RahsiaRxLite.com > RxLite > Bahaya Penurunan Berat Secara Cepat

Bahaya Penurunan Berat Badan Secara Cepat & Banyak

Khamis, 23 Februari 2012
Share

Perkhidmatan Penghantaran RxLite & Pembayaran Secara Tunai (Cash On Delivery) disediakan bagi kawasan-kawasan berikut; Rawang, Bandar Baru Selayang, Kepong, Sg. Buluh, Ampang (Rahmad, 019-3787151); Batu Cave, Selayang, Gombak, Sentul, Malawati, Keramat, Setapak, UIAM (Noraini, 019-26122023); Kelang, Shah Alam, Subang Jaya, PJ (Pn. Irni, 019-3841242); Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Serdang, Puchong (Hidayat, 017-3478709); Sabak Bernam, Sg. Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor (Idris, 019-2596401). Bagi lain-lain tempat penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan GDexpree, Skynet ataupun PosLaju*. Pengedar RxLite Diperlukan!

Pada muka surat, Bagaimana RxLite Dapat Membantu Anda? sebelum ini kami telah berjanji untuk memaparkan sambungan video RxLite tersebut. Nanti anda boleh saksikan sambungan video tersebut di bawah ini dan pada muka surat ini juga anda akan didedahkan dengan kesan-kesan buruk akibat daripada Penurunan Berat Badan Secara Tidak Terkawal.

Matlamat anda untuk menguruskan badan tersebut memang baik dan kami ingin mengucapkan tahniah kerana anda mempunyai keinginan tersebut. Tetapi penurunan tersebut hendaklah mengikut seperti mana yang telah di cadangkan oleh pakar-pakar kesihatan. Jika tidak... anda akan mendapat pelbagai kesan sampingan, penyakit kronik bahkan boleh menyebabkan KEMATIAN (Maut).

Kami yakin anda telah membaca kisah Menjanda Akibat Obses Langsing seperti yang terdapat pada muka utama sebelum ini dan anda juga pasti tidak mahu menjadi seperti mana individu tersebut. Bagi mencapai matlamat anda tadi, kami nasihatkan supaya anda melakukanya secara berhemah serta tidak terlalu terburu-buru. Anda telah mengalami kegemukkan ini bukanya dengan 'sekelip mata', jadi bagi menguruskanya semula anda juga perlu mengambil sedikit masa. Anda boleh klik pada link berikut jika anda ingin mengetahui anggaran masa yang diperlukan bagi mencapai Berat Badan Ideal menggunakan RxLite.

Selain menerangkan keburukkan penurunan berat badan secara mendadak, di dalam muka surat ini kami juga akan menjelaskan kenapa produk RxLite ini tidak sesuai untuk digunakan oleh sesetengah golongan serta bagaimana bagi mengatsi masaalah tersebut. Jadi, saksikan sambungan video RxLite tersebut...

Sambungan video RxLite bersama Dato' Dr. Noordin Darus dan kesan buruk akibat penurunan berat badan secara mendadak.

Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, setiap individu adalah berbeza. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan cepat ataupun lambatnya penurunan tersebut berlaku seperti tindak balas hormon, tahap metabolisma, usia, cara pemakanan, jenis pekerjaan anda, aktiviti fizikal, bentuk tubuh badan, jenis darah dan sebagainya.

MAKLUMAN: Harga RM198.00 yang disebutkan didalam video tadi adalah merupakan Harga Ahli (harga lama). Kini harga untuk 2-kotak RxLite adalah RM200.00 (Harga Ahli) & RM250.00 (Bukan Ahli)

 

KESIMPULAN DARIPADA VIDEO DI ATAS

Jika anda perhatikan pada Testimoni RxLite ada di antara mereka yang berjaya menurunkan berat sehinga 20 Kilogram dalam sebulan hanya dengan mengikuti Program Terapi RxLite yang telah disediakan. Walau pun begitu, Dato' Dr. Noordin Darus juga telah 'menasihatkan' kami sebagai penjual (seperti mana yang anda telah tonton pada video tadi) supaya jangan menjanjikan kepada pelanggan penurunan yang melampau tetapi cukuplah 3~5 kilogram sahaja untuk sebulan.

Dari sini anda dapat bezakan, matlamat Dato' Dr. Noordin Darus menghasil dan memasarkan produk RxLite berbanding produk-produk pelangsingan lain yang terdapat dipasaran. Anda juga boleh membaca sendiri matlamat utama Dr. Noordin menubuhkan WorldWellness Network ini. Disebabkan beliau sendiri suatu ketika dahulu pernah menghidapi masaalah kesihatan yang kronik, jadi sekarang ini beliau berazam untuk membantu individu-individu lain menyelesaikan masaalah kesihatan dengan menggunakan kepakaran yang beliau miliki.

Untuk pengetahuan anda juga, harga jualan produk RxLite sebanyak RM198.00 yang telah Dato' Dr. Noordin Darus katakan tadi TIDAK TERMASUK kos penghantaran. Disini kami tidak mahu anda keliru mengenai harga tersebut dan harga tadi juga terhad kepada ahli-ahli WorldWellness sahaja. Jika anda belum lagi menjadi ahli, anda boleh membuat pembelian 2 kotak RxLite (untuk penggunaan selama 1 bulan) dari kami dan secara 'automatik' anda akan menjadi ahli. Kemudian, anda boleh membuat pembelian pada harga ahli tersebut bagi pembelian produk yang berikutnya.

Beli RxLite Sekarang
 

Pada video tersebut, Dato' Dr. Noordin Darus juga telah memberikan sedikit panduan pada sesiapa yang inginkan penurunan yang lebih iaitu sekitar 5~7 kilogram sebulan. Anda perlu mengamalkan meminum RxLite sebanyak 2 kali sehari dan kurangkan makan nasi terutamanya di waktu makan malam. Jika boleh elakkan langsung nasi serta makanan manis serta karbohidrat buat sementara waktu. Anda juga boleh merujuk pada muka Cara Mengamalkan Program Terapi RxLite yang berikut bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang cara menggunakan RxLite ini.

Bagi sesiapa yang masih 'rasa lapar' ketika mengamalkan terapi RxLite ini, anda boleh menggunakan 7 Haven bagi mengatasi rasa lapar tersebut. Ini kerana produk 7 Haven akan memberi kesan kekenyangan yang lebih berbanding RxLite. Bagi kami, ia bukanlah benar-benar disebabkan oleh rasa lapar TETAPI biasanya ia hanya merupakan keinginan anda untuk makan. Inilah yang sering terjadi. Untuk mengatasinya, cuba minum 1~2 gelas air.

Jika anda masih lagi berasa lapar, anda juga boleh makan tetapi CUBA ELAKKAN makanan manis dan juga karbohidrat. Sila banyakkan mengambil makanan jenis berserat dan protein bagi mengurangkan rasa lapar tadi. Kami juga menyarankan anda supaya menggunakan RxTra serta Rx-Salt bagi menampung sebarang kekurangan zat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh akibat amalan diet tersebut.

PERCUMA! Rahsia Kurus dengan RxLite
 

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mendapatkan produk RxTra bagi membantu meningkatkan kembali kadar metabolisma anda serta ia juga dapat membekalkan vitamin dan zat-zat harian yang diperlukan oleh tubuh anda. Cara penggunaan RxTra ini amat mudah sekali. Anda hanya perlu menambahkan 10 titis RxTra ke dalam 1 gelas air dan diminum 2 kali sehari. Sebaik-baiknya gunakan air yang telah diproses menggunakan Rx-Water atau jika anda tidak mampu anda boleh juga gunakan air Rx17.

Anda boleh dapatkan kesemua produk yang telah kami nyatakan tadi dari WorldWellnes Network. Kami nasihatkan anda supaya menjadi ahli terlebih dahulu, bagi mendapatkan pembelian yang lebih murah dimasa akan datang.

Beli RxLite Sekarang

 

Kesan Buruk Daripada Penurunan Berat Yang Melampau

Seperti yang telah Dr. Noordin katakan, jika RxLite ini tidak berkesan maka pengguna hanya akan membeli sekali sahaja dan selepas itu mereka akan mencari produk lain. Tetapi apa yang sering terjadi, para pengguna terlalu mengharapkan penurunan yang cepat dan banyak. Maka disinilah tanggung-jawab kami sabagai penjual untuk memberikan anda maklumat yang tepat mengenai RxLite. Jadi, sebelum anda membelinya anda perlu fahami terlebih dahulu akan produk ini. Kami tidak mahu anda 'berhenti sekerat jalan' dan kemudianya bertukar ke produk pelangsingan lain yang 'mungkin' akan membahayakan diri anda.

Seperti yang anda tahu Dr. Noordin telah menasihatkan kami para penjual supaya MEMBERITAHU anda bahawa RxLite hanya mampu mengurangkan sekitar 3~5 kilogram dalam sebulan. Jadi, jika anda inginkan maklumat yang lebih terperinci tentang berapa banyak berat yang perlu anda kurangkan serta masa yang perlu anda diambil bagi mencapai berat tersebut, anda boleh melakukan pemeriksaanya pada laman berikut. >> Buat Pemeriksaan Disini

Persoalan sekarang ini, apa yang akan terjadi jika anda masih inginkan penurunan yang mendadak? Kami tahu maklumat sebegini tidak akan didedahkan oleh para penjual produk pelangsingan diluar sana. Sebabnya? Mereka mahu anda membeli produk jualan ataupun perkhidmatan yang mereka tawarkan. Inilah yang sering terjadi... mereka akan menjanjikan penurunan yang banyak dalam masa yang singkat TANPA MEMBERITAHU anda tentang kesan buruk yang akan anda alami akibat penurunan tersebut. Tetapi kami tidak mahu keadaan sedemikian ini berlaku kepada anda:

Kesan Buruk Akibat Penurunan Yang Melampau
Antara Masaalah-masaalah Serta Penyakit Yang Bakal Anda Hadapi
 
Berdebar Darah Tinggi
Sembelit Sakit Badan / Sendi
Loya Rabun Mata
Kekejangan Perut Resah-gelisah
Muntah-muntah Gangguan Mental / Gila
Kering Mulut Strok
Tidak Boleh Tidur Sawan
Pening MAUT / MATI / MENINGGAL DUNIA
 

Terdapat sesetengah produk pelangsingan memang benar-benar memberikan penurunan yang banyak dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Disebabkan kandungan produk tersebut telah menggunakan bahan-bahan yang berlebihan bagi merangsang proses penurunan tersebut, ditakuti ia bukan sahaja akan menyebabkan penurunan yang mendadak tetapi bahan-bahan tersebut juga akan memakan saraf-saraf dalaman anda serta ia juga boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon di dalam tubuh anda. Inilah antara punca yang menyebabkan masaalah-masaalah seperti pada jadual di atas tadi boleh terjadi.

Mati Selepas DietSelain itu, sebagai penjual kami tidak mahu anda mendapat sebarang musibah akibat daripada penggunaan produk yang kami jual. Jika ini terjadi, ia akan membuatkan kami 'tidak senang duduk' dan hanya menyusahkan sahaja.

Jika anda baca petikan berita yang kami paparkan disebelah ini, 'kematian' akibat daripada keinginan untuk menurunan berat badan secara secara cepat dan banyak seperti mana yang telah Dato' Dr Noordin Darus katakan dalam video di atas memang wujud dan ianya bukan untuk menakut-nakutkan anda.

Tetapi kebanyakkan syarikat-syarikat yang menjual produk pelangsingan sebegini tidak mendedahkanya. Sebagai penjual, mereka sepatutnya lebih bertanggung-jawab dengan mendedahkan perkara-perkara sedemikian untuk kebaikan para pelanggan. Tetapi apa yang sering terjadi mereka lebih mengejar keuntungan semata-mata. Jadi anda boleh fikirkan perkaran ini 'masak-masak'...

Jadi kami tidak mahu perkara sebegini terjadi kepada anda apabila anda menggunakan produk-produk pelangsingan lain yang banyak terdapat dipasaran serta keinginan untuk mengurus dan melangsingkan badan dengan cepat dan banyak.

Kenapa RxLite Tidak Sesuai Bagi Golongan Berikut & Bagaimana Untuk Mengatasinya?

Sekarang ini anda sudah tahu bahawa RxLite ini benar-benar dapat membantu mengurangkan berat badan anda. Tetapi sebelum anda membeli produk RxLite ini, kami mahu anda pastikan bahawa anda bukan daripada golongan yang kami senaraikan dibawah ini.

  • Ibu yang sedang mengandung
  • Ibu yang sedang menyusu anak
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun
  • Mempunyai masalah Jantung yang kronik
  • Individu yang mempunyai sejarah Sawan

Bagi masaalah-masaalah di atas tadi, ia biasanya dikaitkan dengan kandungan L-Carnitine yang terdapat di dalam RxLite ini. Walaupun L-Carnitine ini dihasilkan melalui tumbuh-tumbuhan, tetapi ia merupakan satu bahan aktif yang sering digunakan bagi mengaktifkan pembakaran lemak serta ia juga dapat mempengaruhi penghasilan hormon-hormon tertentu di dalam tubuh. Selain itu, kadang-kala masaalah ketidak sesuaian tadi juga boleh disebabkan oleh kandungan Garcinia Cambogia yang terdapat di dalam RxLite.

Kami tahu, terdapat juga sesetengah pengeluar produk pelangsingan yang mengandungi L-Carnitine membenarkan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak untuk menggunakanya. Walaupun kandungan L-Carnitine yang terdapat didalam produk RxLite tidak banyak sehingga boleh memudaratkan, tetapi setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu. Apa akan jadi jika kes sebegini berlaku kepada anda?

Maka disebabkan perkara itu, Dr. Noordin tidak menggalakkan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak menggunakan RxLite. Bagi mengatasi masaalah tersebut, anda boleh menggunakan produk 7 Haven yang di datangkan di dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air atau anda juga boleh gunakan 7 Haven berbentuk kapsul sebagai pengganti RxLite.

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, sila ikuti nasihat pemakanan yang diberikan oleh doktor anda bagi membolehkan diri anda memperolehi zat yang diperlukan serta bagi mengelakkan ianya memberi kesan terhadap kandungan. Kegemukkan yang anda alami kini memangnya sudah lumrah bagi ibu-ibu yang sedang mengandung. Jadi, anda tidak perlu risau.

Manakala bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, buat ketika ini kami galakkan pihak ibu bapa ataupun penjaga dapat mengawal pemakanan mereka serta menggalakkan mereka lebih aktif. Kami khuatir penggunaan produk-produk pelangsingan sebegini akan memberi kesan terhadap pembesaran mereka dan bagi para pesakit jantung yang kronik, kandungan L-Carnitine ini juga boleh menyebabkan jantung anda menjadi tidak stabil.

LAIN-LAIN MASAALAH

Selain itu, kami juga ingin mendedahkan sedikit maklumat jikalau anda mempunyai masaalah berikut.

  • Mempunyai masalah Hormon dalam badan
  • Mempunyai ketumbuhan di dalam badan

Masaalah ketidak seimbangan hormon di dalam badan juga kerap menggagalkan proses penurunan yang ingin anda capai. Masaalah ini biasanya disebabkan oleh gaya pemakanan anda, pernah menggunakan ubat-ubatan pelangsingan berkimia ataupun anda mempunyai penyakit yang tertentu. Anda boleh menggunakan terapi air Rx-Water (atau Rx17) beserta RxTra terlebih dahulu bagi mengatasi masaalah tersebut. Selain itu, kami juga nasihatkan supaya anda untuk 'mengaktifkan' diri anda bagi melakukan aktiviti fizikal, bersukan ataupun beriadah.

Terdapat juga sesetengah individu yang mengalami lebihan berat badan disebabkan adanya ketumbuhan di dalam tubuh mereka. Jika anda mempunyai ketumbuhan di dalam badan, kami nasihati supaya anda segera melakukan pembedahan bagi mengatasi serta mengelakkan ia daripada semakin membesar dan menjadi lebih kritikal. Setelah melakukan proses pembedahan tadi, anda mungkin tidak lagi memerlukan sebarang produk pelangsingan.

TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG MASAALAH

Bagi individu yang lain yang tidak mempunyai masaalah seperti di atas tadi, anda juga boleh menggunakan RxLite beserta 7 Haven bagi memperolehi kesan yang lebih memuaskan. Walaupun kedua-dua produk ini dicipta bagi membantu pengurangan berat badan, tetapi kedua-duanya mempunyai fungsi yang sedikit berbeza. Sila lihat semula penerangan yang telah kami tuliskan di atas atau pada muka serat sebelum ini.

Kami juga menggalakkan anda supaya melakukan Ujian Analisa Obesiti yang kami telah sediakan ini bagi memastikan kesesuaian produk RxLite ini dengan diri anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami menggunakan Borang Maklum Balas ini.

Beli RxLite Sekarang
 

Baiklah... setelah anda mengetahui akibat daripada penurunan yang mendadak, maka selepas ini anda boleh mengetahui pula, kelebihan RxLite berbanding produk pelangsingan yang lain.

Saya ingin membantu menyembuh sekurang-kurangnya 1 JUTA pesakit dan melahirkan 1,000 Jutawan sebelum saya menghembuskan nafas terakhir

Dato' Dr. Noordin Darus

 

produk berkualiti
 
 
Cara Buat Pembelian || Menerusi SMS || Menerusi Kad Kredit