RahsiaRxLite.com > Produk WWN > Rx-Coffee

Rx-Coffee - Kopi Aura WorldWellness Menakjubkan!

Khamis, 23 Februari 2012
Share

Rx-Coffee Bukan Sekadar Kopi Biasa.

Kopi Beraura Pertama - Menggunakan Formula Rx-Water, Diperkaya dengan Anti-Oksida & Herba-Herba Terbaik di Dunia.

 

Sanggupkah anda... menghidangkan minuman orang tersayang yang boleh mendatangkan gastrik, ketagihan, sukar tidur, kencing manis, kanser, mengandungi kafein, boleh menyebabkan migrain, sakit buah pinggang dan sebagainya? Atasi masalah ini sekarang dengan Rx-Coffee!

Rx-Coffee

 

Kopi semakin menjadi minuman wajib bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Malah, jika mengikut data antarabangsa, hampir 50% daripada penduduk di negara maju terdiri daripada mereka yang meminum kopi. Jadi tidak hairanlah untuk melihat syarikat pengeluar berlumba-lumba menghasilkan kopi untuk memenuhi permintaan yang hebat di seluruh dunia.

Kopi juga telah didapati membantu dalam aspek kesihatan minda dan tubuh badan. Sebagai contoh, kopi mengandungi 4 kali ganda bahan anti-oksida berbanding teh hijau biasa. Di antara kajian-kajian yang disahkan berkenaan kopi termasuklah:

  • Meminum kopi mampu mengurangkan risiko pra-diabetis sebanyak 62%
    - Kajian University of California, San Diego
  • Kopi mengandungi 4 kali ganda bahan antioksida berbanding teh hijau biasa
    - Nestle Research Centre, Switzerland
  • Kopi mengurangkan risiko penyakit gout di kalangan lelaki di atas umur 40 tahun - Arthritis Rheum
PERINGATAN: Walau bagaimana pun, meminum 'kopi biasa'' secara berlebihan boleh membawa kepada masalah-masalah kesihatan yang lain seperti masalah migrain, peningkatan kadar degupan jantung dan masalah ketagihan kepada kafein.

Kajian santifik telah membuktikan bahawa jenis kopi yang diminum dan cara ianya diproses memainkan peranan yang sama pentingnya dengan jumlah kuantiti kopi.

World Wellness Network Sdn. Bhd. menyedari hakikat bahawa pasaran masih terbuka untuk kopi yang mengkombinasikan khasiat kopi biasa tetapi tanpa kesan sampingan negatif dengan ramuan herba yang membawa perubahan positif kepada tubuh badan. Ikuti pendedahanya dibawah ini...

"Saya sememangya berminat untuk mendalami produk kopi berkhasiat, memandangkan saya teringin nak minum kopi tetapi saya seakan tidak boleh menerima kopi biasa," kata Dato' Dr. Noordin Darus, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif WorldWellness Network.

"Hasil daripada kajian kami dan kerjasama bersama pihak pengeluar, kami berjaya mencipta sebuah formula yang memenuhi kriteria saya dan melahirkan 'kopi penyembuh aura' No.1 di Malaysia - Rx-Coffee.

"Rx-Coffee bukan sekadar kopi biasa. Bagi penggemar kopi, rasanya yang enak dan berlemak serta kandungan kafein yang berpatutan akan memenuhi citarasa anda. Yang seronoknya, setiap gelas yang diminum mengandungi ramuan herba yang cukup efektif dalam membantu kesihatan tubuh badan." ulas beliau.

Oleh itu, WorldWellness memperkenalkan Rx-Coffee - iaitu kopi kesihatan yang bebas daripada bahan pengawet atau perasa tiruan dan menggabungkan bahan-bahan terbaik untuk kesihatan anda.

Di antara kombinasi ramuan herba di dalam Rx-Coffee termasuklah Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Bunga Saffron dan Ginseng. Rx-Coffee juga diadun dengan 'kopi Arabica' yang merupakan antara kopi terunggul di dunia dan koko yang mempunyai khasiat kesihatannya tersendiri.

Bahan Utama Rx-Coffee

Berikut adalah khasiat yang terdapat pada bahan-bahan utama yang dijadikan sebahagian daripada Rx-Coffee:

  • Mahkota Dewa - Herba yang digunakan secara meluas di Indonesia dan didapati mampu mengubat seribu macam penyakit kerana kombinasi kimia 'alkoid' (untuk detoks), 'saponin' (untuk anti-bakteria), 'flavanoid' (melancarkan perjalanan darah) dan 'polifenol' (anti-alergi) di dalamnya.
  • Habbatus Sauda - "Gunakanlah 'Hahbattts Sauda' kerana di dalamnya ada sejenis ubat untuk pelbagai macam penyakit kecuali maut" - Sabda Rasulullah S.A.W
  • Saffron - Sejenis bunga yang cukup ekslusif dan tinggi nilainya di seluruh dunia kerana kandungan debunganya yang kaya dengan bahan-bahan menyihatkan tubuh badan. Didapati membantu mengubati pelbagai jenis penyakit termasuklah masalah jantung, hepatitis dan sebagai perangsang minda.
  • Ginseng - Ekstrak dari akar pokok ginseng telah digunakan sebagai sebahagian daripada perubatan tradisional kaum Cina sejak Dinasti Tang (618-907 sebelum Masihi). Didapati memperkuatkan kan sistem antibodi badan dan menguatkan daya ingatan.
  • Kopi Arabica - Rx-Coffee juga diadun dengan 'kopi Arabica' yang merupakan antara kopi terulung di dunia.
  • Koko - Serbuk koko semulajadi telah digunakan didalam Rx-Coffee kerana ia didapati mengandungi elemen anti-oksida yang tinggi untuk mempertingkatkan kebolehan tubuh badan menghadapi ancaman radikal bebas.

Seperti kesemua produk WorldWellness, Rx-Coffee diproses menggunakan air Rx-Water, yakni air penyembuh aura pertama di dunia.

"Saya cukup teruja apabila saya sendiri kini menjadi penggemar kopi melalui Rx-Coffee. Saya dapati ramai daripada pengguna sebelum ini tidak meminum kopi, tetapi boleh menerima Rx-Coffee. Malah, ada yang menggunakannya untuk proses rawatan.

Walaupun Rx-Coffee ini bebas daripada bahan pengawet atau perasa tiruan, kami sering menerima respon yang sama daripada pengguna - kopi ini adalah antara kopi paling sedap yang mereka pernah rasakan. Kalau ada yang ragu-ragu, saya syorkan untuk anda cuba dahulu, baru tahu..." ujar beliau mengakhiri temu ramah eksklusif ini.

 

Kelebihan Rx-Coffee

Kesemua kombinasi diatas menghasilkan kopi yang telah didapati boleh diminum bukan sahaja oleh peminum kopi tetapi juga mereka yang sebelum ini tidak boleh minum kopi seperti mereka yang mempunyai penyakit migrain. Malah, ianya telah digunakan sebagai sebahagian daripada proses rawatan oleh mereka yang memang tidak boleh lepas daripada meminum kopi.

Antara kelebihan-kelebihan Rx-Coffee berbanding pelbagai lagi kopi yang terdapat dipasaran serta bagaimana ia dapat membantu mengatasi masalah anda:

  • Sesuai diminum oleh semua golongan; walaupun anda tidak boleh minum kopi sebelum ini.
  • Para pengidap 'migrain' juga dapat menikmatinya tanpa menyebabkan berasa pening.
  • Sesuai bagi individu yang mempunyai penyakit 'gastrik'; memberikan rasa kenyang dan tiada rasa pedih pada perut.
  • Dapat membantu mengatasi masalah muntah-muntah atau cirit-birit (akibat demam, keracunan makanan atau alahan ubat bius).
  • Dapat memberikan tenaga tambahan yang diperlukan oleh tubuh terutama ketika dibulan Ramadhan.
  • Sesuai digunakan bersama RxLite bagi membantu anda mengatasi masalah berat badan.
  • Bebas daripada bahan pengawet atau perasa tiruan.
  • Tidak mengandungi 'asetat' (yang memberi bau harum kepada kopi tetapi boleh membawa masalah buah pinggang).

EN JAMADI B. PONIN - SG. BESAR, SELANGOR

Selama lebih kurang 15 tahun saya tidak mengambil minuman kopi dan teh kerana bila saya minum perut saya akan rasa sakit dan pening kepala. Pada suatu harisaya telah menghadiri acara kempen produk-produk baru WorldWellness dimana salah satu produk itu ialah Rx-Coffee. Seorang pengawai WorldWellness telah memberikan saya secawan minuman Rx-Coffee yang telah saya minum kerana ingin mencuba.

Setengah jam selepas meminum Rx-Coffee badan saya mula berpeluh dan rasa segar. Selain dari itu, saya tidak pening atau sakit perut berbanding sekiranya saya meminum kopi jenama lain.

Kini saya dan keluarga amat menggemari Rx-Coffee kerana ia benar-benar membuatkan kami sekeluarga lebih sihat dan bertenaga.

PN IRNI YUSNITA - SG. BESAR, SELANGOR

Testimoni penggunaan serta khasiat Rx-Coffee daripada Pn. Irni Yusnita.

Pn. Irni Yusnita adalah bekas seorang seorang guru dan pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Ismail, Tebuk Pulai, Sabak Bernam. Pada suatu hari (tahun 1998), seramai 12 orang pelajar telah sakit perut akibat keracunan makanan.

Dalam keadaan kelam-kabut tersebut, beliau teringat akan Rx-Coffee yang ada dalam simpanan saya. Walaupun begitu, hanya 3 paket sahaja yang ada pada ketika itu. Berbekalkan 3 paket Rx-Coffee tersebut, beliau telah membancuhnya dan memberikannya kepada 12 pelajar tersebut seorang sedikit.

Alhamdulillah dalam masa bebera minit kemudian masalah muntah dan cirit-birit yang dialami oleh pelajar-pelajar tadi dapat dihentikan. Keesokan harinya hampir kesemua pelajar (kecuali seorang) tadi dapat menghadiri sesi persekolahan seperti biasa. Ini menunjukkan Rx-Coffee ini memang sungguh berkhasiat serta mampu merawat beberapa jenis penyakit.

Selain itu, ayah beliau yang sebelum ini tidak boleh minum kopi yang terdapat dipasaran juga kini boleh menikmati kopi hasil formula Dr. Noordin Darus. Kini beliau telah berhenti daripada Guru dan menjadi Usahawan WorldWellness sepenuh masa.

 

Akhir sekali, ke mana-mana sahaja kopi ini diedarkan, respon yang paling ketara diterima - rasanya unik dan menyelerakan. Rx-Coffee mempunyai rasa yang sememangnya unik di pasaran dan mengeluarkan aroma yang bukan sahaja enak tetapi juga menyegarkan.

 
Beli RxLite Sekarang
 

Sukses sebagai Usahawan Rx-Coffee

WorldWellness Network (WWN) - sentiasa mencari jalan untuk mengembangkan peluang pendapatan yang sedia ada untuk para usahawaan. Projek Copycat 773 yang telah dimulakan sejak bulan Mac 2009 terus mendapat sambutan hangat sehingga kini. Ini disebabkan oleh konsep penggunaan produk untuk kegunaan harian seperti Rx-Coffee, RxLite, Rx-Colostra dan sebagainya.

*Rx-Coffee kini mendapat perhatian di kalangan usahawan dan pengguna, Kombinasi kelazatan dan khasiat cukup menarik untuk dipromosikan," kata Najmie Noordin, Pengarah Eksekutif WorldWellness.

"Di bawah Projek Copycat 773, usahawan Rx-Coffee hanya perlu mengeluarkan modal pusingan RM200 setiap bulan. Pulangan pendapatan boleh berkembang mencecah RM 11,000 ke atas setiap bulan," ulas beliau lagi.

Dengan reputasi untuk produk berkualiti, halal dan peluang pendapatan yang konsisten dan lumayan, peluang jelas terbuka bagi usahawan untuk menceburkan diri dalam pernlagaan dengan Syarikat hak milik 100% Bumiputera yang mempunyai rangkaian antarabangsa ini.

Jadi... rebutlah peluang anda sebagai seorang usahawan WorldWellness dengan mempromosikan Rx-Coffee ini di pasaran. Kehebatannya sudah terbukti, hanya menanti tindakan dari usahawan yang berani!

Untuk maklumat lanjut mengenai usahawan WorldWellness Network (WWN), anda boleh menghubungi kami menmggunakan borang maklum-balas yang disediakan ini.

 

Pelangsingan serta-merta boleh membawa kepada masaalah kesihatan yang kronik. Amalkan pemakanan seimbang bersama RxLite™ untuk masaalah berat badan anda.

Dato' Dr. Noordin Darus

 

produk berkualiti
 
Cara Buat Pembelian || Menerusi SMS || Menerusi Kad Kredit