Pengesahan Kelulusan RxLite Daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Sebelum ini pihak WorldWellness Network telah menerima banyak soalan sama ada daripada para pengguna atau penjual yang ingin memastikan tentang status kelulusan produk RxLite ini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini kerana sekarang ini terlalu banyak produk pelangsingan yang terdapat dipasaran serta dijual secara terbuka. Disebabkan persaingan diantara produk sebegini dipasaran juga terlalu sengit, maka tidak hairanlah jika sesetengah produk menggunakan bahan-bahan yang terlarang serta berlebihan bagi memberikan kesan penurunan berat badan yang banyak dan pantas.
Tanpa disedari serta akibat daripada kegairahan sesetengah para pengguna untuk mendapatkan penurunann berat badan dengan mudah dan cepat, mereka juga akan terdedah dengan pelbagai kesan sampingan yang akan memudharatkan diri mereka di masa akan datang. Di bawah ini merupakan petikan yang telah dikeluarkan oleh pihak WorldWellness Network berkaitan dengan pengesahan kelulusan tersebut.
Pengesahan Kelulusan RxLite
Merujuk kepada perkara di atas dan persoalan berbangkit.
WorldWellness Network sentiasa memastikan bahawa produk keluaran WorldWellness melalui pemeriksaan dan mendapat kelulusan yang sepatutnya dari badan-badan berkaitan.
Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), proses bermula dengan pendaftaran produk berserta kandungan (termasuk kuantiti yang digunakan) dalam bentuk borang untuk penilaian pihak KKM. Menerusi senarai kandungan, komposisi dan kuantiti, penganalisa KKM akan mengkategorikan produk tersebut sama ada sebagai makanan, atau kategori-kategori lain (contoh: ubat, ramuan tradisional).
Penilaian dilakukan bukan sahaja berdasarkan formula dan isi kandungan tetapi juga kuantiti dan peratusan yang digunakan. Sebagai contoh, walaupun RxLite mengandungi L-Carnitine, tetapi kuantitinya belum mencukupi untuk RxLite dikategorikan sebagai ubat. Setelah dua minggu, pihak KKM akan mengeluarkan surat menyatakan kategori produk tersebut.
Bagi RxLite, KKM telah memaklumkan bahawa berdasarkan kandungan dan peratusan kandungan, RxLite dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu melalui langkah seterusnya yakni pendaftaran untuk kelulusan dan sebagainya.
Diharap agar penjelasan ini dapat menjawab persoalan anda dan tiada lagi persoalan berbangkit mengenai isu ini. Sekian, terima kasih.
NAJMIE NOORDIN
Pengarah Eksekutif
WorldWellness Network Sdn. Bhd.
Majlis Pelancaran Rasmi Produk RxLite
Selain daripada status kelulusan RxLite tersebut, di sini kami juga ingin menyiarkan video klip Pelancaran Produk RxLite sempena Majlis Ulang Tahun WorldWellness yang ketujuh (Fantastika-7). Majlis ini telah dilangsungkan pada bulan Febuari, 2010 yang lalu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun masaalah yang berkaitan dengan produk RxLite ini, kami cadangkan anda melihat pada soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh para pengguna RxLite yang akan kami paparkan pada muka surat yang seterusnya. Mungkin jawapan-jawapan daripada soalan tersebut dapat membantu anda.





