Kelebihan RxLite Berbanding Produk Pelangsingan Yang Lain
Sebelum ini kami telah menunjukkan kepada anda, bagaimana produk RxLite ini dapat membantu anda. Seperti apa yang telah kami jelaskan, RxLite merupakan minuman berserat pracampuran koko yang dapat membantu anda mengurangkan rasa lapar disamping membakar lebihan lemak yang terdapat di dalam badan anda. Rumusan pelangsing istimewa ini diperbuat daripada Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Fructose Oligisaccharides, Serat DND dan Koko semulajadi. Disini pula kami akan menunjukkan kepada anda kelebihan-kelebihan RxLite berbanding produk pelangsing lain yang terdapat dipasaran.
Kelebihan RxLite
MUDAH
RxLite didatangkan dalam bentuk pek pra campuran dan boleh diminum begitu sahaja. RxLite ini juga boleh dibancuh bersama susu, soya, oat ataupun buah-buahan bagi menambahkan lagi kelazatannya. Boleh diminum secara panas, suam ataupun berais (sejuk).
Rxlite tidak perlu diambil bersama produk lain dan tiada pantang larang yang ketat di dalam cara penggunaannya. Anda dapat menurunkan berat badan anda dengan hanya menggunakan RxLite serta sedikit pengawalan di dalam pengambilan makanan harian anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Program Terapi RxLite bagi mendapatkan penurunan berat badan yang maksima.
LAZAT
RxLite tidak menggunakan perasa tiruan sebaliknya menjadikan KOKO sebagai asas produk. Di dalam pasaran, bancian menunjukkan RxLite dianggap lebih sedap berbanding produk-produk pelangsing lain yang seumpamanya. Rasa RxKite ini juga seakan MILO bahkan lebih sedap lagi.
Tidak seperti jenama pelangsing yang porpular pada masa kini, ramai pengguna produk tersebut tidak dapat menerima akan rasanya. Tetapi disebabkan ingin kelihatan kurus, pengguna produk tersebut terpaksa 'menyanggupkan' diri untuk meminumnya.
Keadaan seperti tersebut tidak terjadi kepada para pengguna RxLite. Rasa yang lazat pada produk RxLite ini juga amat penting bagi memastikan anda mampu untuk meneruskan Program Terapi RxLite ini secara berterusan sehingga anda mencapai sasaran yang ditetapkan atau anda juga boleh menggunakanya sebagai minuman kesihatan harian.
BERKESAN
Kami meramalkan pengguna biasanya mampu menurunkan berat sebanyak 3~5 Kilogram sebulan dengan penggunaan RxLite. Walau bagaimana pun, pengguna kami yang benar-benar mengikuti terapi pelangsingan RxLite telah berjaya hilang melebihi 20 kilogram dalam masa sebulan. Disebabkan setiap individu adalah berbeza, maka kesan penurunannya juga akan berbeza. Tetapi disini kami tidak menggalakkan anda mendapatkan penurunan berat secara yang berlebihan, kerana ia mungkin akan memberi kesan sampingan yang lain. Anda juga boleh melihat sebahagian daripada Testimoni Pengguna RxLite di sini.
BERBALOI
RxLite telah dicipta untuk kegunaan orang ramai bagi satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, pihak WorldWellness telah memastikan kos penggunaanya di antara yang terendah di pasaran. Untuk setiap 1 kotak RxLite, ia mengandungi 30 pek (sachet) seberat 25 gram setiap satu. Anda boleh lihat harga jualan RxLite ini seperti yang telah kami sediakan seperti di bawah ini.
Dengan pembelian 2 kotak RxLite, ia sudah cukup untuk menampung keperluan anda bagi sebulan. Sila menjadi ahli di dalam WorldWellness Network (WWN) bagi mendapatkan harga pembelian yang lebih murah. Jadi... kini anda tidak perlu lagi untuk membayar harga yang mahal bagi mendapatkan produk pelangsing yang dapat memberikan kesan yang sama. Bahkan rasanya juga lebih lazat!
| Harga Ahli Worldwellness | Harga Pasaran (Bukan Ahli) | ||
|---|---|---|---|
| Semua Harga Termasuk Kos Penghantaran | |||
| Semenanjung Malaysia | |||
| 1 kotak RxLite | RM 118.00 | 1 kotak RxLite | RM 143.00 |
| 2 kotak RxLite | RM 208.00 | 2 kotak RxLite | RM 248.00 |
| Sabah / Sarawak / Labuan | |||
| 1 kotak RxLite | RM 121.00 | 1 kotak RxLite | RM 153.00 |
| 2 kotak RxLite | RM 224.00 | 2 kotak RxLite | RM 258.00 |
TIADA PANTANG LARANG YANG KETAT
Tidak seperti sesetengah produk pelangsing, anda dilarang untuk makan makanan seperti Nasi, Mee, KFC, Pizza dan pelbagai makanan lazat yang lain bagi mendapatkan penurunan berat badan. Selain itu, anda juga tidak perlu terikat dengan pengambilan makanan sekitar 800~1,000 kcal sehari.
Jika anda masih lagi berasa lapar walaupun selepas menggunakan produk RxLite ini, kami sarankan anda untuk meningkatkan pengambilan air (air kosong, mineral, Rx-Water atau Rx17) dan anda juga boleh makan makanan berserat tinggi (fiber) serta jenis protein dan cuba elakkan makanan jenis karbohidrat. Sila layari laman blog SihatCyber.com bagi mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pemakanan dan diet.
RxLite ini sungguh 'flexibel' sekali. Jadi, penurunan berat badan yang anda capai tadi benar-benar hasil tindak-balas RxLite dengan tubuh anda dan bukanya kesan Diet semata-mata. Walau pun begitu, anda perlu juga mengurangkan sedikit jumlah kalori di dalam makanan harian anda.
Ini kerana secara Teorinya, jika anda tidak melakukan pengurangan makanan serta ditambah dengan 2 atau 3 kali penggunaan RxLite dalam sehari, maka jumlah kalori yang anda ambil juga pasti akan bertambah jika di bandingkan dengan sebelum ini.
Tetapi, apa yang sering terjadi... jika anda makan selepas 30 minit daripada menggunakan RxLite tersebut, perut anda akan berasa kenyang dan selera serta kemampuan makan anda dapat dikurangkan. Sila layari blog SihatCyber.com untuk mendapatkan pelbagai maklumat tambahan berkaitan dengan pemakanan serta diet yang dapat membantu mempercepatkan penurunan berat badan anda.
TIADA KESAN SAMPINGAN
RxLite tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan seperti sakit perut, pening, muntah atau sebagainya selepas anda meminumnya. Tetapi ia mungkin boleh terjadi jikalau anda mempunyai 'alahan' terhadap rasa ataupun minuman berperisa koko seperti Milo, Ovaltine, Vico, Oligo atau sebagainya.
Biasanya, bagi individu yang tidak biasa minum minuman koko pada peringkat awal penggunaan RxLite ini anda mungkin mengalami pening. Jika keadaan ini terjadi, kami nasihatkan anda supaya hanya minum 1 kali RxLite dalam sehari. Setelah, anda biasa dan tidak lagi pening, anda boleh menggunakan RxLite seperti yang disarankan.
TIADA RISIKO KEGEMUKKAN SEMULA
RxLite juga tidak menyebabkan masaalah kegemukkan semula apabila selepas anda berhenti mengamalkanya. Setelah anda mencapai Berat Badan Ideal (Berat Badan Unggul), anda boleh berhenti terus daripada mengamalkannya tanpa sebarang perasaan ragu-ragu.
Ini kerana setelah beberapa bulan anda mengamalkannya, perut anda sudah tidak dapat lagi untuk menerima sejumlah makanan di dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, selera makan anda juga mungkin akan berkurangan.
Selagi mana anda tidak makan secara yang 'melampau' selepas mencapai Berat Badan Ideal, kami pasti masaalah kegemukkan semula ini tidak akan berlaku. Disebabkan RxLite ini sungguh lazat, tidak salah jika anda masih mahu minum RxLite ini walaupun setelah anda mencapai ke tahap Berat Badan Ideal.
TIDAK PERLU BERSENAM
Jika anda dikategorikan sebagai seorang yang 'normal', anda tidak perlu bersenam bagi mengurangkan berat badan anda ketika menggunakan RxLite. Dengan hanya mengamalkan kaedah seperti yang ditunjukkan di dalam Program Terapi RxLite sudah cukup untuk membantu anda menurunkan berat badan. Disini kami bukanya bermaksud untuk tidak menggalakkan anda bersenam, tetapi hanya sebagai makluman sahaja.
Disebabkan setiap individu adalah unik serta tidak sama, maka sesetengahnya perlu mengamalkan Program Terapi RxLite bersama senaman ataupun sebarang aktiviti fizikal bagi membolehkan perubahan tersebut berlaku. Apa yang kami maksudkan dengan senaman tadi tidak memerlukan anda pergi ke Gym ataupun aktif bersukan, tetapi cukuplah hanya dengan berjalan selama 30~45 minit sehari ataupun melakukan sebarang aktifivi fizikal yang dapat mengeluarkan peluh seperti berkebun dan sebagainya.
Selaian itu, senaman ini juga amat baik untuk kesihatan anda. Jadi, bagi melihat keberkesanan produk ini dengan cepat, jangan lupa untuk selalu melakukan sebarang senaman ataupun aktiviti fizikal yang lain. Kami telah menyediakan pelbagai tip, panduan serta video yang berkaitan dengan senaman dan aktiviti fizikal bagi membantu anda menguruskan badan di dalam blog SihatCyber.com.
DAPAT MENYELESAIKAN PELBAGAI PENYAKIT

RxLite juga dapat menyelesaikan pelbagai masaalah yang disebabkan penyakit yang berkaitan dengan kegemukkan.
Seperti apa yang anda sedia maklum, Obesiti serta penyakit seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Masaalah Jantung serta beberapa lagi penyakit yang dikategorikan boleh 'membawa maut' memang tidak dapat dipisahkan. Ianya memang seperti sahabat karib.
Walau pun mungkin penyakit tersebut tidak dapat sembuh sepenuhnya... tetapi pesakit-pesakit tersebut akan mengalami pengurangan kesakitan yang ketara. Ini kerana, setelah berat badan anda dapat dikurangkan (sila lihat gambar di atas) akibat daripada penggunaan RxLite maka kandungan lemak dan kolestrol dapat dikurangkan serta akan berlaku perubahan hormon di dalam badan. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan masalah-masalah yang disebabkan oleh kegemukkan tadi. Dapatkan pelbagai lagi maklumat yang berkaitan kesihatan ini di ruangan blog SihatCyber.com.
HALAL & SUCI
Dengan menggunakan produk RxLite ini, anda tidak perlu lagi risau akan kesucian ataupun status halal produk ini. Semua bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini telah diproses menggunakan Rx-Water bagi melenyapkan segala bakteria, kuman, racun dan sebagainya. Pihak JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) juga telah menganugerahkan Sijil Halal bagi produk RxLite serta kesemua barangan keluaran WorldWellness Network.
Jadi, kini anda tidak perlu lagi was-was tentang status halal tersebut. Ini amat berbeza sekali jika anda menggunakan produk pelangsingan lain yang terdapat dipasaran terutamanya yang diimport dan diproses dari luar negara. Walaupun sesetengahnya memaparkan Logo Halal, tetapi status halalnya masih boleh diragui kerana syarikat yang mengeluarkan logo (Sijil Halal) tersebut tidak diiktiraf di Malaysia.
DAPAT MENJANA PENDAPATAN YANG LUMAYAN
Dengan hanya membuat pembelian 2 kotak RxLite, secara automatik anda menjadi ahli di Worldwellness Network seterusnya membolehkan anda menjadi wakil pengedar produk keluaran mereka. Pihak Worldwellness akan membuat bayaran bonus setiap awal bulan terus ke dalam akaun bank anda ataupun melalui cek.
Bagi setiap individu yang menjadi pengedar produk keluaran WorldWellness Network di bawah rangkaian RahsiaRxLite.com, anda akan menerima Laman Web PERCUMA serta tunjuk-ajar bagi mempromosi laman web tersebut serta tejnik-teknik untuk membuat jualan. Kesemua maklumat tersebut akan kami sediakan di dalam ruangan blog SihatCyber.com.








