Cara Penyediaan & Menggunakan RxLite
Objektif utama penurunan berat badan yang anda ingin capai ini sebenarnya bukan sahaja untuk kurus semata-mata, tetapi adalah untuk menghindari pelbagai penyakit serta dapat hidup dengan cara yang lebih sihat.
Bagi individu yang dikategorikan sebagai Obesiti mereka mungkin akan terdedah dengan pelabagai penyakit yang di sebabkan oleh masaalah kegemukkan seperti Penyakit Jantung, Strok, Diabetis, Kanser, Sakit Sendi Tulang, Penyakit Pundi Kencing dan sebagainya.
Jadi sebelum anda mula mengamalkan Program Terapi RxLite, kami ingin meminta supaya anda membetulkan semula 'mind set' dan juga tujuan pengurangan berat badan yang anda ingin capai tadi. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta tidak terlalu memaksa diri untuk menjadi kurus, anda sebenarnya lebih mudah untuk mencapai matlamat tersebut.
Baiklah... bagi memudahkan anda, anda boleh menonton cara penyediaan RxLite dari video yang telah kami sediakan dibawah.
Di bawah ini kami telah sediakan cara penyediaan serta cara menggunakan (panduan makan & minum) RxLite ini bagi membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan yang anda inginkan.
CARA PENYEDIAAN RXLITE
- Penyedianan RxLite ini sungguh mudah sekali. Hanya bancuh 1 peket (sachet) Rx-Lite dengan 150ml air sejuk atau panas.
- Sukatan air sebanyak 150ml ini adalah lebih kurang:
- 3/4 Cawan (8 Oz.) atau
- 1/2 Gelas dan 'Mug' (12 Oz.).
- Anda juga boleh mendapatkan 'RxShaker' yang mempunyai garisan sukatan di belakangnya dengan pembelian 2 kotak RxLite (sementara stok masih ada).
- Untuk rasa yang lazat dan mengenyangkan RxLite ini boleh juga dicampur dengan air susu, soya, oat atau dibuat 'shake' buah-buahan.
CARA MENGGUNAKAN RXLITE
- Rx-Lite diambil semasa perut kosong, gantikan dengan sarapan, makan tengah hari atau makan malam mengikut kesesuaian masa masing-masing.
- Pastikan anda minum RxLite 30 minit sebelum anda mengambil sebarang makanan.
- Seelok-eloknya RxLite digunakan untuk menggantian makanan diwaktu makan anda.
- Kekerapan pengambilan RxLite dalam sehari adalah bergantung kepada berat badan anda:
- Berat 100 Kilogram ke bawah
2 kali sehari (pagi & tengah hari / pagi & malam / tengah hari & malam) - Berat 100 Kilogram ke atas
3 kali sehari (pagi, tengah hari & malam)
- Berat 100 Kilogram ke bawah
- Selepas itu, minum 500ml air putih ataupun bersamaan 1 botol kecil air mineral (sebaik-baiknya air RX17 atau Rx-Water).
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Bagi yang beragama Islam, jangan lupa untuk membaca Bismillah serta berselawat sebelum meminumnya.
- Kemudian betulkan niat anda semula, anda minum RxLite bukan untuk kurus semata-mata tetapi adalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.
- Piramid Makanan
& RxLite - Bagaimana ia dapat membantu anda menguruskan badan?
Sila lihat gambarajah 'Piramid Makanan' yang kami sediakan dibawah.- Kurangkan pengambilan makanan jenis Karbohidrat (nasi, roti, mee, makanan yang diperbuat dari tepung serta berkanji)
- Kurangkan makanan yang berlemak.
- Lebihkan makanan berserat (sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin) semasa mengamalkan Program Terapi RxLite ini.
- Tingkatkan pengambilan makanan jenis Protein dengan lebih banyak (ikan, ayam, daging, makanan laut, telor, susu, kekacang dan sebagainya)
- Bagi individu yang ingin mendapatkan kesan penurunan yang lebih (sekitar 5~7 kilogram sebulan), anda dibenarkan untuk makanan pelbagai makanan tetapi buat sementara waktu ini cuba elakkan makan nasi pada waktu makan malam. Jika anda tidak biasa dengan cara begini, anda boleh makan nasi tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja.
- Minum air putih/mineral sekurang-kurangnya 8 gelas ataupun 2.50~3.0 liter sehari. Selain ianya dapat membantu anda merasa kenyang, air ini juga penting bagi mengelakkan kekeringan, sembelit serta membantu proses pencernaan.
- Sebaik-baiknya minum air RxWater atau Rx17 keluaran WorldWellness Network
- Anda juga boleh menggunakan bersama produk 7 Haven (serbuk atau kapsul) setiap kali sebelum anda meminum RxLite tadi bagi memberikan kesan penurunan berat badan yang lebih. Walaupun kedua-dua produk ini berfungsi untuk menguruskan badan tetapi fungsinya agak sedikit berlainan dan produk 7 Haven akan memberikan kesan kekenyangan yang lebih berbanding RxLite.
- Selain itu, anda juga di galakkan untuk mengambil Vitamin dan Mineral tambahan yang terdapat di dalam produk RxTra ketika mengamalkan Terapi RxLite ini. RxTra juga dapat meningkatkan kembali Metabolisma anda serta ia boleh membantu melakukan 'detoksifikasi' bagi membantu penyingkiran toksin dari tubuh dan melancarkan proses pencernaan.

Program Terapi RxLite
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kesan yang lebih memuaskan, kami cadangkan anda menikuti Program Terapi RxLite ini. Jika anda perhatikan kepada Program Terapi RxLite tersebut, ia bukan sahaja dapat membantu anda mengurangkat berat badan, malah RxLite juga boleh digunakan untuk menambah berat badan serta mengekalkan berat badan pada kategori Berat Ideal. Produk RxLite ini memang direka untuk menyelesaikan masaalah yang berkaitan dengan berat berat badan.
Bagi mendapatkan kesan penurunan yang baik, anda digalakkan untuk mengikuti Program Terapi RxLite tersebut. Walaupun begitu, pihak WorldWellness tidak memaksa anda untuk mengikuti 100% seperti program ini. Ia bergantug sepenuhnya kepada kemampuan diri anda. Ini kerana terdapat juga sesetengah pengguna yang berjaya mengurangkan berat badan mereka walaupun tidak mengikuti program ini dengan sepenuhnya.
Jika anda mampu, anda boleh mengikutinya tetapi JIKA TIDAK sila ikuti sikit demi sedikit sehingga anda menjadi biasa denganya. Kami tidak mahu anda memaksa diri semata-mata bagi mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, tujuan utama anda menggunakan produk RxLite ini bukan untuk menguruskan badan tetapi adalah untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Jadi, betulkan semula 'mindset' anda.
CARA MENGGUNAKAN PROGRAM TERAPI RXLITE
Di bawah ini kami telah menyediakan sedikit panduan kepada sesiapa yang ingin menggunakan Program Terapi RxLite bagi mengurangkan berat badan.
- Berat Badan Melebihi 100 Kilogram
Seperti yang telah diterangkan di atas, jika berat badan anda jika berat badan anda melebihi 100 Kilogram, sila minum RxLite 3 kali sehari seperti yang ditunjukkan pada Program Terapi #1. Kami nasihatkan supaya anda tidak terlalu memaksa diri. Jika tidak mampu, lakukanya sekit demi sedikit sehingga anda menjadi biasa dengan programterapi ini. Jangan lupa untuk banyakkan minum air bagi mengelakkan kelaparan. - Berat Badan Kurang 100 Kilogram
Bagi yang mempunyai berat badan kurang 100 Kilogram, sila minum RxLite 2 kali sehari seperti mana yang ditunjukkan pada Program Terapi #2. Anda boleh minum RxLite ini bagi menggantikan waktu sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Sebaik-baiknya minum 2 cawan RxLite bagi menggantikan waktu makan tengah hari dan makan malam. Ianya tidaklah terlalu membebankan. Jangan lupa untuk banyakkan minum air bagi mengelakkan kelaparan.
Sebenarnya menggunakan RxLite ini... ianya tidaklah terlalu sukar dan melaparkan. Biasanya ia adalah disebabkan oleh keinginan anda untuk makan. Jika anda masih merasa lapar (ingin makan), anda boleh makan makanan asalkan ianya bukan dari jenis Karbohidrat dan bergula (manis).
Sila makan makanan jenis Protein serta berserat (Fiber) bagi mengatasi rasa lapar tadi. Dengan mengurangkan makanan jenis Karbohidrat dan Manis, ia dapat mengurangkan rasa lapar serta keinginan anda untuk makan. Kami telah menerangkan kesan karbohidrat terhadap cara pemakanan anda di dalam ruangan blog SihatCyber.com dan anda juga boleh mendapatkan pelbagai lagi maklumat yang dapat membantu menguruskan badan anda di sana.
Kadang-kala rasa lapar tersebut bukan berpunca daripada kekurangan makanan. Tetapi ia merupakan satu isyarat yang dikeluarkan oleh tubuh anda di sebabkan kurangnya air di dalam tubuh. Jadi, minum 1 atau 2 gelas air jika terasa lapar. Seperti yang dikatakan sebelum ini, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Apabila anda minum air yang mencukupi, ia juga dapat mengelakkan tubuh anda daripada terus menyimpan kandungan air yang berlebihan.
Jika anda mampu, anda juga boleh menggunakan RxLite bersama RxWater atau Rx17 kerana air yang dihasilkan daripada RxWater ini sungguh berkhasiat dan dapat mengubati pelbagai penyakit. Malah Dr. Noordin Derus juga telah menggunakan air daripada RxWater ini bagi mengubati penyakit Kanser yang beliau pernah alami dahulu.
Penggunaan RxCoffee sebenarnya adalah satu pilihan dan bukanya sebagai satu kemestian, tetapi jika anda 'peminat' kopi serta berkemampuan ianya adalah lebih baik. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, anda juga boleh menggunakan produk 7 Haven setiap kali sebelum menggunakan RxLite ini bagi mendapatkan kesan penurunan berat badan yang lebih memuaskan sekali.
Cara Mengamalkan RxLite Di Bulan Puasa
ataupun Ketika Berpuasa
Kami tahu ramai yang ingin mengamalkan RxLite walaupun mereka sedang berpuasa terutama ketika dibulan puasa bagi mendapatkan kesan penurunan berat badan yang lebih. Sebenarnya, mengamalkan Program Terapi RxLite ketika berpuasa ataupun dibulan puasa ini tidak menjadi kesalahan, bahkan ia dapat memberikan kesan penurunan yang lebih baik.
Sebelum itu, kami nasihatkan anda supaya minum air dengan banyak terutamanya air putih (seperti yang disarankan di bawah). Disebabkan kesan pembakaran lemak yang dihasilkan oleh RxLite ketika anda sedang berpuasa nanti, jika anda tidak mendapatkan air yang secukupnya ketika bersahur... kami risau ia akan menyebabkan berlakunya 'dehedrasi' ataupun dengan kata lain dehedrasi ini merupakan proses kehilangan air dan garam daripada badan.
Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel. Untuk itu, anda juga boleh menggunakan produk Rx-Salt bagi mengatasi kekurangan garam tersebut.
Baiklah, di bawah ini kami telah sediakan sedikit panduan bagi individu yang ingin mengamalkan terapi RxLite katika sedang berpuasa.
WAKTU BERSAHUR
- Minum secawan RxLite sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda bersahur. Cubalah juga untuk minum 500 ml air kosong/mineral sewaktu anda sedang bersahur.
- Jika anda mampu serta bagi mendapatkan kesan penurunan yang lebih, cuba gantikan makanan sahur dengan minuman RxLite sahaja beserta buah-buahan yang dapat memberikan tenaga seperti Pisang, Kurma dan sebagainya.
WAKTU BERBUKA
- Berbukalah secara ringan. Contohnya seperti minum air kosong sebanyak 500 ml dan beberapa biji kurma beserta secawan RxLite. Kemudian menunaikan solat Magrib.
- Selepas solat Magrib anda boleh menjamah sedikit makanan tetapi tidak secara berlebih-lebihan. Jika boleh kurangkan makanan berbentuk Karbohidrat dan gantikan dengan makanan yang berserat serta berprotein.
- Cuba gantikan juga makanan leawat malam anda iaitu selepas menunaikan solat Tarawih dengan hanya secawan RxLite bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif. Jika tidak mampu, makan seperti biasa dan tidak berlebih-lebihan seperti mana yang telah kami nyatakan sebelum ini.
Sebelum ini, kami selalu menyatakan akan bahaya penggunaan produk-produk pelangsingan yang banyak terdapat di pasaran. Jadi, kami pasti anda mesti tertanya-tanya akan status produk RxLite ini pula. Anda boleh membaca penerangan ringkas yang telah diberikan oleh En. Najmie Noordin, Pengarah Eksekutif WorldWellness Network mengenai status pengesahan RxLite pada muka surat yang seterusnya.






