Rahsia Air Sebagai Penawar
Rahsia air sebagai penawar ini memang tidak dapat disangkal lagi. Bagi umat Islam, anda memang sudah biasa didedahkan serta mengamalkan dengan 'Air Yassin' terutama bagi mereka yang ingin menduduki peperiksaan. Selain itu, kita juga sering mendengar kisah akan kehebatan 'Air Zam-zam' dari Mekah.
Bahkan didalam kitab suci Al-Quran juga terdapat banyak ayat yang menerangkan akan kehebatan air ini. Antaranya adalah seperti dibawah ini:
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari AIR, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Surah Al-Anbiya’, Ayat:30)Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit: AIR yang bersih suci,
Untuk Kami hidupkan dengan AIR itu bumi yang mati, serta memberi minum AIR itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.
Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari AIR, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
(Surah Al-Furqan, Ayat:48~49 & 54)Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit).
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah AIR, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah AIR sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).
(Surah Shad, Ayat:41~43)
Selain daripada ayat-ayat diatas serta amalan pembacaan Surah Yasin, penggunaan air didalam Rawatan Perubatan Islam melalui kaedah 'Pinggan Putih' juga sering dilakukan. Dimana Ayat-ayat Al-Quran yang terpilih akan dituliskan ke atas pinggan putih dengan menggunakan dakwat yang diperbuat daripada 'Saffron' (antara bahan yang digunakan didalam produk Rx-Coffee). Kemudian tulisan itu akan dibasuh dengan air dan disapu atau diberi minum kepada pesakit.
Persoalanya bagaimana air ini boleh berubah menjadi penawar? Inilah hikmah dan kuasa Allah yang kita sendiri tidak tahu. Sebenarnya banyak lagi sifat air yang masih belum lagi dapat dirungkaikan dan diterokai sepenuhnya oleh manusia. Sebagai contoh, seorang profesor dari Jepun iaitu Dr Masaru Emoto telah membuat banyak kajian mengenai air. Beliau mendapati 'Hablur Air' dapat bertukar bentuk menjadi 'cantik' atau 'hodoh' bergantung kepada perkara Positif ataupun Negatif yang anda berikan kepadanya.

Eksperimen pengkristalan air yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto ini adalah dengan mendedahkan air yang ada didalam bekas ke berbagai kata, gambar atau muzik dan air tersebut kemudianya akan dibekukan. Setelah itu beliau akan memeriksa rupa bentuk (geometri air) dari kristal yang telah terhasil dengan menggunakan fotografi mikroskopik. Pada gambar diatas kelihatan 2 bentuk geometri air setalah dilekatkan pada botolnya perkataan 'Terima Kasih' (kiri) dan 'Bodoh' (kanan).

Sila klik pada link berikut, The Message From Water (versi Kanak-kanak) bagi memuat-turunya secara Percuma serta membaca dan melihat sendiri perubahan kristal air daripada beberapa ujikaji yang telah dialkukan oleh Dr. Masaru Emoto. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bentuk geometri air setalah ia dibacakan dengan ayat Al-Quran, Asma' Ul-Husna, Air Zam-zam dan sebagainya, anda boleh membeli buku terbitan Dr. Masaru Emoto, The Message From Water III: Love Thyself.
Bagaimana Air Yang Berkualiti Dapat
Membantu Kesihatan Anda?
Terdapat beberapa maklumat yang menarik mengenai air bagi membantu serta memulihkan kesihatan anda. Ketika Dr Noordin membuat kajian tentang air ini, beliau telah menemui banyak penemuan yang mengaitkan bagaimana air dapat membantu dan menghalang sesetengah penyakit daripada berlaku.
Tetapi sesetengah fakta tersebut mungkin agak sukar diterima oleh para doktor kerana ianya bersifat berlawanan daripada teori dan kepercayaan mereka selama ini. Penemuan-penemuan ini telah didedahkan oleh Dr Noordin Darus didalam bukunya yang bertajuk 'Air Oh Air'. Berikut adalah sebahagian daripada penemuan-penemuan tersebut:
PENEMUAN #1: AIR DAPAT MEMBANTU & MENGHALANG SAKIT HULU HATI
Sakit hulu hati (heartburn) adalah satu petanda bahawa badan kita kekeurangan air dibahagian atas sistem 'gastrointestinal'. Itu adalah satu petanda utama kehausan air dalam badan. Penggunaan ubat anti-asid dan tablet dalam merawat sakit ini sebenarnya tiak mengatsi masalah kekurangan air dan badan terus merana akibat kekurangan ini.
PERHATIAN: Tidak mengenal pasti penyakit ini sebagai satu petanda kehausan dan merawat dengan ubat-ubatan akan lambat-laun menyebabkan inflamsi dalam perut, doudenum, hiatal hernia, kedatangan ulser, dan akhirnya kanser di bahagian yang terlibat termasuk hati dan pankreas.
PENEMUAN #2: AIR MENCEGAH DAN MEMBANTU MEMPERBAIKI PENYAKIT SENDI
Penyakit sendi 'rheumatoid' adalah tanda kekurangan air dalam bahagian tersebut. Ia boleh berlaku bukan sahja pada yang tua, tetapi juga yang muda. Penggunaan pil penahan sakit tidak mengubati penyakit ini, malah ia akan mendedahkan si pesakit kepada kemusnahan yang lebi teruk. Pengambilan air dan kuantiti garam yang sedikit boleh merawat penyakit ini.
PENEMUAN #3: AIR MENGHALANG DAN MELEGAKAN SAKIT BELAKANG
Sakit belakang dan 'arthritis' tulang belakang adalah tanda kekurangan air di tulang belakang dan 'discs', iaitu kusyen air yang menyokong berat badan. Keadaan ini boleh dirawat secara berkesan dengan menambah meminum air - bukanya rawatan komersial.
PERHATIAN: Tidak mengenali sakit belakang sebagai petanda kehausan dalam kaviti sendi dan merawatinya dengan ubat penahan sakit, manipulasi, acupuncture, dan akhirnya pembedahan akan lambat-laun menghasilkan 'osteoarthritis' setelah matinya sel-sel kartilej dalam sendi. Ini akan menyebabkan mencacatkan tulang belakang. Ubat penahan sakit mempunyai risikonya yang tersendiri.
PENEMUAN #4: AIR MENGHALANG DAN MELEGAKAN SAKIT JANTUNG
Kesakitan dibahagian jantung/dada adalah petanda kehausan air dalam jantung atau paru-paru. Ia sepatutnya dirawat dengan meningkatkan jumlah air yang diminum sehingga pesakit bebas dari rasa sakit dan ubat-ubatan. Walaupun pemantauan perubatan adalah amat penting, penambah air diminum boleh mengubati sakit jantung.
PENEMUAN #5: AIR MENGHALANG DAN MEMBASMI SAKIT KEPALA
Sakit kepala adalah petanda air diperlukan oleh otak dan mata. Ianya boleh dikawal sepenuhnya dengan menghalang kehausan dalam badan. Kahausan jenis ini boleh menyebabkan radang dibelakang mata dan kemungkinan hilangnya penglihatan.
PENEMUAN #6: AIR MENGHALANG DAN MEMBANTU MENGELUARKAN 'COLITIS'
Sakit colitis merupakan petanda kekurangan air dibahagian perut. Ia berkait rapat dengan sembelit kerana intestin besar mengecut untuk memerah titisan iar yang terakhir dari bahagian buangan, lantas mengakibatkan kekeringan pada najis.
PERHATIAN: Jika tidak mengenal pasti sebagai masalah kekurangan air dan dibiarkan berterusan. Lambat laun, ia akan menimbulkan masalah pengeluaran najis: ia boleh menyebabkan diverticulitis, hemorrhoids, polyps dan meningkatkan kemungkinan kanser kolon dan rektum.
PENEMUAN #7: AIR DAN GARAM MENGHALANG SERTA MELEGAKAN ASMA
Sakit lelah dihadapi oleh lebih 12 juta kanak-kanak dan membunuh beribu-ribu dari mereka setiap tahun. Ia adalah kompilasi yang wujud kerana kehausan dalam badan. Ia disebabkan oleh program pengurusan kekeringan dalam badan. Laluan udara terganggu menyebabkan air tidak meninggalkan badan dalam bentuk wap, terutama dinegara-negara yang mempunyai musim salji. Meningkatkan jumlah air yang diminum boleh membantu keadaan ini. Pesakit juga harus mengambil lebih garam untuk memecahkan penghalang mucus dalam paru-paru yang menggangu laluan udara. Adalah satu trategi jika penyakit ini tidak dilihat sebagai petanda kehausan dalam diri kanak-kanak yang sedang embesar. Ianya bukan sahaja boleh menyebabkan ribuan kematian, malah menjadikan kerosakan genetik yang sukar dipulihkan dan terus kekal di kalangan 12 juta kanak-kanak penghidap asma.
PENEMUAN #8: AIR MEMBANTU MENGHALANG DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi adalah satu adaptasi badan kepada kehausan, apabila air kurang diisi kedalam saluran darah yang meresap air ke dalam sel-sel penting. Seperti sebahagian dari mekanisma osmosis songsang, apabila air dari serum ditapis dan dimasukan ke dalam sel-sel penting melalui lubang-lubang halus di membran, ia memerlukan tekanan yang lebih kuat. Seperti mana 'Suntikan I.V' yang dilakukan di hospital, badan juga menyuntik air ke dalam sel-sel yang jumlahnya besar pada masa yang sama sama. Air dan sedikit garam boleh mengembalikan tekanan darah seperti keadaan asal!
PERHATIAN: Tidak melihat darah tinggi sebagai petanda utama kehausan dalam badan dan merawatnya dengan diuretik yang akan lebih menghauskan badan, lambat-laun, akan menyebabkan kolestrol tersumbat di arteri jantung dan otak. Ini akan menyebabkan kejutan jantung, dan stroke yang boleh menyebabkan lumpuh. Lambat-laun ia akan menyebabkan penyakit buah pinggang serta kerosakan otak dan gangguan neurologi, seperti penyakit Alzheimer.
PENEMUAN #9: AIR MENGHALANG DAN MEMBANTU MENGATASI KEDATANGAN AWAL KENCING MANIS ORANG DEWASA
Kencing manis dewasa adalah satu lagi adaptasi badan kepada kehausan kronik. Demi memastikan iar yang mencukupi dan memenuhi keperluan otak, pelepasan insulin dikurangkan untuk menghalang insulin dari menolak air ke seluruh sel badan. Kepada penghidap penyakit kencing manishanya sesetengah sel mendapat air yang mencukupi. Air dan sedikit garam dapat membantu masalah ini.
PERHATIAN: Tidak mengenalinya sebagai masalah dari kehausan akan lambat-laun mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah di seluruh badan. Ini akan menyebabkan kehilangan jari-jemari kaki dan juga kaki kepada penyakit gangrene. Ia boleh mengakibatkan kerosakan mata dan juga kehilangan penglihatan.
PENEMUAN #10: AIR MENGURANGKAN PARAS KOLESTROL
Paras kolestrol yang tinggi adalah petanda pengurusan kekeringan awal oleh badan. Kolestrol adalah bahan seakan-akan tanah liat yang dituang ke ruangan-ruangan membran sel untuk menjaganya dari kehilangan air yang penting kepada tekanan darah yang lebih kuat di sekitar aliranya. Kolestrol, selain daripada menghasilkan sel deria membran dan hormon, juga digunakan sebagai 'perisai' dari pengaliran air dari sel-sel yang lain yang biasanya bertukar-ganti melalui membran sel.
Berapakah Kuantiti Air Yang Diperlukan
Oleh Tubuh Anda ?
Anda disyorkan agar minum 1/2 dari berat badan anda dalam auns (Oz.) setiap hari. Biasanya bagi orang dewasa adalah sekitar 2~3 liter sehari. Formula pengiraanya (setelah ditukar kepada liter) adalah seperti berikut:
Sebagai contoh berat anda adalah 80 Kilogram. Jadi, 80 x 0.0326 bersamaan 2.608. Ini bermakna anda perlu minum sekitar 2.6liter setiap hari.
Bagi pesakit buah pinggang atau individu yang berada dibawah pengawasan doktor, sila dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu sebelum mencuba formula ini.
Atau anda juga boleh menggunakan petua ini, pastikan anda minum sebelum bibir anda berasa kering. Air yang disarankan diatas tadi adalah Rx-Water atau Rx-17. Ia TIDAK TERMASUK; air kopi, teh, air berkarbonat, jus atau air-air manis yang lain.
Dr Noordin Darus juga berpendapat bahawa dengan minum sejumlah kuantiti air yang banyak pada waktu pagi (sekitar 1~1 1/2 liter) amat berkesan untuk mereka yang memerlukan tenaga lebih untuk membersihkan bahan toksik dalam tubuh badan anda.
Oleh kerana air yang dihasilkan oleh sistem penapis air Rx-Water ini dikategorikan sebagai 'Air Hidup' anda dinasihati supaya tidak memanaskanya sehingga 100°c bagi mengelakan air tersebut bertukar menjadi 'Air Mati'. Sekiranya anda memerlukan air panas untuk membancuh teh, kopi atau sebagainya, cukuplah sekiranya anda memanaskan air tersebut sekadar yang perlu sahaja.
Cara Penggunaan Rx-Water
Setelah 8 tahun sistem pertama Rx-Water dilancarkan, ribuan pengguna telah mendapat manfaat baik dari segi menjaga kesihatan dengan mudah mahupun mendapat rawatan untuk penyakit yang serius seperti kanser, darah tinggi, penyakit mental, angin ahmar, ketagihan dadah dan lain-lain.
Walaupun telah banyak keputusan yang diluar jangkaan dan pengakuan-pengakuan yang memberangsangkan daripada para pengguna terapi air Rx-Water. Tetapi, Dr. Noordin masih berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa Rx-Water menjadi berkesan dengan izin Tuhan. Itulah perbezaan cara rawatan air yang beliau usahakan berbanding dengan yang lain.
Kepercayaan adalah kunci kepada penyembuhan. Pemulihan sepenuhnya haruslah merangkumi semua aspek iaitu Minda, Fizikal dan Rohani (MiFiRo). Sebab itu Dato' Dr Noordin Darus telah memperkenalkan konsep MiFiRo di dalam Terapi Air Rx-Water ini. Tanpanya, anda mungkin pulih atau kelihatan seperti sudah sembuh tetapi ianya tidak akan sempurna kerana penyembuhan tadi hanyalah pada fizikal sahaja.
Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain kenapa masih ada dikalangan individu yang telah menggunakan Rx-water ini tetapi tidak mendapat manfaat Rx-Water tersebut dengan sepenuhnya, antaranya adalah:
- Tidak mempunyai kesabaran
- Tidak yakin sepenuhnya dengan kaedah ini
- Kalau pun sudah ada perubahan mereka tidak istiqamah
- Amalan terapi yang dilakukan oleh mereka tidak sempurna
- Tidak mendapat bekalan yang segar dan mencukupi
- Amalan terapi tersebut tidak diiringi dengan doa
- Sudah terlalu kronik atau sudah berparut sehingga Rx-Water tidak boleh sampai ke tempat tersebut
Prinsip kejayaan pengubatan melalui kaedah Terapi Rx-Water ini hanyalah "Dengan izin Allah" yang diiringi usaha dengan yakin dan istiqamah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".
- Riwayat: Abu Daud
Bagi mereka yang benar-benar telah mengamalkan seperti yang disaran oleh Dr Noordin - ramai daripada mereka yang sudah berpuas hati dan hasilnya amatlah menggembirakan. Kita harus bersyukur kerana masih dilimpah kurnia oleh Allah S.W.T untuk bersama mengecapi rezeki didunia daripada kebaikan Rx-Water ini.
KEGUNAAN AIR Rx-WATER
Dibawah ini kami ingin menerangkan serba-sedikit tentang kaedah penggunaan Rx-Water ini bagi tujuan rawatan dan juga pelbagai kegunaan yang lain:
- Air yang dihasilkan melalui Rx-Water ini perlulah diamalkan setiap hari sebagai air minuman harian (sekurang-kurangnya 2.5liter sehari) dan bagi tujuan memasak.
- Gunakan air yang telah dihasilkan daripada Rx-Ozon bagi tujuan membasuh makanan mentah dan peralatan harian anda. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau.
- Rx-Ozon juga boleh diminum bagi membantu individu yang sedang 'sakit tekak' serta disapukan ke muka untuk pesakit resdung (terutama ketika merasa gatal-gatal dimuka). Ini kerana air ozon juga dapat membantu menghapuskan kuman pada tubuh serta didalam badan.
- Anda boleh membasahkan seluruh tubuh pesakit dengan mengunakan air Rx-Water. Contohnya seperti ketika deman dan bagi pesakit migrain, anda boleh membasahkan kepala dan muka anda apabila merasai kesakitan tersebut.
- Kerap membasuh muka anda dengan Rx-Water bagi individu yang mempunyai masalah jerawat dan jeragat.
- Anda juga boleh mandi mengunakan air Rx-Water bagi mendapat kesegaran dan melegakan tubuh badan.
- Bagi kes-kes tertentu seperti kemalangan dan pendarahan, anda boleh merendam bahagian tubuh yang cedera ke dalam bekas yang berisi air Rx-Water.
- Anda juga dinasihati untuk membawa bersama bekalan air Rx-Water ini kemana sahaja terutama ketika ingin melakukan satu pejalanan yang jauh. Ia boleh dijadikan sebagai air minuman, memulihkan kesegaran ataupun persediaan ketika kecemasan.
- Jangan lupa untuk membawa beberapa liter air Rx-Water ini bersama ketika melawat individu yang sedang sakit dan berikan air tersebut kepada pesakit tersebut bagi membantu melegakan kesakitan yang mereka alami.
Rx-TRA & Rx-SALT
Dengan pengambilan Rx-Salt dan juga Rx-Tra, ia dapat menambah zat (vitamin & mineral) yang diperlukan oleh tubuh bagi menampung kekurangan yang mungkin telah lama 'tiada' dari dalam tubuh anda. Penggunaanya amat penting sekali terutama bagi kes-kes yang kritikal.
Sebenarnya kedua-dua produk tersebut merupakan 'suppliment' tambahan bagi membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan anda. Disamping itu, ia juga dapat meningkatkan semula 'anti-body' anda melawan pelbagai penyakit. Kami amat menggalakan anda agar mengunakan kedua-dua produk tadi bersama dengan air Rx-Water bagi mencapai kesihatan yang lebih menyeluruh. Didalam kebanyakan kes, kesan daripada penggunaan Rx-Water, Rx-Tra dan juga Rx-Salt didalam membantu merawat penyakit adalah sungguh mengagumkan sekali.
Cara penggunaan Rx-Tra: Sila titis 10 titisan Rx-Tra ke dalam segelas air Rx-Water dan minum setiap pagi dan malam. Bagi mereka yang mempunyai penyakit dinasihatkan mengambil 10 titis Rx-Tra (3x Sehari) iaitu pagi, tengah hari dan malam. Anda juga boleh campurkan Rx-Tra ke dalam bekas yang mengandungi air Rx-Water bagi tujuan memberhentikan pendarahan dan juga menyapu bahagian yang berkudis atau titiskan terus cecair Rx-Tra kepada bahagian luka kecil. Jika anda rasa tidak sihat seperti ingin demam, letakan beberapa titisan Rx-Tra terus ke lidah anda. Bawa bersama sebotol Rx-Tra 10ml ke mana-mana sahaja sebagai persediaan kecemasan.
Cara Penggunaan Rx-Salt: Anda perlu minum Rx-Water sekitar 2.5 liter sehari. Setelah minum 0.5 liter Air Rx-Water ketika bangun daripada tidur (bersama air liur basi anda), sila minum 4 kali lagi air Rx-Water (0.5 liter) bersama-sama Rx-Salt seperti yang dicadangkan dibawah ini;
- Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water yang kedua.
- Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water yang ketiga.
- Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water yang keempat.
- Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water yang kelima.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan Rx-Salt ini sebagai garam di dalam menu masakan harian anda. Boleh disapu pada muka dan calitkan pada hidung bagi individu yang mempunyai masalah resdung terutama ketika anda kerap bersin.
BERZIKIR (SELF-TALK)
Bagi individu yang sedang sakit, berdoalah setiap kali sebelum anda minum air Rx-Water tersebut dan yakin Allah akan mengkabulkan permintaan anda tadi. Selain itu, anda juga digalakan untuk bercakap dengan diri sendiri dengan penuh yakin serta secara kerap dan berulang-kali seperti;
"Saya ........." (Sila isikan ruangan kosong tadi dengan; sihat, pulih, ok, kuat atau apa sahaja yang anda inginkan)
Dengan adanya bantuan dari 'Kuasa Minda' ini ia dapat membantu menguat dan meningkatkan lagi keyakinan diri anda bagi mencapai kesan penyembuahn yang lebih pantas. Pastikan anda menggunakan ayat berbentuk 'sekarang' (present tense) dan elakan perkataan yang berbentuk 'pada masa akan datang' (future tense) ketika anda bercakap dengan diri sendiri.
KESAN TINDAK-BALAS RX-WATER TERHADAP PENGGUNA
Akibat daripada penggunaan Rx-Water ini, biasanya pengguna akan dapat merasai kesan perubahan tersebut setelah beberapa jam/hari penggunaanya. Walaupun begitu, terdapat juga kes dimana pengguna yang akan merasai kesan sampingan yang berlawanan, iaitu kesan sakit yang semakin teruk untuk tempoh beberapa hari seperti:
- Kerap Berpeluh
- Gatal-gatal pada anggota badan
- Kerap membuang air kecil
- Lenguh tulang belakang
- Sakit kepala/pening
- Tubuh badan berasa panas
- Cepat letih/tidak bertenaga
Jika 'krisis pemulihan' sebegini berlaku, sila teruskan penggunaan Rx-Water ini kerana ia menunjukan air Rx-Water yang digunakan tadi sedang bertindak balas terhadap tubuh pesakit bagi proses penyah toksin (detok). Krisis ini bergantung kepada kesihatan tubuh dan boleh berlanjutan selama 1 hingga 2 minggu.
Tetapi setelah pesakit tersebut sihat, beliau dapat merasakan penyakit yang dialami selama ini semakin berkurangan (dalam proses penyembuhan). Kemudia terus amalkan air Rx-Water tersebut setiap hari.
ILHAM MURNI SETEGUK AIR
Akhir kata, janganlah hanya membaca maklumat serta pengakuan pengguna yang telah berjaya mengatasi masalah/kesihatan mereka dengan program terapi Rx-Water ini. Sebenarnya didalam badan kita telah wujud satu Sistem Harmoni (Pulih) Sendiri ataupun dikenali sebagai SHS (Self-Healing System) yang hebat.
Semua penyakit berakar umbi daripada hati nurani dengan kehendak Yang Maha Kuasa. Kedua-dua ini dan amalan kita sendiri akan sentiasa memberi kesan kepada Minda, Fizikal dan Rohani. Oleh itu, mengubat badan kita sahaja masih tidak mencukupi. Cara yang terbaik untuk meningkatkan Self-Healing System (SHS) ialah dengan membersihkan Minda, Fizikal dan Rohani. Apabila ketiga-tiga ini telah harmoni, maka Kesihatan dan Kebahagiaan menjadi tulen dan berkekalan.
Singgahsana semua ini terletak di HATI kita. Self-Healing System (SHS) hanya berkesan apabila Hati kita suci. Cubalah kehebatan dan manfaat Rx-Water ini sendiri. Anda dan ahli keluarga anda pasti tidak akan dikecewakan.
Jika anda rasakan bahawa RM150 sebulan ini agak mahal untuk kesihatan anda... maka ia memang sudah menjadi lumrah manusia pada zaman moden ini. Ramai yang terlalu berkira terhadap kesihatan mereka.
Tetapi pernahkah anda berkira bagi membeli pakaian mahal, aksesori tambahan pada kenderaan, peralatan rumah, gadget komputer atau sebagainya? Jika disinilah yang menjadi masalah utama anda... maka kami tidak tahu untuk berkata apa lagi. Sebagai akhir kata, 'Mencegah Itu Lebih Baik Daripada Merawati'.




