Kenapa WWN Mengeluarkan Super RxLite?
Sempena Ulang Tahun WorldWellness yang ke-8 ataupun lebih dikenali sebagai Fantastika 8 pada 12 Mac 2011 yang lalu, Dato' Dr Noordin Darus telah memperkenalkan 3 produk baru dan diantaranya adalah Super RxLite.

TENTANG SUPER RxLITE
Super RxLite telah direka khas untuk memberi tindak balas dan perasaan kenyang berganda bagi mereka yang mahukan proses yang lebih pantas.

Pengenalan Super RxLite ini bukanlah bermaksud produk RxLite yang telah diperkenalkan pada penghujung 2009 yang lalu tidak berkesan. Tetapi daripada maklum balas para pengguna RxLite, sebahagian kecil daripadanya masih berasa lapar serta sukar untuk mengurangkan berat badan mereka setelah menggunakan produk RxLite.
Tidak seperti kebanyakan produk WWN yang lain, hampir kesemuanya mengandungi Koko didalamnya. Tetapi bagi membezakan Super RxLite yang baru ini dengan produk RxLite yang lama, Dato' Dr Noordin Darus telah memutuskan kandungan didalamnya tidak mengandungi Koko. Ini adalah bagi mengelakan sebarang kekeliruan kepada para pengguna.
Bagi produk Super RxLite ini, ia telah didatangkan didalam perisa Malt (seperti Horlicks) dan mempunyai kehebatan 2 kali ganda daripada produk RxLite sebelum ini serta amat mengenyangkan sekali. Setiap kotak mengandungi 30 paket (25g) Super RxLite.

Selain daripada mempunyai 'kehebatan berganda', Super RxLite juga mempunyai kelebihan-kelebihan lain. Antarnya:
- Anti-kolestrol - Baik untuk jantung anda
- Dapat mengurangkan rasa lapar
- Membekalkan tenaga tambahan
- Meningkatkan metabolisma
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Membantu mengurangkan kalori harian

RxLite atau Super RxLite - Pilihan Anda?
Dengan adanya 2 produk pelangsingan, kami pasti anda sukar untuk membuat pemilihan yang tepat. Bagi membantu anda membuat pilihan tersebut, anda boleh membaca maklumat dibawah ini sebagai panduan.
RxLITE - MUDAH | LAZAT | BERKESAN

RxLite - Minuman pelangsingan Koko yang menjadi produk pelangsingan 'blockbuster' dengan lebih 8,000 pengguna setiap bulan. Menggunakan, di antara lain, Garcinia Cambogia sebagai penahan rasa lapar dan L-Carnitine untuk pembakaran lemak.
Sesuai untuk individu yang ingin memulakan program 'pelangsingan awal' secara konsisten.
SUPER RxLITE - KEHEBATAN BERGANDA

Super RxLite - Merupakan minuman berperisa Malt (seperti Horlicks). Dengan semua kandungan aktif RxLite digandakan DAN ditambah dengan bahan-bahan baru seperti Jati Belanda untuk melarut dan mengeluarkan lemak serta Hoodia untuk menahan rasa lapar dan mengawal selera makan untuk memberikan KESAN BERGANDA.
Sesuai untuk program pelangsingan lanjutan atau mereka yang memerlukan keputusan yang cepat dan lebih. Super RxLite ini juga sesuai bagi individu yang tidak biasa minum minuman Koko terutamanya yang mempunyai 'Migrain'.
Bagi mendapatkan impak yang lebih berkesan, anda digalakkan untuk menggunakan kedua-dua produk ini secara bersama. Sila lihat maklumat Cara Penyediaan & Pengambilan Super RxLite bagi maklumat lanjut.
Sila klik pada link dibawah ini bagi membuat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai khasiat bahan-bahan yang digunakan didalam Super RxLite.





