Kenapa Anda Perlu Memilih Rx-Water?
Sila baca dahulu maklumat berikut, Sebelum anda membeli sebarang penapis air.
AMARAN: Rx-Water BUKAN Hanya Sekadar Penapis Air Biasa!Kini Terdapat Terlalu Banyak Jenama Penapis Air Dipasaran... Sehinggakan Sukar Untuk Memilih Satu Penapis Air Yang Terbaik Untuk Kegunaan Anda & Keluarga Yang Tersayang.
Ini kerana setiap jenama menyatakan mereka mempunyai kelebihan yang sendiri. Sampaikan anda sendiri juga sukar untuk membezakan diantara Air Mineral, Air Suling, RO (Reverse Osmosis), Air Tenaga, Air PI, Air Chi, Air O2, Air Magnetik, Air Alkali, Air Ber-ion, Air NEWater dan pelbagai jenis air lagi.
Rx-WATER BUKAN SEKADAR PENAPIS AIR BIASA...

Ramai yang keliru menganai kategori air yang dihasilkan oleh Rx-Water ini. Untuk pengetahuan anda, air yang dihasilkan oleh Rx-Water ini dikategorikan sebagai 'Air Bermineral' serta mempunyai Nilai pH melebihi 8.0 (Air Beralkali). Selain itu, ia sungguh berbeza sekali jika dibandingkan dengan kebanyakan penapis air jenama lain yang menghasilkan 'Air RO' semata-mata. Ini telah dibuktikan melalui rekod yang telah dikeluarkan oleh pihak SIRIM.
Sebelum ini anda 'mesti' pernah membeli air minuman yang telah dibotolkan (seperti gambar diatas). Jika diberi pilihan, air yang mana akan anda minum? Kami pasti anda akan memilih 'Air Mineral' (Penutup Biru) berbanding 'Air RO' (Penutup Putih). Walaupun harganya sedikit mahal berbanding 'Air RO', tetapi kandungan mineral serta rasa yang sedap membuatkan Air Mineral menjadi pilihan anda.
Air yang dihasilkan oleh Rx-Water ini bukan sekadar bermineral sahaja. Malah ianya lebih daripada itu. Tidak seperti jenama lain yang hanya berfungsi sebagai Penapis Air sahaja, TETAPI Sistem Penapis Air Rx-Water ini lebih berfungsi sebagai 'Air Penawar' ataupun lebih dikenali sebagai 'Air Penyembuh Aura'

Kenapa kami berani mengatakannya dengan sedemikian rupa? Sebelum kami menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai Rx-Water ini, kami ingin anda sendiri mengetahui tentang Sejarah Kewujudan Rx-Water dan juga Syarikat WorldWellness Network (WWN). Melalui sejarah ini sahaja pun sudah cukup buat anda untuk membezakan Rx-Water ini dengan sistem-sistem penapis air lain yang terdapat dipasaran.
Tetapi sebelum anda mengetahui sejarah tersebut, kami mahu mangajak anda mengatahui kenapa anda kini perlu memiliki sistem satu penapis air dirumah serta bagaimana Sistem Penapis Air Rx-Water ini dapat membantu anda?
Bagaimana Rx-Water Dapat Menbantu Anda?
Air amat penting sekali didalam kehidupan anda. Lebih 70% kandungan tubuh anda adalah air. Bagi bayi, peratusan kandungan air didalam tubuh mereka lebih tinggi, iaitu boleh mencecah sehingga 97%. Tanpa menggunakan air yang bersih, tubuh akan mudah diserang dengan pelbagai penyakit. Sila perhatikan maklumat dibawah ini:
- 74.5% dari otak anda adalah air
- 83% dari darah anda adalah air
- 82.7% dari buah pinggang anda adalah air
- 75.6% otot anda adalah air
- Tulang anda mengandungi 22% air
- Malah gigi anda juga mengandungi 2% air

Walaupun sistem bekalan air yang terdapat dinegara kita ini 'agak baik' tetapi didalamnya masih mengandungi radikal bebas serta pelbagai bahan-bahan berat yang lain seperti Klorin, Keladak, Karat, Bakteria dan sebagainya. Ini kerana sumber utama bekalan air tersebut sudah banyak yang tercemar serta sistem perpaipan dan penyimpanan air yang sudah lama serta tidak diselenggara dengan baik.
Tahukah anda? Kuman, bakteria dan bahan kimia yang terdapat didalam air paip anda sukar dihapuskan walaupun air tersebut telah dimasak. Buah-buahan, sayur-sayuran, makanan mentah harian anda disaluti bahan kimia merbahaya yang kekal walaupun telah dicuci serta dibilas.
Keadaan ini amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan beberapa dekat yang lalu. Anda boleh melihat sendiri, ujian air paip seperti didalam Video Eksperimen dibawah ini.
VIDEO DEMOSTRASI & EKSPERIMEN #1
Eksperimen yang telah dilakukan didalam Video #1 diatas:
- Ujian klorin pada air paip, air masak dan air Rx-Water
- Ujian penyerapan klorin kedalam basuhan beras yang ingin dimasak
- Ujian kesan penapisan air berklorin kepada air Rx-Water
- Ujian kandungan mineral, oksigen dan kebersihan air pada ikan emas
VIDEO DEMOSTRASI EKSPERIMEN #2
Eksperimen yang telah dilakukan didalam Video #2 diatas:
- Ujian bacaan PH kealkalian air pada Air Paip dan Air Rx-Water
- Ujian air Rx-Ozon terhadap Racun Serangga pada buah/sayur
- Ujian air Rx-Ozon bagi menghilangkan bau
Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, 'mahu tidak-mahu' anda perlu memiliki satu sistem penapis air dirumah. Tetapi, dengan hanya memiliki sistem penapis air ini sahaja... ianya masih belum lagi mencukupi. Sebab itu kami menyatakan Rx-Water ini bukan sekadar berfungsi sebagai penapis air sahaja. Rx-Water dapat melindungi anda dan keluarga yang tercinta daripada pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan air, antaranya;
- Dapat mengurang kos perbelanjaan perubatan keluarga
- Melindungi keluarga anda daripada pelbagai jenis penyakit
- Dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit (lihat senarai dibawah)
- Dapat menikmati air yang bersih lagi suci
- Daripada video yang kami paparkan diatas tadi juga ... anda sudah tahu kenapa anda amat memerlukanya.

Sejarah Kewujudan Rx-Water & Penubuhan Syarikat WorldWellness Network
Sistem Penapis Air Rx-Water ini tercipta adalah berpunca daripada penderitaan yang pernah dialami oleh Dato Dr Noordin Darus sendiri. Untuk pengetahuan anda, Dr Noordin merupakan bekas Pengarah Sains dan Kesukanan dalam Majlis Sukan Negara dan juga seorang 'Pakar Kesejahteraan'.
Dr Noordin juga kerap muncul dikaca televisyen RTM1 jam 8:00 pagi dalam ruangan 'Senaman Pagi' dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada awal tahun 90-an dahulu. Jika anda masih ingat lagi, Dr. Noordin akan membuat kiraan "1, 2, 3.... 7, 8 dan 8 lagi". Inilah 'trademark' ataupun cara membuat bilangan yang sering beliau ucapkan ketika dalam senam tersebut.
Selain itu, beliau juga sering menulis rencana dalam NST, Star, Majalah-majalah kesihatan dan kerap diundang dalam Rancangan Kesihatan di radio mahupun televisyen, selain menjadi Pensyarah serta Pakar Motivasi.
Tetapi pada tahun 2001 beliau telah diagnoskan mengidap Kanser Darah (Non-Hodgkins Lymphoma) oleh doktor pakar di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Sebagai seorang pakar dan pejuang kesejahteraan, beliau agak sukar untuk menerima kenyataan tersebut.
Walaupun pihak hospital menyatakan bahawa hayat beliau sudah tidak lama dan terpaksa melalui Kimoterapi bagi meneruskan sisa-sisa hidup tersebut, tetapi Dr Noordin masih lagi tidak mahu berputus-asa. Beliau percaya setiap penyakit itu ada ubatnya KECUALI MATI.

Sejak dahulu lagi, Dr Noordin yakin bahawa air mempunyai 'kuasa penyembuhan' serta keunikanya yang tersendiri. Keyakinan ini diperkuatkan lagi terutamanya ketika beliau sedang menerima 'Rawatan Kimoterapi' tersebut... air dapat memberikan kesan terhadap kesakitan yang beliau alami. Tubuh Dr Noordin juga amat sensitif terutamanya apabila terminum air yang 'salah' seperti air masak dan air suling.
Selain itu, tubuh manusia sendiri mempunyai sehingga 70% kandungan air. Melalui pengalaman serta keperitan tersebut, beliau yakin bahawa pasti terdapat teknologi serta formula untuk menghasilan air yang lebih baik bagi mengurangkan kesan kesakitan yang beliau alami.
Hasil daripada penyelidikan dan kajian yang beliau lakukan terhadap air serta belas kasihan tuhan bagi memberinya 'peluang hidup yang kedua', maka Dr Noordin terdorong menemui dan menggunakan suatu 'air istimewa' sebagai satu alternatif bagi menyelesaikan penderitaan daripada penyakit kanser tersebut. Akhirnya doktor telah mengesahkan beliau bebas daripada kanser sepenuhnya.
Hasil daripada penyembuhan tersebut serta reaksi positif yang telah diberikan oleh beberapa pengguna yang lain maka beliau yakin bahawa 'air istimewa' tersebut memang sungguh bermakna sekali. Daripada situ, beliau berasa bersyukur dan terhutang budi untuk berkongsi 'penemuan hebat' tadi dengan semua golongan yang memerlukan. Maka dari situ terhasilah satu Sistem Panapis Air yang dikenali sebagai Rx-Water (seperti gambar diatas).
Maka dari situ, Dr Noordin Darus telah memberikan nama bagi sistem penapis air ini sebagai Rx-Water. Makna 'Rx' tersebut didalam istilah perubatan adalah bermaksud Preskripsi Ubat yang diberikan oleh doktor bagi merawati sesuatu penyakit.
SEJARAH PENUBUHAN WORLWELLNESS NETWORK (WWN)
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya WorldWellness Network (WWN) telah berkembang dan dapat berdiri 'gah' sebaris dengan Syarikat-syarikat besar 'Jualan Langsung' yang lain hanyalah bermula dengan produk Rx-Water ini sahaja. Selain itu, tidak banyak syarikat bumiputera yang mampu berkembang sehingga ke tahap ini.
Sejak dimulakan 8 tahun yang lalu sehingga kini (awal 2011), keahlian yang berdaftar dengan WWN adalah hampir sebanyak 80,000 orang ahli dan penggunaan Rx-Water ini telah berkembang sehingga ke beberapa negara ASEAN seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina bahkan sehingga di Eropah.
Maka tidak hairanlah jika kami menyatakan bahawa sesetengah pemimpin didalam WWN ini dahulunya adalah 'merupakan pesakit' yang berjaya dibantu dengan menggunakan Rx-Water. Disebabkan keberkesanan tersebut, membuatkan mereka tidak segan untuk mempromosikan Rx-Water ini kepada ahli keluarga yang lain, rakan, jiran serta kepada individu-individu yang memerlukan.
Sehinggakan jurujual lain mengatakan bahawa Rx-Water ini hanya sesuai digunakan oleh 'Pesakit Kanser' sahaja. Malah ada juga yang sanggup menggunakan 'taktik kotor' bagi memaksa pengguna setia Rx-Water bertukar kepada produk mereka.
Untuk pengetahuan anda, setakat ini Rx-Water bukan sahaja berjaya membantu masalah yang berkaitan Kanser sahaja. Sejak Sistem Penapis Air Rx-Water ini dilancarkan pada 2003 yang lalu, pihak WWN sentiasa menerima pelbagai testimoni unik dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada para penggunanya.
Malah senarai penyakit yang berjaya dibantu melalui penggunaan Rx-Water ini juga menjadi semakin panjang. Bahkan khasiatnya bukan sahaja dapat dikongsi oleh Manusia sahaja, ia juga dapat digunakan bagi membantu haiwan peliharaan dan juga menyuburkan tanaman disekeliling rumah anda.
Pada jadual dibawah ini, kami telah menyenaraikan antara beberapa penyakit yang dapat dibantu dan disembuhkan melalui penggunaan Rx-Water;
Walaupun begitu, disini kami tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa Rx-Water ini 'sungguh hebat' dan mampu 100% mengubati kesemua penyakit tersebut. Tetapi daripada maklum balas yang telah diterima ianya sungguh mengagumkan sekali. Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha tetapi... ajal dan maut adalah ditangan tuhan.
Dengan mengamalkan Rx-Water ini juga, ia dapat menjimatkan kos kesihatan/perubatan keluarga. Terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak-anak kecil. Daya ketahanan terhadap penyakit dapat ditingkatkan dan ini menyebabkan anak-anak anda 'tidak perlu' lagi kerap untuk mengunjungi klinik ataupun hospital. Bahkan mereka juga dapat menikmati kehidupan dengan lebih sihat dan cergas.
MALAYSIA GOOD DESIGN AWARD
Pada tahun 2005 juga, Penapis Air Rx-Water hasil ciptaan Dr Noordin Darus ini telah mendapat pengiktirafan yang tertinggi dari Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Malaysia (MOSTI).

'Malaysia Good Design Mark' adalah pengiktirafan rekabentuk tertinggi dari Kerajaan Malaysia melalui Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) bagi menyokong penghasilan rekabentuk produk yang berkualiti tinggi. Dengan memiliki pengiktirafan tersebut, ia memberikan reputasi yang baik bagi syarikat dari aspek kepercayaan serta jaminan dalam perniagaan, selain membina kepercayaan di kalangan pelanggan produk untuk jangka masa panjang.
Rx-Water... Peneraju Utama Teknologi
& Sistem Penapisan Air di Malaysia
Jika pada tahun 2003 dahulu (sistem Rx-Water lama), Dr. Noordin telah memperkenalkan teknologi 'Air Aura' pertama di dunia, tetapi kini konsep 'Air Aura' tersebut telah ditiru oleh pengeluar yang lain. Bagi meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan Rx-Water ini, maka pihak WorldWellness Network (WWN) telah melancar dan memperkenalkan satu sistem penapisan air baru yang dikenali sebagai The All New Rx-Water pada bulan Jun, 2010 yang lalu.
VIDEO PELANCARAN 'THE ALL NEW Rx-WATER' DI BULETIN UTAMA - TV3
Didalam sistem Rx-Water yang baru ini, Dr Noordin telah memperkenalkan beberapa teknologi baru serta membaiki dan meningkatkan semula beberapa teknologi yang terdapat didalam sistem penapis Rx-Water yang lama. Antara penambah-baikan yang terdapat pada The All New Rx-Water ini adalah:
- Sistem Air Buluh (Bamboo-Qun) - Pertama di dunia. Memberi tenaga 'infra-merah' bagi membasmi kuman dan membantu menyelesaikan masalah berkaitan kesihatan
- Teknologi Air Ozon - 300 kali ganda lebih berkesan dari Klorin. Membasmi Kuman, Bakteria, Kotoran, Bau dari makanan, peralatan dapur dan perkakasan lain.
- Teknologi Bebola Kristal - Menyimpan tenaga & mengaktifkan Sistem Penyembuhan Semulajadi tubuh anda melalui kaedah Terapi Kristal/Warna.
- Tanah Liat Berkalsium - Menyucikan air (konsep 'Samak' dalam Islam) serta meningkatkan kandungan mineral tambahan pada air Rx-Water tersebut
- Air Alkali - Dikategorikan sebagai Air Alkali dengan nilai Ph melebihi 8 (sila lihat pada Video Demonstrasi Eksprimen #2 diatas)

KENAPA SISTEM PENAPIS Rx-WATER INI SUNGGUH BERBEZA?
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sejarah kewujudan Rx-Water ini sungguh berbeza daripada kesemua jenama penapis air yang terdapat dipasaran. Rx-Water juga bukan berfungsi sebagai penapis air sahaja, tetapi ia lebih bercirikan kepada 'Air Penawar' bagi membantu menyembuh dan melindungi diri daripada penyakit.
Selain itu, dibawah ini kami paparkan beberapa lagi ciri-ciri unik The All New Rx-Water yang 'MUNGKIN' tidak terdapat pada beberapa produk penapis air yang lain:
- Disahkan Halal oleh JAKIM & diktiraf oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia
- Memenuhi piawai & mendapat kelulusan daripada SIRIM
- Telah melalui & lulus beberapa Ujian Ketat Makmal
- Diformulasikan sendiri oleh pengasasnya iaitu Dr Noordin Darus
- Bukan produk yang diimport & dipasarkan semula menggunakan jenama baru
- Satu jenama yang telah dipercayai & telah lebih 8 tahun dipasaran
- Telah membantu melebihi 200,000 ribu orang pengguna
- Mempunyai beberapa inovasi serta teknologi yang terkini
- Mempunyai 2 fungsi dalam 1 ( Air Rx-Water & Air Rx-Ozon)
- Rx-Water bersaiz kecil, mudah dipasang dan serta diselengara
- Mempunyai 4 Kartrij Penapis & kos penyelenggaraanya dapat dijimatkan
- Dikategorikan sebagai air beralkali dan mempunyai pH lebih daripada 8
- Air yang dihasilkan oleh Rx-Water lebih mudah diserap oleh tubuh disebabkan oleh kumpulan molekulnya yang kecil
- Air yang dihasilkan dikategorikan sebagai 'Air Hidup' yang dapat membantu merawat penyakit serta membekalkan pelbagai mineral yang diperlukan oleh badan.
- Keahlian didalam 'Water Quality Association'
- Air yang dihasilkan melalui sistem Rx-Water ini mempunyai rasa yang sedap serta dapat meningkatkan aura anda.
- Bukan sekadar penapis air biasa yang hanya menghasilkan Air RO sahaja.
GALERI GAMBAR Rx-WATER
Sejak diperkenalkan pada tahun 2003 yang lalu, Rx-Water melalui syarikat WorldWellness Network (WWN) telah banyak terlibat didalam pelbagai Aktiviti Kemasyarakatan serta Expo Preniagaan samada di dalam ataupun di luar negara. Maka tidak hairanlah sehingga kini Sistem Penapis Rx-Water kini telah terjual melebihi 60,000 unit.
Anda juga boleh melihat dan membaca testimoni serta maklum balas dari para pengguna yang telah kami sediakan pada muka surat Testimoni Pengguna Rx-Water. Selain daripada itu, bagi mengetahui bagaimana Rx-Water dapat membantu anda, anda boleh melihat teknologi yang terdapat di dalam Sistem Penapis Air The All New Rx-Water ini. Sila klik pada pautan/link dibawah ini bagi mendapatkan maklumat tersebut.




