Bagaimana RxLite Dapat Membantu Anda?
Produk RxLite ini mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang dapat membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan yang berlebihan. Antara bahan utama yang terdapat di dalam RxLite ini adalah seperti Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Fructose Oligisaccharides, Serat DND dan Koko semulajadi.
RxLite adalah minuman koko dan bukanya 'berperisa koko'. Ini kerana ia diperbuat daripada serbuk koko asli dan tiada perisa tambahan di dalamnya seperti mana yang sering terdapat pada produk-produk pelangsing yang seumpamanya. Di bawah ini kami telah menyediakan maklumat tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam RxLite serta bagaimana bahan-bahan tadi dapat membantu anda.
Di akhir muka surat ini, kami juga telah memaparkan tentang Maklumat Pemakanan (Nutrition Facts) yang terkandung di dalam setiap paket kecil (sache) produk RxLite.
Bahan-bahan Didalam RxLite & Kegunaanya
Jika anda tidak dapat menonton video di atas disebabkan sambungan internet pada komputer anda tidak laju atau di dalam komputer anda tiada perisian 'flash player' ataupun laman YouTube sudah di sekat (block) oleh pihak 'admin IT' di sekolah atau tempat kerja anda, maka anda tidak perlu risau kerana di bawah ini kami telah menyediakan perincian mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam RxLite. Kami juga telah menyediakan satu ringkasan tentang video tersebut di penghujung penerangan ini.
GARCINIA CAMBOGIA
Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buah Garcinia Cambogia merupakan bahan utama semula jadi yang digunakan bagi menurunkan berat badan. Buah jenis Garcinia Cambogia ini mudah di dapati di India serta di beberapa negara Asia Tenggara. Ia sering dijadikan sebagai Asam Keping yang anda gunakan di dalam masakan harian anda.
HCA yang terdapat di dalam Ekstrak Asam Keping ini amat berkesan di dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan kandungan Glycogen di dalam hati dan kemudianya akan menghantar isyarat kepada otak menyatakan bahawa 'anda sudah kenyang'. Ia juga dapat mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga disamping menghalang keupayaan badan untuk menukar karbohidrat kepada lemak. Melalui cara ini, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan pembentukan lemak (Adipose Tissue) di dalam badan.
HCA juga dapat mengurangkan kolesterol, merawat masalah kemurungan, susah tidur, migraine, gastrik, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. HCA yang terdapat di dalam Garcinia Cambogia dapat meningkatkan kadar Basal Metabolic Rate (BMR) ataupun kadar Metabolisma anda.
L-CARNITINE
L-Carnitine merupakan satu ramuan yang begitu berkesan dalam pembakaran lemak (Fat Burner), menambah tenaga serta mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari. Ia merupakan sejenis Amino Asid yang biasanya dihasilkan oleh tubuh.
Carnitine adalah nutrisi yang membantu tubuh menukar lemak menjadi tenaga. Ia dihasilkan oleh badan dalam hati dan ginjal dan disimpan di dalam otot rangka, jantung, otak dan sperma. Walau pun begitu, sesetengah individu tidak dapat menghasilkan jumlah L-Carnitine yang mencukupi.
L-Carnitine sangat efektif untuk mengurang rasa lapar dan letih. Di dalam masaalah berat badan, Carnitin ini dapat mengurangkan jisim lemak, meningkatkan jumlah otot serta mengurangkan keletihan. Semua kesan ini amat membantu di dalam penurunan berat badan.
Ianya juga merupakan ramuan yang bagus bagi melindungi jantung dan saraf disebabkan L-Carnitine ini dapat membantu mengurangkan kadar Kolestrol di dalam badan. Carnitin telah digunakan sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit kerana ia dapat membantu mengurangkan Stres.
Selain itu, Carnitine juga dapat membantu di dalam Penyakit Buah Pinggang, Diabetis, Alzheimer serta dapat meningkatkan tahap Seks serta penghasilan sperma, masaalah sukar tidur (Insomnia) serta dapat meningkatkan prestasi sukan.
Sumber utama L-Carnitin adalah daripada daging serta produk tenusu. Ia juga boleh diperolehi daripada ikan, unggas, tempe, gandum, asparagus, avocado dan mentega kacang. Walau pun begitu L-Carnitin yang terdapat di dalam RxLite ini adalah berpunca daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
KOKO
Koko amat kaya dengan Polyphenols, iaitu satu bahan kimia di dalam badan yang digunakan sebagai ajen anti-oksidan. Kandungan ajen anti-oksidan yang terdapat di dalam koko ini adalah lebih 3 kali ganda jika dibandingkan dengan kandungan anti-oksidan yang terdapat di dalam minuman teh hijau (Green Tea).
Seperti yang telah kami perkatakan di laman utama, ajen anti-oksida yang terdapat di dalam minuman Koko ini dapat menghindari masaalah Penyakit Jantung, Stroke, Kanser, Alzheimer, Parkinson serta dapat meningkatkan kadar Imunasi (ketahanan badan) anda daripada diserang oleh pelbagai penyakit. Anti-oksida juga dapat memperbaiki sel serta tisu-tisu badan anda yang rosak akibat daripadan pencemaran gelombang radiasi bebas seperti yang terdapat pada udara, asap rokok, sinar ultra violet, x-ray dan sebagainya.
Minuman koko juga tidak menyebabkan pertambahan berat badan, mengurangkan keinginan makan terutamanya makanan yang manis-manis disebabkan ia dapat menstabilkan kandungan paras gula di dalam darah. Koko juga dapat menghasilkan Endorphins di dalam otak yang menyebabkan anda cepat merasa puas serta kandungan serat di dalam koko dapat menjadikan anda cepat kenyang.
Sejak berabad lamanya, koko telah dijadikan sebagai Ajen Anti-Bakteria yang dapat memainkan peranan di dalam mengurangkan berat badan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kandungan Asid Perut (Stomach Acid) kerana ia dapat menghalang penghasilan Histamine dan akibatnya koko ini dapat membantu kelancaran proses penghadaman.
Minuman koko juga tidak menyebabkan Migraine (Sakit Kepala), merendahkan risiko Penyakit Jantung, Kanser, tidak menyebabkan masaalah Jerawat, menjadikan diri lebih muda (awet muda), manisan di dalam koko ini juga boleh mengurangkan tekanan perasaan, menjadikan diri lebih tenang serta meringankan rasa sakit.
Pelbagai vitamin dan mineral yang terdapat di dalam koko dapat memberikan nutrisi penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan pemulihan tubuh akibat daripada melakukan senaman atau kerja berat.
FRUCTOSE OLIGISACCHARIDES
Fructose Oligisaccharides (FOS) merupakan Gula Kompleks yang diperolehi daripada Ekstrak Tumbuhan berbentuk Bakteria yang menyihatkan berfungsi sama seperti bakteria yang terdapat di dalam produk Susu Kultur ataupun 'Probiotic'. Ia digunakan sebagai bahan alternatif kepada gula di dalam produk RxLite ini. FOS dapat mempertingkatkan Immun (ketahanan) Tubuh bagi menentang penyakit. Ia juga dapat menyeimbangi kandungan gula di dalam darah bagi mengelakkan anda daripada cepat berasa lapar.
FOS juga boleh dianggap sebagai serat makanan (Dietary Fiber) dan seperti kebanyakkan serat kandungan Kalori yang terdapat pada FOS juga adalah kecil. Ia juga dapat memberikan tenaga tambahan kepada tubuh anda. Selain itu, ia juga berfungsi bagi membantu proses pencernaan serta membersihkan usus besar dan usus kecil anda.
Fructose Oligisaccharides juga berkesan bagi mengurangkan kadar kolestrol. Seperti yang anda tahu, kandungan kolestrol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Darah Tinggi, Penyakit Jantung, Stroke, Diabetis dan sebagainya.
DND FIBER (SERAT)
DND Fiber ini merupakan satu rumusan daripada Dr. Noordin Darus (DND) yang mengandungi serat gandum yang terpilih dan serat pemakanan. Tidak seperti produk-poduk lain yang seumpamanya, serat tersebut tidak akan berketul walaupun setelah setelah beberapa jam ianya dicampurkan di dalam air.
Selain itu, RxLite tidak memberikan kesan kekenyangan tiruan/buatan (artifical) seperti yang sering terdapat pada produk pelangsingan dipasaran. Kesan kekenyangan tiruan/buatan tersebut biasanya sungguh lama sekali. Walaupun kesan kekenyangan tersebut boleh mencecah sehingga 1 hari, tetapi apabila anda berhenti daripada menggunakan produk tersebut, berat badan anda akan mula bertambah semula. Kesan kegemukkan semula sebegini tidak terjadi apabila anda menggunakan RxLite.
DND Fiber yang terdapat di dalam RxLite ini amat penting bagi membantu anda memberi kekenyangan serta mengurangkan rasa lapar ketika mengamalkan Program Terapi RxLite. Serat-serat ini juga dapat berfungsi sebagai Anti-Sembelit, Anti-Kolestrol dan Anti-Kanser.
RX-WATER
Kesemua produk di dalam RxLite ini diproses menggunakan Rx-Water. Penggunaan Rx-Water di dalam pemprosesan bahan-bahan di dalam RxLite ini bukan sahaja dapat membersihkan kandungan di dalam bahan-bahan tersebut tetapi ia juga dapat meneutralkan kembali bahan-bahan tersebut daripada bahan kimia, racun perosak, baja, bakteria, virus dan sebagainya.
Jadi, penghasilan RxLite ini benar-benar suci dan berkesan di dalam membantu kesihatan dan kesejahteraan anda. Jika anda berkemampuan, anda juga boleh menggunakan Rx-Water atau Rx-17 bagi digunakan bersama produk RxLite ini bagi memperolehi pelbagai lagi manfaat lain.
RINGKASAN DARIPADA VIDEO DI ATAS
Jika anda telah menonton penerangan ringkas kandungan RxLite seperti yang terdapat pada video di atas tadi, anda boleh dapati bagaimana kesungguhan Dato' Dr. Noordin Derus menghasilkan satu produk yang berkualiti, berkesan, lazat, murah, tiada masaalah 'kegemukkan semula' serta apa yang paling penting sekali selamat untuk digunakan bagi membantu anda semua mengurangkan berat badan.
Sebelum ini, pihak WorldWellness Network (WWN) juga ada memasarkan satu produk pelangsingan yang dikenali sebagai 7 Haven dan sehingga kini produk tersebut masih ada dijual dan boleh membantu proses penurunan berat badan anda. Disebabkan para pengguna sekarang, lebih inginkan penurunan berat badan yang cepat, maka Dato' Dr. Noordin Derus telah memformulasikan RxLite sebagai produk pelangsingan alternatif bagi membantu anda semua.
Tetapi, Dato' Dr. Noordin Derus masih lagi menitik beratkan soal keselamatan pengguna produk-produk beliau dimana produk RxLite ini telah diformulasikan supaya menghasilkan penurunan sekitar 3~5 kilogram sebulan dan ia merupakan kadar yang selamat seperti mana yang dicadangkan oleh pakar-pakar kesihatan sedunia. Pada muka surat selepas ini, kami akan memaparkan sambungan video diatas tadi. Dimana pada video tersebut, Dato' Dr. Noordin Derus akan menerangkan sebab, kenapa beliau tidak mahu pengguna mengalami penyusutan berat badan yang cepat dan mendadak? serta masaalah-masaalah yang disebabkan oleh penggunaan produk pelangsingan yang dijual dipasaran.

Berbanding produk RxLite yang mana ia dapat membantu membakar lebihan lemak, produk 7 Haven ini pula merupakan satu produk yang dapat membantu merangsang pembinaan otot dan kesan penurunan ataupun perubahan tersebut agak lambat sedikit kelihatan jika di bandingkan dengan RxLite. Jika dahulu 7 Haven telah dikeluarkan di dalam bentuk serbuk (sama seperti RxLite) yang perlu dibancuh dengan air, kini WWN telah mengeluarkan pula produk 7 Haven ini di dalam bentuk kapsul bagi memudahkan lagi penggunaannya.
Walaupun bagitu, 7 Haven masih lagi berkesan serta praktikal digunakan terutamanya bagi golongan yang tidak sesuai untuk menggunakan produk RxLite seperti ibu yang sedang menyusukan bayi, kanak-kanak, individu yang mempunyai masaalah jantung, pernah mengalami sawan dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan RxLite bersama 7 Haven secara serentak bagi mendapatkan hasil pelangsingan yang lebih memuaskan.
Maklumat Pemakanan (Nutrition Facts)
RxLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada Diet seimbang harian anda. Melalui minuman koko RxLite ini, ia dapat membantu anda mengurangkan rasa lapar serta akan menjadikan anda merasa kenyang, membantu menambah tenaga, membakar lemak dan menambah kandungan protein, kalsium serta beberapa vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh anda disamping mengandungi ajen anti-oksida.
Ajen anti-oksida yang terdapat di dalam RxLite ini dapat menghindari masaalah Penyakit Jantung, Stroke, Kanser, Alzheimer, Parkinson serta dapat meningkatkan kadar Imunasi (ketahanan badan) anda daripada diserang oleh pelbagai penyakit. Anti-oksida juga dapat memperbaiki sel serta tisu-tisu badan anda yang rosak akibat daripadan pencemaran gelombang radiasi bebas seperti yang terdapat pada udara, asap rokok, sinar ultra violet, x-ray dan sebagainya.
Di bawah ini kami sertakan sekali Maklumat Pemakanan yang anda boleh anda perolehi daripada produk RxLite ini.







