Rx-Colostra - Tablet Boleh Kunyah Yang Sungguh Lazat
Kombinasi Susu Kambing, Kolostrum, Omega-3 & Bilberry khas untuk Memperkuatkan Sistem Imun Tubuh, Mempertingkatkan Penglihatan dan juga Kecerdasan Minda.
RxColostra ini dicipta untuk memperkuatkan sistem imun tubuh, mempertingkatkan penglihatan dan kecerdasan minda. Ia mempunyai rasa yang sedap serta boleh dikunyah begitu sahaja. Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, kanak-kanak ataupun dewasa.

Dibawah ini merupakan kandungan bahan yang terdapat didalam Rx-Colostra serta khasiatnya:
KOLOSTRUM & SUSU KAMBING - Kolostrum terbukti secara saintifik sebagai makanan yang paling hampir menyerupai susu badan ibu manusia. Memberikan sumber protein tumbesaran (Growth Factor), 'immunoglobin' untuk sistem imunisasi, dan kaya dengan sumber kalsium untuk memperkuatkan tulang dan memperlahankan proses penuaan. Susu kambing pula didapati mengandungi protein yang mudah diserap, lebih banyak kalsium, vitamin dan mineral berkhasiat berbanding susu lembu.
OMEGA-3 - Omega-3, yang biasanya didapati dalam pati minyak ikan, telah digunakan secara tradisional untuk mempertingkatkan kecerdasan minda dan sistem imunisasi badan. Ia juga baik untuk merendahkan paras kolestrol.
BILBERRY - Ekstrak Bilberry digunakan secara tradisional untuk menjaga dan mempertingkatkan kekuatan penglihatan.
KOKO - Serbuk koko semulajadi digunakan sebagai pemangkin rasa untuk memudahkan penerimaan rasa 'Susu Awal Kambing'. Koko juga didapati mengandungi elemen anti-oksida yang tinggi untuk mempertingkatkan kebolehan tubuh badan menghadapi ancaman radikal bebas.
Testimoni Rx-Colostra
PN HAMIDAH HUSIN
Saya Hamidah Husin ingin berkongsi testimoni anak perempuan saya Ainaa Athirah berusia 12 tahun. Tahun 2010 adalah tahun beliau menduduki peperiksaan UPSR. Lazim nya jika bakal menghadapi peperiksaan sedemikian ibu bapa berlumba lumba ingin menghantar anak ke pusat tuisyen. Saya membuat percaturan untuk membuat eksprimen terhadap anak saya dengan produk WorldWellness iaitu Rx-Colostra.
Kebetulan pula di awal 2010 saya mengenali WorldWellness. Salah satu produk hebat yang saya yakin patut beri untuk Ainaa Athirah adalah Rx-Colostra. Disamping itu saya membeli satu program pembelajaran secara online kerana minat beliau yang suka sangat melayari internet. Peringkat awal agak sukar untuk mengawal beliau memanafaatkan program tersebut. Beliau kehilangan fokus dan sering curi-curi melayari laman kegemaran nya iaitu berkaitan artis Korea sahaja.
Desakan makan RxColostra setiap hari, akhirnya beliau fokus dengan pelajaran di sekolah serta program yang saya berikan untuk beliau. Pelajaran beliau memang menunjukkan peningka-tan dari masa kesemasa di sekolah sejak awal tahun 2010. Beliau juga pelajar yang aktif di bidang kokurikulum.
Kawan-kawan beliau semua sibuk dengan tuisyen tapi saya cuma memantau beliau di depan mata serta melalui laman FaceBook. Rakan-rakan beliau pun turut hairan dengan peningkatan beliau sedangkan tiada menyertai mana-mana kelas tambahan di luar. Cikgu kelas beliau juga memberitahu Ainaa Athirah adalah pelajar paling matang di kelasnya. Tidak seperti rakan-rakan sebayanya yang berperangai kebudak-budakan.
Dari segi kesihatan juga, RxColosta sangat membantu beliau. Sebelum mengamalkan RxColostra setiap pagi selepas mandi pasti beliau akan bersin. Saya sendiri sangat rimas dengan situasi tersebut setiap kali mandi. Pelbagai makanan kesihatan di beri tapi tidak memberi manafaat. Mungkin bukan rezeki beliau.
RxColostra sangat menepati citarasa kerana rasanya yang seperti coklat juga amat banyak membantu. Kekadang beliau makan terlebih dos pula di sebabkan rasa lazat koko. Alhamdulillah berkat mengamalkan secara konsisten RxColostra beliau berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.
Terima kasih Dato' Dr Noordin Darus kerana di beri anugerah mencipta produk hebat menepati selera 'anak tekak' Ainaa Athirah yang sebenarnya tergolong dalam kategori kanak-kanak cerewet untuk mengamalkan sebarang makanan untuk minda!!
PN RASHIDAH YUSOF
Saya Puan Rashidah bt Yusop dari Tanjung Malim, dan bekerja sebagai Guru. Disini saya ingin berkongsi pengalaman tentang kejayaan dua orang anak saya dimana mereka telah berjaya didalam pembelajaran setelah menggunakan Rx-Colostra telah memberi sumbangan untk kejayaan.
Yang pertama, adalah pengalaman anak sulung saya Norazira sekarang Mahasiswi UKM dalam bidang pengajian Bahasa Arab. Disini saya ingin berkongsi pengalaman ketika sebelum beliau menggunakan Rx-Colostra sewaktu beliau dalam tingkatan 3, 4 & 5 iaitu dalam tahun-tahun beliau menduduki peperiksaan awam.
Saya nampak beliau adalah anak yang gigih, rajin, tekun disegi mengulang-kaji dan melakukan apa-apa untuk kejayaan. Disamping itu saya turut membantu iaitu menyediakan segala yang diperlukan seperti buku-buku dan kewangan sekiranya beliau berkata ingin mengikuti apa-apa program motivasi.
Dari segi kuatnya ataupun tekunya beliau belajar saya kira dia boleh cemerlang tetapi nasib tidak menyebelahinya yang mana didalam PMR dia hanya capai 3A dan SPM pun 3A berbanding kalau ikut cara belajarnya saya kira dia (keputusanya) lebih daripada itu.
Alhamdulillah atas daya usaha, ikhtiar dan izin Allah... saya kira Rx-Colostra telah memberi sumbangan baik sehingga dia berjaya dengan cemerlang yakni dia boleh capai 5 prinsiple dalam STPM 3A 2B dan dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang Negeri Sembilan sempena Maal Hijrah.
Begitu juga dengan adiknya cemerlang pada PMR lepas yang mana beliau juga mengamalkan Rx-Colostra dan juga mencapai 9A. Untuk itu saya sebagai ibu, menyeru kepada semua ibubapa yang mana ingin melihat anak kita berjaya jadi cubalah kita ikhtiar. Insya Allah, Allah akan makbulkan ikhtiar kita itu.
MENINGKATKAN SEMULA TAHAP PENGLIHATAN
Selain membantu didalam meningkatkan pretasi pelajaran serta kecerdasan minda, Rx-Colostra juga dapat membantu meningkatkan semula tahap penglihatan samaada untuk para pelajar ataupun individu yang telah berusia.
Malah sebelum ini kami juga mempunyai seorang pelanggan yang berjaya mengatasi masalah ketarak mata dengan mengamalkan Rx-Colostra tanpa perlu melakukan pembedahan seperti yang telah disarankan oleh doktor.
Produk Rx-Colostra ini didatangkan didalam bentuk tablet mudah kunyah berperisa koko dan mengandungi 120 tablet bagi setiap botol. Pengambilan yang dicadangkan adalah sebanyak 4~8 tablet sehari. Ia juga tidak mempunyai kesan sampingan.






