RahsiaRxLite.com > RxLite > Soalan Lazim Yang Sering Ditanya

Soalan Lazim Yang Sering Ditanya Oleh Para Pengguna RxLite

Khamis, 23 Februari 2012
Share

Perkhidmatan Penghantaran RxLite & Pembayaran Secara Tunai (Cash On Delivery) disediakan bagi kawasan-kawasan berikut; Rawang, Bandar Baru Selayang, Kepong, Sg. Buluh, Ampang (Rahmad, 019-3787151); Batu Cave, Selayang, Gombak, Sentul, Malawati, Keramat, Setapak, UIAM (Noraini, 019-26122023); Kelang, Shah Alam, Subang Jaya, PJ (Pn. Irni, 019-3841242); Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Serdang, Puchong (Hidayat, 017-3478709); Sabak Bernam, Sg. Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor (Idris, 019-2596401). Bagi lain-lain tempat penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan GDexpree, Skynet ataupun PosLaju*. Pengedar RxLite Diperlukan!

Di bawah ini kami talah memaparkan beberapa soalan yang sering di tanya oleh para pembeli serta pengguna RxLite. Setiap individu adalah berbeza, maka kesan daripada mengamalkan RxLite ini juga tidak sama bagi setiap individu.

Perbezaan yang kami maksudkan ini tidak terhad hanya kepada hasil penurunan berat badan sahaja tetapi ia merangkupi pelbagai kesan yang lain. Disebabkan keunikan yang ada bagi setiap individu seperti berat badan, cara makan, jantina, kadar metabolisma, tindak balas hormon, sistem penghadaman, masaalah kesihatan dan sebagainya. Maka produk RxLite ini juga akan memberikan tindak- balas yang berbeza-beza.

Diharap dengan adanya jawapan-jawapan tersebut, ia dapat menyelesaikan keraguan yang bermain difikiran anda. Jika anda dapati soalan-soalan berikut masih lagi tidak dapat membantu menyelesaikan masaalah berkenaan RxLite yang anda hadapi, sila hubungi kami menggunakan Borang Maklum Balas yang kami telah sediakan.

 

Senarai Soalan Yang Sering Ditanya...
Oleh Para Pengguna Produk RxLite
Sila klik pada mana-mana link diatas bagi melihat jawapanya
1 Apakah rasa RxLite ini?
2 Bagaimana cara penyediaan RxLite?
3 Bagaimana RxLite berfungsi?
4 Berapa kali RxLite perlu diminum dalam sehari?
5 Adakah RxLite ini sesuai untuk semua golongan?
6 Bagaimana Testimoni RxLite... boleh menurunkan berat badan dengan banyak dalam tempoh sebulan?
7 Berapa kotak RxLite yang diperlukan bagi mencapai Berat Badan Ideal (Unggul)?
8 Berapakah harga jualan RxLite?
9 Kenapa jerawat mula timbul setelah menggunakan RxLite?
10 Adakah RxLite tidak berkesan terhadap individu yang pernah mengambil Pil Perancang, IUD, Steroid dan sebagainya?
11 Apa akan terjadi jika Saya telah menggunakan RxLite tanpa mengetahui sebenarnya... Saya sedang mengandung?
12 Kenapa penyakit Diabetis saya menjadi semakin meningkat?
13 Kenapa perlu minum air yang banyak ketika mengamalkan RxLite?
14 Kenapa berat badan makin bertambah walaupun telah berpusa selama sebulan?
15 Kenapa masih berasa lapar walaupun sudah mengambil RxLite?
16 Kenapa berat badan masih tidak turun walaupun setelah mengamalkan RxLite, Malakukan Diet dan Senaman?
17 Kenapa sering terasa sakit kepala setelah minum RxLite?
18 Penyakit Gastrik, bila minum RxLite... Kenapa perut mengalami banyak 'angin'?
 
PERCUMA! Rahsia Kurus dengan RxLite

 

1. APAKAH RASA RXLITE INI?

Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo tetapi kurang manis sedikit. Ia sungguh sedap diminum samaada secara Panas ataupun Berais.

2. BAGAIMANA CARA PENYEDIAAN RXLITE?

RxLite ShakerPenyediaan RxLite ini sungguh mudah sekali. RxLite datang dalam bentuk pracampur koko berpeket kecil (sachet) 25 gram. Jadi anda hanya perlu bancuhkan ianya ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk.

RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya, oat malah boleh dibuat shake buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan. Bagi setiap hidangan RxLite jumlah kalorinya adalah sebanyak 58.2 kcal, tetapi jumlah kalorinya juga akan meningkat jika anda tambahkan bahan-bahan lain ke dalamnya.

Jika ingin minum secara sejuk ataupun berais, anda boleh gunakan RxLite Shaker yang diberi secara PERCUMA dengan setiap pembelian 2 Kotak RxLite (sementara stok masih ada).

Di belakang bekas air ataupun shaker ini, mempunyai ukuran sukatan di dalam mililiter (ml). Jadi, ia dapat membantu anda menyukat kadar air yang betul. Sila pergi ke muka surat Cara Penyediaan & Menggunakan RxLite bagi mendapatkan penerangan lanjut.

3. BAGAIMANA RXLITE BERFUNGSI?

Antara bahan utama yang terdapat pada RxLite ini adalah Carcinoga Cambogia dan L-Carnitine. Kedua-dua bahan ini memang telah terbukti secara saintifik dapat membantu membakar lemak yang terdapat di dalam badan. Selain itu, ia juga diproses dengan menggunakan Rx-Water yang menjadikannya ber'Aura'. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti-kanser yang mempunyai 3 kali ganda anti-kanser yang terdapat pada teh hijau. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan dan juga makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga tambahan serta rasa kenyang yang asli.

Kedua-dua bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Tetapi anda akan berasa lebih bertenaga dan sihat daripada sebelum ini. Walau pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar individu yang menggunakan RxLite supaya mengurangkan pengambilan makanan berbentuk karbohidrat seperti nasi, roti serta produk-produk yang diperbuat daripada gandum serta kurangkan juga penggunaan gula (makanan dan minuman manis).

Sebaliknya, anda dikehendaki menambahkan pengambilan makanan jenis Protein seperti ikan, daging, telor, susu, kekacang dan sebagainya. Anda juga perlu meningkatkan makanan yang berserat (fiber) seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. BERAPA KALI RXLITE PERLU DIMINUM DALAM SEHARI?

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda meminumnya sebanyak 2 kali sehari bagi individu yang mempunyai berat dibawah 100 Kg dan 3 kali sehari bagi individu yang mempunyai berat melebihi 100 Kg.

Anda boleh gunakan RxLite ini bagi menggantikan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang ataupun makan malam anda. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air masak/mineral atau anda juga boleh memakan buah-buahan. Sila lihat Program Terapi RxLite bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara pemakanan tersebut.

Disebabkan rasa RxLite yang sungguh lazat, ini mungkin akan menyebabkan anda meminumnya berulang-ulang kali dalam sehari. Pastikan juga anda tidak meminum dengan terlalu kerap (melebiha 3 kali dalam 1 masa) bagi mengelakkan ia memberi kesan terhadap jantung anda.

5. ADAKAH RXLITE INI SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN?

RxLite tidak sesuai bagi golongan Kanak-kanak di bawah 12 tahun, Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak, Individu yang mempunyai sejarah sawan, Individu yang mempunyai masalah jantung yang kronik, Individu yang mempunyai masaalah hormon didalam badan, Individu yang mempunyai ketumbuhan di dalam badan.

Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga boleh memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu yang sedang menyusukan anak, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan ia mudah menyerap ke dalam susu. Ini mungkin akan memberi kesan kepada anak tadi. Sila lihat maklumat berikut Kenapa RxLite Tidak Sesuai Bagi Golongan Berikut & Bagaimana Untuk Mengatasinya? untuk maklumat lanjut.

6. BAGAIMANA TESTIMONI RXLITE... BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN BANYAK DALAM TEMPOH SEBULAN?

Kebanyakkan mereka mengikuti segala saranan yang terdapat pada Terapi Pelangsingan RxLite. Terapi RxLite ini boleh didapati dalam setiap kotak RxLite yang anda dibeli atau anda juga boleh melihat Program Terapi RxLite tersebut di sini. Walau pun begitu, kami ingin ingatkan disini bahawa setiap individu adalah berbeza, jadi kesan penurunan tersebut juga tidak sama bagi semua pengguna.

Selain itu, Dato' Dr. Noordin Darus juga telah menasihatkan kami (penjual) jangan menjanjikan sebarang penurunan yang banyak (melebihi 5 kilogram sebulan) kepada para pelanggan. Jadi, kami hanya berani menyatakan bahawa anda akan mendapat penurunan sekitar 3~5 kilogram sahaja dalam sebulan.

 
PERCUMA! Rahsia Kurus dengan RxLite

7. BERAPA KOTAK RXLITE YANG DIPERLUKAN BAGI MENDAPATKAN BERAT BADAN IDEAL (UNGGUL)?

Biasanya bagi penggunaan 1 kotak RxLite (30 paket didalamnya) ia dapat digunakan untuk 15 hari (pengambilan 2 kali sehari). Maka anda memerlukan 2 kotak RxLite untuk jangka masa sebulan. Dalam sebulan, pengguna dapat menurunkan berat badan sebanyak 3~5 kilogram dan kadangkala lebih jika anda mengikuti arahan yang terdapat pada Terapi RxLite.

Jadi, ini semua bergantung sepenuhnya kepada amalan pemakanana anda serta tindak-balas daripada diri anda terhadap produk pelangsingan RxLite ini. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, setiap individu adalah berbeza, jadi kesan penggunaan RxLite ini juga akan berbeza-beza.

Anda juga boleh klik pada link berikut bagi mengira dan menentukan tahap Berat Badan Anda, berapa banyak pengurangan yang diperlukan bagi mendapatkan Berat Badan Ideal (Unggul) serta anggaran tempoh masa yang anda perlukan bagi mencapai tahap Berat Badan Ideal (Unggul) tersebut.

8. BERAPAKAH HARGA JUALAN RXLITE?

Harga bagi 1 kotak RxLite adalah RM143.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 153.00 (Sabah, Sarawak dan Labuan). Pakej RxLite untuk kegunaan sebulan ataupun 2 kotak RxLite harganya adalah RM248.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM258.00 (Sabah, Sarawak dan Labuan).

Dengan pembelian 2 kotak RxLite, anda akan layak menjadi ahli WorldWellness Network (WWN), serta berpeluang untuk membuat pembelian pada harga ahli. Sila rujuk pada Harga Jualan RxLite yang terdapat pada 'sidebar' disebelah kanan laman web ini. Sebagai ahli, anda juga layak untuk menjadi pengedar barangan WWN serta mengembangkan rangkaian anda.

Kesemua harga tadi telah termasuk kos penghantaran, pendaftaran keahlian dan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Syarikat WorldWellness Network Sdn. Bhd. Dapatkan produk RxLite yang asli daripada kami bagi mengelakkan anda ditipu.

 
Beli RxLite Sekarang

9. KENAPA JERAWAT MULA TIMBUL SETELAH MENGGUNAKAN RXLITE?

Kadangkala sesetengah kandungan makanan boleh menyebabkan reaksi kepada kulit, terutamanya jika kulit sensitif kepada haba dan peluh. Untuk membantu anda menghadapi masalah ini, kami cadangkan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong (sebaik-baiknya adalah air Rx-Water) sejurus selepas meminum RxLite untuk mengurangkan rasa panas dan membantu proses pembakaran lemak yang lebih efektif.

10. ADAKAH RXLITE TIDAK BERKESAN TERHADAP INDIVIDU YANG PERNAH MENGAMBIL PIL PERANCANG, IUD, STEROID DAN SEBAGAINYA?

Sebenarnya sesetengah medikasi TIDAK membawa kesan secara langsung terhadap RxLite, tetapi apa sahaja produk yang dapat mempengaruhi hormon di dalam tubuh badan biasanya akan kurang berkesan jika sistem pembakaran lemak tersebut terganggu.

Bagi pengguna pil perancang, sehingga ke hari ini pihak kami menerima maklum-balas yang berbeza-beza. Ada yang dapat mengurangkan berat badan dan ada yang tiada menunjukkan sebarang perbezaan. Oleh itu, cadangkan untuk mencuba dahulu satu set (2 kotak RxLite), bagi menilai sendiri sama ada tubuh badan anda memberi tindak-balas atau pun tidak.

Selain itu, bagi individu yang kurang menampakkan hasil penurunan berat badan setelah menggunakan RxLite, anda dinasihati untuk melakukan sedikit senaman bagi meningkatkan Metabolisma anda. Anda boleh melakukan jogging, berjalan kaki ataupun berbasikal di sekitar kawasan perumahan anda sekitar 15~30 minit sehari.

Sila layari SihatCyber.com bagi menonton beberapa video teknik senaman yang telah kami sediakan. Anda boleh lakukan senaman-senaman tersebut hanya di dalam rumah sahaja.

11. APA AKAN TERJADI JIKA SAYA TELAH MENGGUNAKAN RXLITE TANPA MENGETAHUI SEBENARNYA... SAYA TELAH MENGANDUNG?

Amaran: Adalah tidak digalakkan bagi wanita yang mengandung atau sedang menyusukan anak untuk minum RxLite. Ia hanyalah sebahagian daripada polisi Dato' Dr. Noordin Darus untuk tidak mengelakkan sebarang risiko, walaupun secara saintifiknya, kesan RxLite terhadap golongan ini adalah terlalu kecil dan ia hanya mungkin melibat sekitar 5~10% populasi.

Oleh itu, pengambilan RxLite tanpa sengaja ketika mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhenti serta merta bagi memastikan bayi dapat membesar dangan sempurna dan anda juga dapat membekalkan nutrient yang secukupnya untuk kandungan tersebut.

12. KENAPA PENYAKIT DIABETIS SAYA MENJADI SEMAKIN MENIGKAT?

Bagi pesakit Diabetis, apa yang penting adalah meminimumkan kandungan gula yang diambil secara keseluruhan. Sebenarnya, ia tidak terhad kepada makanan dan minuman yang manis-manis sahaja, tetapi anda juga perlu mengurangkan pengambilan makanan jenis Karbohidrat. Tanpa anda sedari, makanan Karbohidrat seperti nasi, roti serta makanan yang berasaskan tepung dapat menyumbang kepada peningkatan kandungan gula di dalam darah.

Jika tabiat pemakanan dan pengambilan gula kekal pada paras lama, kemudian ditambah dengan meminum RxLite, maka secara logiknya paras gula di dalam tubuh anda juga akan meningkat.

Oleh itu, kami nasihatkan anda supaya membaca Program Terapi RxLite yang terdapat di dalam setiap kotak RxLite. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat agar kandungan gula di dalam tubuh anda tidak meningkat. Pada masa yang sama, jangan putus asa kerana salah satu cara untuk membantu pesakit Diabetes adalah dengan menurunkan berat badan dan mencapai Berat Badan Ideal.

13. KENAPA PERLU MINUM AIR YANG BANYAK KETIKA MENGAMALKAN RXLITE?

Nasihat untuk minum banyak air sebenarnya bukan khas untuk RxLite tetapi untuk kesihatan umum (cadangan 8 gelas sehari, atau 2.5 liter). Sebenarnya tubuh anda mengandungi sekitar 50~75% air. Apabila badan mempunyai air yang cukup, ianya mempercepatkan semua proses pembakaran lemak, pencernaan, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan tahap metabolisme disamping mengawal rasa lapar.

Pada masa yang sama, RxLite juga mengandungi bahan pembakar lemak yang MUNGKIN membuatkan anda terasa panas dan mudah berpeluh. Akibatnya anda mungkin akan kehilangan air dan bukannya lemak di dalam tubuh anda. Oleh itu, gantikan kehilangan air ini dengan mengambil sekurang-kurangnya 500 ml air kosong bersih (seperti Rx-Water) selepas mengambil RxLite.

 
PERCUMA! Rahsia Kurus dengan RxLite

14. KENAPA BERAT BADAN MAKIN BERTAMBAH WALAUPUN TELAH BERPUASA SELAMA SEBULAN?

Ketika bulan puasa, ramai yang salah anggap bahawa dengan tidak makan, secara automatik tubuh badan akan membakar lemak. Realitinya adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari juga memainkan peranan yang penting. Walaupun bilangan hidangan dikurangkan, tetapi jika sewaktu berbuka anda makan makanan yang mempunyai jumlah kalori yang tinggi, berat badan mungkin tidak dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, anda juga dinasihati supaya makan dengan kerap tetapi didalam kuantiti yang sedikit setiap kali menjamah makanan. Teknik sebegini didapati lebih efektif dalam proses pelangsingan badan berbanding makan makanan dengan banyak di dalam satu masa.

Ketika bulan puasa, cuba pecahkan hidangan berbuka kepada bahagian lebih kecil dengan tempoh 1 jam di antara pengambilan juadah. Selain itu, jika sebelum ini anda sering melakukan aktiviti fizikal (tetapi tidak melakukannya ketika berpuasa) serta memakan makanan di dalam kuantiti yang sama seperti ketika anda tidak berpuasa, maka penurunan tersebut memang sukar dicapai walaupun setelah sebulan anda berpuasa.

Kami juga mencadangkan supaya kurangkan terus makanan yang manis serta berkarbohidrat ketika anda berbuka puasa sehinggalah di waktu bersahur. Gantikan sahaja makanan tersebut dengan makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan juga makanan jenis Protein bagi mendapatkan penurunan berat badan yang maksima ketika di bulan Ramadhan. Di sebabkan anda mengambil banyak makanan yang berserat, tingkatkan juga pengambilan air putih/mineral bagi mengelakkan tubuh anda menjadi kering.

15. KENAPA MASIH BERASA LAPAR WALAUPUN SETELAH MENGGUNAKAN RXLITE?

Perasaan lapar sesudah mengambil RxLite adalah satu perkara yang tidak perlu anda dirisaukan. RxLite merupakan minuman koko dan mempunyai kandungan Kalori yang rendah membuatkan sesetengah individu yang sering makan makanan yang banyak sebelum ini merasa 'tidak puas' ataupun lapar ketika mengamalkan RxLite ini. Anda juga mungkin kurang mengambil makanan yang berserat (fiber) seperti sayuran dan buah-buahan ketika mengamalkan RxLite ini. Ia juga boleh menyumbang kepada perasaan lapar.

Pada masa yang sama, sesetengah dari individu mungkin mempunyai daya penyesuaian yang rendah terhadap sebarang perubahan di dalam corak pemakanan. Bagi kumpulan ini, perasaan lapar itu akan hilang setelah lebih 3~4 hari mengamalkan pengambilan RxLite.

Jika anda sering makan makanan jenis Karbohidrat dan bergula (manis) ketika mengamalkan RxLite, ia dapat menyumbang kepada peningkatan gula di dalam darah anda dengan mendadak. Akibat perubahan yang mendadak gula di dalam darah anda, ia akan menyebabkan anda berasa cepat lapar serta tidak puas. Jadi gantikan makan jenis Karbohidrat dan manis dengan makanan yang berserat (fiber) serta berprotein bagi mengatasi masaalah ini dan mendapatkan penurunan berat badan yang lebih cepat.

Jika berasa lapar selepas meminum secawan RxLite, anda dinasihatkan minum 500 ml air masak/mineral (kami mencadangkan RxWater) dan tunggu 30 minit sebelum merasa kesannya dalam mengurangkan rasa lapar atau selepas itu anda juga boleh melakukan sedikit aktiviti fizikal. Sekiranya anda masih lagi rasa lapar, sila makan makanan yang berserat (fiber) ataupun makanan jenis Protein seperti daging, ayam, telor dan ikan.

Elakkan makanan manis atau Karbohidrat kerana ia boleh menyebabkan ketidak stabilan gula dalam darah seterusnya akan menyebabkan kelaparan berlaku kembali.

 
PERCUMA! Rahsia Kurus dengan RxLite

16. KENAPA BERAT BADAN MASIH TIDAK TURUN WALAUPUN SETELAH MENGAMALKAN RXLITE, MELAKUKAN DIET DAN SENAMAN?

Kes seperti ini, walaupun jarang terjadi tetap mungkin akan berlaku kepada pengguna RxLite. Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas yang berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak dapat mengurangkan berat badan, tetapi sebaliknya semakin meningkat!

Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain. Sila pastikan berapa banyak pengambilan kalori harian anda sekarang (pada ketika ini), jika anda dapati jumlah Kalori harian tadi adalah agak tinggi, anda perlu melakukan sedikit penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat.

Sebagai contoh, sekiranya sekarang ini biasnya anda mengambil sekitar 2,500 kcal makanan sehari, kurangkan sebanyak 500 kcal (2,000 kcal sehari) untuk Minggu Pertama. Bagi mengurangkan anda makan, cuba minum 2 gelas aiar sebelum waktu anda menjamah makanan di waktu Sarapan, Makan Tengah Hari atau Makan Malam. Jangan lupa juga untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda atau berhenti terus daripada minum minuman manis (kecuali RxLite) dan gantikanya dengan air putih/mineral sahaja. Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari.

Jika boleh, minum RxLite ini untuk menggantikan makanan pada waktu sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite.

Sekiranya anda masih tidak tahan lapar selepas 30 minit mengambil RxLite, anda digalakkan mengurangkan makanan jenis Karbohidrat tetapi perlu memakan makanan jenis Protein seperti ayam dan daging, ikan dan makanan laut dengan lebih banyak. Tingkatkan juga aktiviti fizikal harian dengan satu langkah mudah – berjalan kaki (walaupun santai) di antara 15-30 minit selepas setiap kali waktu makan (terutamanya makan malam). Tindakan ini sahaja didapati dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 50%.

Disiplinkan diri untuk makan pada waktu yang sama setiap hari bagi setiap waktu makan anda. Sila makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda masuk tidur. Jangan terus telan makanan anda tetapi kunyahlah dahulu makanan tersebut beberapa kali dan makan dengan perlahan-lahan serta nikmati setiap rasa makanan tersebut. Tips ini didapati dapat mempercepatkan rasa kenyang dan sebenarnya mempercepatkan pembakaran lemak dalam makanan tersebut melalui enzim air liur.

Sila download e-book "101 Panduan Mengurangkan Berat Badan" yang disediakan secara PERCUMA bagi mendapatkan pelbagai lagi tip untuk menguruskan badan dengan mudah.

17. KENAPA SERING TERASA SAKIT KEPALA SETELAH MINUM RXLITE?

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang mempunyai reaksi seperti pening kepala, terlebih berpeluh dan gastrik. Ini adalah tindak balas tubuh badan terhadap kandungan pembakar lemak di dalam badan. Tetapi reaksi ini sebenarnya bersifat sementara dan menggambarkan kelemahan sedia ada dalam tubuh badan. Bagi mengurangkan impak RxLite secara fizikal seperti ini, ambil 500 ml air kosong bersih selepas meminum RxLite. Ini dapat mengimbangi kandungan bahan asing di dalam badan, mengurangkan suhu badan, dan membantu mengurangkan tindak balas asid perut yang menyebabkan gastrik. Golongan seperti ini juga dinasihatkan untuk mengambil hanya 1x RxLite sehari buat permulaan dan secara berperingkat meningkatkan pengambilan berdasarkan keselesaan tubuh badan anda. Dalam masa 7 hari, tubuh badan manusia pasti sudah adaptasi dengan pengambilan RxLite.

18. PENYAKIT GASTRIK, BILA MINUM RXLITE... KENAPA PERUT MENGALAMI BANYAK 'ANGIN'?

Kandungan Garcinia Cambogia (atau ekstrak dari asam keping) boleh membawa kepada reaksi lapar dan berangin bagi sesetengah individu yang mengalami masalah Gastrik. Pada masa yang sama, tubuh badan mengambil masa diantara 15~30 minit untuk memproses makanan atau minuman agar dapat memenuhkan ruang kosong di dalam perut.

Amalkan meminum air kosong sebanyak 500 ml selepas mengambil RxLite untuk mengurangkan kesan terhadap perut kosong tersebut. Tunggu 30 minit sebelum membuat keputusan untuk mengisi perut (menjamah makanan semula).

Jikalau anda masih terasa sangat lapar dan tidak tahan... jangan risau anda boleh makan cuma kurangkan kuantiti makanan jenis Karbohidrat, dan banyakkan makanan jenis Protein serta amalkan keserdehanaan di dalam berdiet.

 
Beli RxLite Sekarang
 

Selepas ini, anda boleh melihat sebahagian daripada individu yang telah berjaya menurunkan berat badan menggunakan produk RxLite ini. Untuk itu, anda boleh klik pada link Testimoni RxLite di bawah bagi melihat sendiri keberkesanan produk ini.

Pelangsingan serta-merta boleh membawa kepada masaalah kesihatan yang kronik. Amalkan pemakanan seimbang bersama RxLite™ untuk masaalah berat badan anda.

Dato' Dr. Noordin Darus

 

produk berkualiti
 
 
Cara Buat Pembelian || Menerusi SMS || Menerusi Kad Kredit