Rx-Tra - Sumber Makanan Sel & Penawar Semulajadi

Khamis, 23 Februari 2012
Share

Rx-Tra adalah Penemuan rahsia paling mengkagumkan dalam keafliatan sel. Ia merangkumi sains molekul, tenaga kosmik dan ekstrak terbaik alam semulajadi, yang diadun sebagai minuman kesihatan 100% asli untuk seisi keluarga. Antara kebaikanya ialah:

  • Mengimbang tekanan darah tanpa perubahan besar pada denyutan jantung.
  • Mempercepatkan pemulihan semula otot-otot, tulang dan saraf.
  • Menambah tenaga asas kebatinan dan kerohanian.
  • Anti-oksida yang agresif bagi memusnahkan radikal bebas.
  • Penambah fungsi otak.
  • Kesan penyahtoksikan semulajadi.

 

Sejarah Penghasilan Produk Rx-Tra

Dr Noordin DarusDato Dr. Noordin Darus terlalu obses dengan Pekatan Mineral Semulajadi ketika dalam proses pemulihan akibat daripada kesan sampingan akibat rawatan kimoterapi dan steroid yang beliau jalani sewaktu rawatan Kanser Darah pada tahun 2001.

Walaupun telah mendapat kesan yang memberangsangkan dengan pengamalan 'Terapi Penyembuhan Aura Rx-Water' yang beliau cipta, tetapi beliau mendapati bahawa dengan menambah 'Pekatan Mineral Semulajadi' kedalam diet harian beliau - daya tenaga, kecerdasan minda dan keputusan ujian darah menjadi bertambah baik.

Maka Dr. Noordin Darus membuat penyelidikan serta tercar-cari gabungan mineral dan vitamin yang mampu diserap badan dengan pantas serta bersifat organik. Dalam pencarian tersebut, beliau terbaca sebuah artikel mengenai perkampungan Hunza di Banjaran Himalaya dimana penduduknya mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding manusia biasa. Terdapat satu aspek yang membezakan penduduk Hunza tersebut - yakni penggunaan Shilajit dalam kehidupan harian.

Shilajit ini adalah merupakan cecair bergetah gabungan mineral dan tumbuh-tumbuhan yang mengalir keluar dari banjaran Himalaya. Ia mengandungi lebih daripada 40 ekstrak mineral dan vitamin.

MAKLUMAT YANG MENGGEMPARKAN

Sayuran Beracun

 

Ketika Dr. Noordin menjalani rawatan kanser, beliau menyedari bahawa selain daripada 'Adulterated Chlorinated Dead Water' yang kita minum dan guna setiap hari, penyebab utama kanser ini juga berpunca daripada racun serangga, racun perosak dan juga pelbagai lagi racun lain yang datang daripada makanan, sayu-sayuran dan juga buah-buahan yang kita makan setiap hari.

Jadi penggunaan Rx-Tra ini adalah merupakan sebagai alternatif kepada buah dan sayuran yang secara tradisinya menjadi sumber asli vitamin dan mineral. Selain penggunaan racun serangga, kini ramai yang meragui sumber tersebut disebabkan oleh manipulasi genetik. Maka, para pengguna semakin bergantung kepada makanan tambahan menerusi pil-pil kesihatan untuk memberi mereka nutrien yang diperlukan.

Walaupun begitu, penggantungan sepenuhnya kepada pi-pil ataupun supplimen tambahan sebegini akan mendedahkan para pengguna terhadap kesan kimia. Sumber yang terbaik sebenarnya adalah sumber organik seperti Shilajit yang sudah mengumpulkan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

TERLALU BAIK UNTUK DIPERCAYAI

Tetapi itulah keistimewaan "Pahlawan Gunung" kami... dan sekarang Rahsia telah terungkai dan sekarang ia boleh dinikmati oleh ANDA dan KELUARGA ANDA.

Untuk memastikan yang kita mempunyai mineral, mineral surih dan vitamin yang seimbang untuk menggantikan bahan makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kebanyakannya kini mengandungi toksin dan tidak organik, ramai pengamal kesihatan menggunakan Rx-Tra™ bersama-sama Rx-Water™ untuk membantu 'bronchitis' yang kronik, masalah penghadaman, 'renal' dan 'bladder problems', 'nervous diseases', diabetis, 'anaemia' dan masalah tulang.

Rx-Tra™ digunakan untuk meningkatkan tenaga dan kekuatan, menangani 'arthritis' dan bertindak sebagai 'anti-septik' serta 'anti-keradangan'.

Rx-Tra™ mempunyai ruangan getaran yang lebih kuat berbanding vitamin, mineral, bahan makanan atau herba. Malah ruangan getarannya juga lebih kuat berbanding bahan-bahan yang merupakan kandungan shilajit.

KEBAIKAN & KHASIAT Rx-TRA

  • Meningkatkan tenaga, protein dan metabolisma 'nucleic acid'.
  • Membantu diabetis dan mengimbangkan kandungan gula.
  • Membantu peningkatan peredaran darah.
  • Membantu pencernaan makanan & detoksifikasi.
  • Mempertingkatkan daya tahan diri (sistem imun) & mempertingkatkan daya pemulihan selepas riadah.
  • Melambatkan proses penuaan (kesan awet muda).
  • Mengandungi anti-radang.
  • Mengandungi anti-radikal bebas.
  • Mengandungi anti-viral / fungus.
  • Mempunayi kesan Rasayana.
  • Tonik anti-stress (tekanan).
  • Mengurangkan lemak & kolesterol.

CIRI-CIRI UTAMA Rx-TRA

  • Bahan Semulajadi yang Bersih dan Selamat. Bahan aktif yang digunakan bukan diproses oleh manusia tetapi "dikumpulkan" dari gunung. Keperluan pengambilan harian telah dicapai untuk mendapatkan kesan optima. Bahkan tempoh pengguriaannya (> 2 tahun) dikekalkan dengan penggunaan asid buah semulajadi.
  • Disokong oleh Kajian Sains. Kajian yang dibuat lebih daripada 60 tahun ke atas bahan aktif ini termasuk kesan penggunaan ke atas pelbagai jenis penyakit di selaruh dunia serta ujian makmal telah dibuat.

 

Bagaimana Rx-Tra Ini Dapat membantu Anda?

Rx-Tra merupakan satu penemuan yang menakjubkan dalam keafiatan sel. Ia merangkumi sains molekul, tenaga kosmik dan ekstrak terbaik alam semulajadi, yang diadun sebagai Minuman Kesihatan 100% Asli untuk seisi keluarga. Ia mengandungi mineral surih semulajadi dan asli, enzim semulajadi serta organik dan vitamin melalui 'Formula 7 Dalam 1'.

EKSTRAK SHILAJIT

Shilajit merupakan rembesan cecair dari lapisan batu di gunung Nepal juga gunung-gunung Himalaya yang lain. Ia merangkumi humus haiwan (pra-sejarah) dan tumbuhan organik yang telah dimampatkan oleh lapisan batu. Humus terbentuk apabila 'mikro-organisma' tanah mereputkan binatang dan tumbuhan ke dalam elemen yang sesuai digunakan oleh tumbuhan.

Tumbuhan adalah sumber makanan manusia manakala humus adalah sejenis makanan tumbuhan. Berbanding dengan humus tanah yang lain, humus Shilajit mengandungi 60~80% gumpalan organik.

Sekitar 40~50 juta tahun yang lalu, Benua India berlanggar dengan Benua Asia, menyebabkan 'Lautan Tethys' telah ditolak ke atas dan terus bergerak yang akhirnya membentuk Banjaran Himalaya. Banjaran Himalaya ini berterusan membentuk lebih daripada 1 sentimeter setahun. Dalam tempoh peralihan ini, mineral dan juga tanah subur dari laut telah menyuburkan hutan tropikal yang tebal. Tumbuhan ini tidak pernah terdedah kepada apa-apa jenis bahan kimia, baja atau racun serangga.

Rx-Tra

 

Ia berubah secara beransur-ansur menjadi humus, sejenis gumpalan organik yang merupakan makanan kepada tumbuhan baru. Disebabkan oleh tindakan microbial dan tekanan yang kuat daripada gunung-gunung, humus tersebut berubah menjadi tebal, likat dan gumpalan mineral - Inilah Shilajit.

Lapisan Shilajit yang terperangkap mula terdedah disebabkan oleh musim sejuk, pancaran cahaya matahari pada musim panas dan juga hakisan kesan daripada hujan monsun. Shilajit akan mengalir keluar dari celahan rekahan lapisan batu pada musim panas apabila suhu pada gunung menjadi panas dan Shilajit menjadi kurang likat. Penduduk asal Nepal kemudiannya akan mendaki gunung untuk mendapatkan Shilajit dari cerunam gunung.

Penduduk tersebut menganggap kekuatan, umur yang panjang dan kebijaksanaan ada kaitannya dengan bahan yang mereka kunyah itu. Mereka mula memakan bahan tersebut dan mendapati kesihatan mereka bertambah baik. la menyebabkan mereka lebih bertenaga, mengurang-kan masalah penghadaman, menaik-kan nafsu syahwat, meningkatkan daya ingatan, membantu diabetis, mengurangkan masalah alergik, memperbaiki kualiti hidup dan membantu memulihkan pelbagai penyakit.

Shilajit adalah kompleks tetapi merupakan sejenis mineral campuran organik dan bukan
organik semulajadi. Ia merangkumi yang berikut:

Mineral Didalam Shilajit
Senarai Mineral Campuran Organik & Bukan Organik Semulajadi
 
Albuminoids Aluminium Antimony
Benzonic acid Beta carotene Biotin
Calcium Chebulic acid Chromium
Cobalt Copper Fatty acids
Fulvic acid Gum Glycosides
Hippuric acid Iodine Iron
Iron chloride Lithium Magnesium
Manganese Moisture Molybdenum
Niacin Niacinamide Nitrogen
Panthothenic acid Potassium Phosphorous
Resin and waxy matter Selenium Silica
Sodium Strontium Sulphur
Tannic acid Vegetable matter Zinc
Vitamin A, D, E, C, B-1, B-2, B-6, B-12)  

 

Ciri-ciri Penting Shilajit

  • Dalam bahasa Sanskrit bermaksud "penjajah gunung dan penghapus kelemahan".
  • Diperolehi daripada batuan di kawasan Banjaran Himalaya.
  • Merupakan sejenis mineral yang menitik daripada celahan rekahan batu pada musim panas.
  • Membantu dalam mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan daya ingatan dan membantu menangani tekanan, membantu penyakit diabetis, mengurangkan masalah alergik dan memperbaiki kualiti hidup.
  • Membantu membawa nutrien jauh ke dalam tisu dan membuang toksin.
  • Mempercepatkan pergerakkan mineral, terutamanya kalsium, fosforus dan magnesium ke dalam tisu otot dan tulang.
  • Merangsangkan sistem imun & mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
  • Mempercepatkan pertumbuhan hormon di kalangan pesakit diabetis.
  • Membantu lemah tenaga batin.

ASID FULVIC

Asid Fulvic adalah bahan utama dalam Shilajit dan merupakan satu penemuan penting yang mempunyai keajaiban tersendiri. la adalah sebahagian daripada tanah yang kaya dengan galian. Asid Fulvic biasanya mengandungi 70 mineral atau lebih dan elemen surih dan ini adalah sebahagian daripada molekul kompleks.

Ia kemudiannya akan diserap oleh akar tumbuhan dan bertindak dengan sel-sel hidup. Tumbuhan sememangnya menyerap asid fulvic dalam kuantiti yang banyak. Telah terbukti, asid fulvic amat penting bagi tumbuhan untuk tumbuh dengan sihat. Begitu juga untuk binatang serta manusia.

Ciri-ciri Penting Asid Fulvic

  • Bahan utama dalam Shilajit.
  • Merupakan antioksidan dan radikal bebas yang sangat kuat.
  • Membantu mengimbangkan semula sel.
  • Mempunyai keupayaan untuk meningkatkan penyerapan vitamin, mineral, herba dan makanan.
  • Melaraskan semula perjalanan hormon tiroid yang abnormal.
  • Asid fulvic berfungsi sebagai agen pelarasan dalam sistem imun dan boleh digunakan bersama ubat anti-kanser yang lain.

MINERAL DIPERKUAT & ELEMEN SURIH

Untuk memastikan yang kita mendapat kandungan nutrien yang mencukupi, Dr. Noordin telah memasukkan mineral yang berikut kerana ia amatlah penting untuk kesihatan dan kehidupan kita:

Mineral Didalam Shilajit
Senarai Mineral Campuran Organik & Bukan Organik Semulajadi
 
Arsenic Barium Beryllium
Boron Bismuth Bromine
Cadmium Carbon Cerium
Cesium Chlorine Dysprosium
Erbium Europium Fluoride
Gadolinium Gallium Germanium
Gold Hafnium Holmium
Indium Iridium Lanthanum
Lead Lutetium Manganese
Mercury Neodymium Nickel
Niobium Palladium Platinum
Praseodymium Protactinium Rubidium
Rhenium Rhodium Rubidium
Ruthenium Samarium Scandium
Silicon Silver Tantalum
Tellurium Terbium Thallium
Thorium Thulium Tin
Titanium Tungsten Vanadium
Ytterbium Yttrium Zirconium


Kebaikan Bahan/Elemen Tersebut

  • Meningkatkan kandungan sel imun serta membantu pergerakan mineral.
  • Membangkitkan semula sel yang telah hilang.
  • Penyelaras tubuh & sel-sel utama.
  • Sumber utama meredakan alergi dan 'anaphylaxis'.

EKSTRAK KULIT ANGGUR

Kulit Anggur ialah lapisan luar anggur dan bewarna hijau, merah atau ungu kehitaman. Ia diperolehi daripada kulit anggur dan biasanya digunakan sebagai 'antioksidan' atau membuat makanan tambahan. Kulit anggur mengandungi 'bioflavonoids' dan 'non-bioflavonoid polyphenols'.

'Non-bioflavonoid' dalam kulit anggur yang penting dikenali sebagai 'resveratrol'. Ia merupakan enzim tumbuhan yang wujud dalam 72 jenis spesis tumbuhan seperti buah anggur, kekacang dan pokok pain. Anggur merupakan buah yang paling banyak mempunyai sumber enzim ini. Kuantiti enzim yang tinggi di dalam kulit buah anggur dipercayai membantu pokok anggur melawan infeksi, penyakit, serangan serangga atau binatang.

'Resveratrol' membuktikan mengandungi kesan 'anti-radang' yang sama atau lebih tinggi berbanding dengan ubat anti-radang yang terkenal. Dalam kajian ke atas manusia pula, telah didapati bahawa 'resveratrol' menipiskan darah lebih efektif berbanding aspirin, yang selalu digunakan untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

Ciri-ciri Penting Kulit Anggur

  • Banyak digunakan sebagai makanan tambahan untuk produk kesihatan anti-oksidan atau membuat makanan tambahan nutrisi.
  • Dapat mencegah atau menghalang:
    • Penuaan
    • Lebam
    • Kanser
    • Diabetis
    • Infeksi
    • Penyakit jantung
    • Masalah penglihatan
    • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Kehadiran resveratrol di dalam kulit anggur menipiskan darah lebih efektif berbanding aspirin.

VITAMIN C (ASID ASKORBIK)

Vitamin C adalah sejenis nutrien larut dalam air yang penting dalam kehidupan kita dan digunakan oleh tubuh badan manusia dalam pelbagai cara. la merupakan asid lemah yang dipanggil 'asid askorbik'.

Buah sitrus (seperti buah oren, limau, limau gedang (grapefruit), limau nipis), tomato dan buah kentang adalah diantara sumber bahan Vitamin C. Sumber makanan yang lain yang mengandungi Vitamin C yang tinggi adalah seperti buah betik, 'brocoli', 'brussels sprouts', 'blackcurrants', strawberi, sayur bunga kubis, sayur bayam, buah 'kantalup' dan buah kiwi.

Fungsi Vitamin C Dalam Badan

  • Vitamin C penting untuk memberi tenaga kepada bahagian sel 'mitokondria'.
  • Sejenis antioksidan yang kuat.
  • Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen dalam tisu badan.

Ciri-ciri Penting Vitamin C

  • Sejenis nutrien larut dalam air yang penting dalam hidup.
  • Sejenis 'antioksidan' dan boleh melindungi badan dari radikal bebas, yang mana boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kanser.
  • Melindungi kolesterol HDL (kolesterol baik) dari rosak.
  • Bertanggungjawab menghasilkan kolagen dalam tisu badan.
  • Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
    • Gusi bengkak
    • Luka yang sukar sembuh
    • Mudah mendapat lebam
    • Gusi berdarah
    • Kekurangan darah
    • 'Anaemia' dan juga 'Anoreksia'

ASID SITRIK

Asid Sitrik merupakan sejenis organik asid lemah yang terdapat dalam buah sitrus. la adalah bahan pengawet semulajadi yang amat baik dan digunakan untuk menambah rasa masam ke dalam makanan dan minuman.

Asid sitrik boleh didapati dari pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pada buah limau dan limau nipis. Asid sitrik digunakan dengan meluas disebabkan kebaikannya iaitu kecairan yang tinggi, kurang bertoksik, kuasa 'chelating' yang tinggi, dan rasa yang menyenangkan. Ia digunakan sebagai 'kondimen', bahan awet, antioksida apabila bertindak bersama 'asid askorbik'. Ia digunakan sebagai bahan perasa dan bahan awet dalam makanan dan minuman, terutamanya minuman ringan.

Ciri-ciri Asid Sitrik

  • Bahan pengawet semulajadi yang amat baik.
  • Digunakan untuk memberi rasa masam pada makanan dan minuman. Terdapat pada pelbagai jenis buah dan sayuran, terutamanya limau dan limau nipis.
  • Banyak digunakan kerana kelebihannya yang mudah larut & kurang bertoksik.

Rx-WATER

"Ibu segala Ubat adalah AIR, air hidup yang bersih dan menyembuhkan"

-Dr. Noordin Darus

Rx-Water™ ditemui oleh Dr. Noordin Darus sendiri sewaktu beliau mengharungi kanser darah (Limfoma). Untuk mengatasi kesan sampingan teruk yang dialami akibat perubatan dan rawatan kimoterapi, beliau memohon kepada Ilahi serta berdoa mencari penyelesaian.

Dr. Noordin telah mendapat ilham ke arah suatu amalan yang sistematik dengan merawat diri menggunakan sejenis air yang diproses khas dan berupaya memulihkan aura jika diminum secara teratur beserta perubahan ketara. Selepas itu, beliau berasa bertanggungjawab untuk berkongsi rahsia pemulihan yang dikurniakan itu dan bertungkus-lumus untuk menggalakkan Terapi Air Penyembuh Aura ini.

Sistem Rx-Water™ menggunakan penemuan terkini dalam teknologi penyulingan air global, ke dalam satu sistem penukar penyembuh aura. Airnya yang tulen, bersih dan diberi tenaga dipecahkan kepada molekul-molekul kecil yang mudah diserap oleh sel-sel badan dan sistem darah.

Prinsip di bawah Terapi Rx-Water™ ialah cara-cara penyembuhan getaran dengan atau resonan menggunakan air sebagai media utama preskripsi. Melalui pemikiran positif, ungkapan (bersuara) dengan tenaga dan doa kita sendiri, getaran-getarannya boleh diarahkan kepada molekul-molekul Rx-Water™ yang telah tersedia atau distrukturkan, yang kemudiannya dipindahkan kepada sel-sel badan kita.

 

Bagaimana Untuk Merawat serta
Menghindari Dari Penyakit?

Nutrien terutamanya mineral, adalah penting oleh keranan kita perlukannya untuk mencegah penyakit dan juga kematian sel-sel. Akan tetapi, tubuh badan kita tidak boleh memproses dan menghasilkan sendiri mineral tersebut. Kita perlu mendapatkanya daripada makanan harian ataupun makanan tambahan (pil-pil supplimen) yang kita makan.

Secara puratanya kita akan mendapat 10 jenis penyakit kurang zat akibat daripada kehilangan setiap jenis nutrien daripada makanan anda bagi tempoh beberapa minggu, bulan atau tahun; bergantung kepada jenis nutrien. Ini termasuklah penyakit kulit, diabetes yang serius, tekanan darah tinggi, osteoporosis, lemah tenaga batin, kanser dan penyakit jantung.

Mineral-mineral sememangnya faktor penting untuk kesihatan dan keremajaan. Mineral-mineral ini sememangnya bahan 'awet muda' yang sudah lama dicari oleh manusia.

Pakar pemakanan, pakar diet, doktor, buku kesihatan dan penasihat pemakanan lain sering menyatakan "Anda boleh memperoleh segalanya daripada 4 kumpulan pemakanan". Ini adalah karut! Ungkapan tadi hanyalah satu ilusi sahaja.

Adakah anda dapat menjamin bahawa anda dapat mengambil makanan yang seimbang setiap hari? Dalam dunia yang serba moden dan sibuk ini, memang agak sukar untuk bagi anda mendapatkan diet yang seimbang. Bahkan kadang-kala jadual ataupun waktu makan anda juga sering tidak menentu.

Jadi, disini Dr. Noordin telah memberikan satu penyelesaian mudah bagi mengatasi masalah ini. Selepas penemuan Rx-Water yang memberikan anda Terapi Air Penyembuhan Aura, kini anda boleh menggunakan Rx-Tra sebagai satu-satunya makanan sel yang menyeluruh bagi menjamin dan memastikan bahawa zat-zat yang diperlukan dalam makanan anda adalah selamat dan mudah didapati pada bila-bila masa sahaja.

Dibawah ini merupakan contoh beberapa penyakit/masalah yang boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan mineral didalam tubuh manusia:

Kesan Penyakit Akibat kekurangan Mineral
Kekurangan Mineral Masalah/Penyakit
 
Copper Aneurysm, Rambut Putih (Uban)
Zink Lemah Tenaga Batin
Selenium Sakit Jantung, Alzheimer (Angin Ahmar), Kanser
Calcium, magnesium & Sulfur Artritis, Batu Karang, Osteoporosis
Chronium & Vanadium Diabetes (Kencing Manis)
Sodium & Potassium Penyakit Jantung
Germanium Lelah
Boron Hilang Ingatan, Penyakit Sendi
   


BAHAN MAKANAN SEMULA JADI YANG MUDAH DIBAWA UNTUK SEMUA

Bayangkan semua mineral dan nutrien penting untuk pemakanan harian dibotolkan dan mudah dibawa. Jika tidak, anda perlu mengambil 50 atau lebih jenis makanan dari 4 kumpulan yang berlainan setiap minggu.

CARA PENGGUNAAN

Anda hanya perlu titiskan cecair Rx-Tra ini ke dalam 250ml air dan minum 2 kali sehari diwaktu pagi dan malam. Untuk mendapatkan kesan yang mengagumkan, sila gunakan air yang dihasilkan oleh Rx-Water ataupun Rx17. Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Sukatan adalah seperti berikut:

  • Umur 10 tahun ke atas: 10 titisan Rx-Tra
  • Umur 10 tahun ke bawah: Jumlah titisan Rx-Tra adalah mengikut umur
    (Contoh - bagi anak yang berumur 1 tahun, hanya memerlukan 1 titisan sahaja)

Anda juga boleh menyapukan Rx-Tra yang telah dicampurkan bersama air tadi pada bahagian yang tercedera, berdarah, melecur dan sebagainya. Cuba elakan penggunaan air paip, kerana ditakuti karat serta bahan-bahan berat lain yang terdapat pada air tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik pada bahagian yang tercedera tadi.

NOTA: Rx-Tra perlu diguna bersama air yang dihasilkan oleh Rx-Water atau Rx-17 bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan berkesan.

TESTIMONI Rx-TRA - PN. KHUMAIRAH

Saksikan video diatas bagi mengetahui bagaimana Rx-Water dapat membantu anda.

 

Beli Rx-Water Sekarang

 

Yang Sihat Ada 1,000 Impian, Yang Sakit Hanya SATU... Jika Anda Fikirkan Kesihatan Itu Mahal, Cubalah Kesakitan...

Dato' Dr. Noordin Darus

 

produk berkualiti
 
Cara Buat Pembelian || Menerusi SMS || Menerusi Kad Kredit