, produk, perkhidmatan yang terdapat pada pautan tersebut ataupun segala maklumat yang terdapat di dalam laman web, blog, forum, artikel serta buku (ebook) Kami.
RahsiaRxLite.com juga menawarkan kepada ahli-ahli yang menjadi Ejen / Pengedar barangan keluaran WorldWellness Network di bawah tajaan Kami 'Laman Web PERCUMA' bagi membolehkan mereka menjual dan memasarkan produk-produk tersebut.
Pihak RahsiaRxLite.com juga tidak bertanggung-jawab sekiranya berlaku sebarang kerugian ke atas diri anda akibat daripada pembelian barangan WorldWellness Network di laman web yang diuruskan oleh ahli-ahli Kami.
Sila laporkan kepada Kami sekiranya terdapat mana-mana ahli RahsiaRxLite.com yang telah melakukan salah-laku, penipuan, kecuaian dan sebagainya bagi membolehkan pihak Kami dan WorldWellness Network mengambil tindakan terhadapat kesalahan yang mereka telah lakukan tersebut.





