RahsiaRxWater.com > Teknologi Yang Terdapat Dalam Sistem Penapis Air Rx-Water

Teknologi Yang Terdapat Dalam Sistem Penapis Air Rx-Water

Ahad, 20 Mei 2012
Share

Jika pada tahun 2003 dahulu, Rx-Water (sistem lama) telah memperkenalkan teknologi 'Air Aura' pertama di dunia dan kini konsep 'Air Aura' tersebut telah ditiru oleh pengeluar yang lain. Kini setelah 8 tahun berlalu, Dato' Dr Noordin Darus kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan memperkenalkan satu sistem baru yang dikenali sebagai The All New Rx-Water.

Saksikan video diatas bagi mengetahui bagaimana teknologi yang digunakan didalam Sistem Penapis The All New Rx-Water ini dapat membantu anda.

Pada gambarajah dibawah ini, kami telah memaparkan teknologi yang terdapat di dalam sistem penapis air The All New Rx-Water ini. Didalam sistem Rx-Water yang baru ini, ia hanya mempunyai 4 Kartrij sahaja beserta Plat Elektronik bagi menghasilkan Air Ozon.

Teknologi & Sistem Rx-Water

Setiap kartrij tersebut mengandungi kandungan bahan serta fungsinya yang tersendiri. Kartrij-kartrij tersebut juga telah ditandakan dengan warnanya yang tersendiri bagi mengelakan anda keliru. Dibawah ini kami telah senaraikan fungsi keempat-empat kartrij tersebut:

  • KARTRIJ #1 - Penapis Utama
    Penapis Seramik bertaraf antarabangsa yang berfungsi untuk menghapuskan kotoran kasar, halus dan juga bakteria air. Bagi umat Islam sebelum anda membeli manan-mana penapis air, sila pastikan terlebih dahulu Penapis Seramik yang digunakan diperbuat daripada Batu dan bukan dihasilkan menggunakan Tulang.
  • KARTRIJ #2 - Penapis Sekunder
    'Activated Carbon' yang terdapat pada penapis ini berfungsi untuk menyerap bau-bauan, warna dan bahan toksik seperti klorin. Mankala 'Biominex Beads' pula berfungsi untuk meng-ion serta mengalkali air. Bagi Teknologi Bamboo-Qun sila lihat maklumat yang terperinci seperti dibawah.
  • KARTRIJ #3 - Detoksifikasi dan Mengalkali Air
    Berfungsi untuk enghapuskan logam berat dan bahan radioaktif serta menbuang kulat, patogen dan juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria. Bagi Teknologi Bebola Kristal sila lihat maklumat yang terperinci seperti dibawah.
  • KARTRIJ #4 - Kumpulan Molekul Mudah Serap
    Seramik Tenaga Aura memberikan tenaga getaran yang kuat pada air bagi memecahkan kumpulan molekul air kepada saiz yang lebih kecil supaya mudah diserap oleh sel badan. 'Bebatu Mineral' menambah yang terdapat didalam kartrij ini juga akan menambahkan kandungan mineral didalam air Rx-Water tersebut. Bagi Teknologi Tanah Liat Berkalsium sila lihat maklumat yang terperinci seperti dibawah.

Selain sistem serta teknologi terkini yang digunakan pada kartrij-kartrij tersebut, Dr Noordin Darus juga telah memperkenalkan beberapa lagi teknologi baru didalam Sistem Panapis Air The All New Rx-Water ini.

Jenama lain biasanya mempunyai 6~8 Kartrij didalam sistem penapis air mereka. Walaupun dengan hanya 4 kartrij sahaja, tetapi teknologi dan sistem yang digunakan didalam penapis air Rx-Water ini jauh lebih terkini berbanding jenama-jenama yang lain. Air yang dihasilkan juga dikategorikan sebagai Air hidup.

 

Dibawah ini kami akan menerangkan setiap fungsi yang terdapat pada setiap teknologi yang telah diperkelankan oleh Dato' Dr Noordin Darus didalam The All New Rx-Water.

TEKNOLOGI BAMBOO-QUN (KARTRIJ 2 & 3)

Moso BambooBamboo-Qun ini diperbuat daripada arang buluh jenis Moso yang banyak terdapat di Taiwan. Rahsia kegunaan arang buluh ini bagi merawat air sudah digunakan sejak Dinasti Ming di China iaitu pada tahun 1486 lagi. Kini Dr Noordin telang merungkainya kembali dan Rx-Water merupakan yang pertama didunia menggunakan teknologi ini didalam sistem penapis air moden.

Banboo-Qun juga berfungsi sebagai agen 'bio-aktif' semulajadi untuk proses 'detoksifikasi' dan bersifat 'anti-bakteria' sementara memberikan rasa sedap dan meningkatkan 'aura air'. Bagi membolehkanya terus aktif, Bamboo-Qun akan memakan bakteria ataupun kuman yang terdapat didalam air yang ditapis melaluinya. Pencegahan tersebut lebih cepat dan efektif berbanding penggunaan arang atau karbon seperti kebanyakan penapis air lain.

Dengan adanya teknologi arang buluh ini, ia akan memberi Kuasa Tenaga Infra-Merah (F.I.R) yang telah diserap oleh pokok buluh daripada cahaya matahari dan akan dipindahkan kepada molekul air. Kuasa Tenaga ataupun zat tersebut kemudiannya akan dipindahkan ke sel-sel badan selepas anda minum air Rx-Water.

Dengan ini, ia akan mempercepatkan proses dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah kesihatan sedia ada. Selain itu, didalam Bamboo-Qun ini juga ada mengandungi sehingga 400 mineral semualajadi yang dapat membantu anda didalam proses penyembuhan dan menentang penyakit.

TEKNOLOGI BEBOLA KRISTAL (KARTRIJ 3)

Terapi WarnaBebola Kristal ini berfungsi bagi memindahkan tenaga dan mengaktifkan penyembuhan semulajadi sepertimana yang sering digunakan didalam kaedah rawatan Terapi Warna yang terdapat daripada batu-batu kristal tersebut. Didalam kaedah rawatan terapi warna setiap bahagian tubuh (seperti gambar disebelah) mempunyai warna yang tertentu.

Sebagai contoh, jika dikampung-kampung mengikut amalan orang Melayu bagi pesakit 'beguk' biasanya akan diletakan (disapu) dengan 'nila' pada bahagian leher pesakit tersebut. Rawatan tadi memang bersesuaian dengan amalan didalam kaedah Terapi Warna. Ini kerana kedudukan warna biru (nila) tersebut memang terletak dibahagian leher.

Selain daripada merawat penyakit, Terapi Warna ini juga boleh digunakan bagi mempengaruhi minda dan juga perasan anda. Melalui gambaran 'aura' anda, anda boleh melihat sendiri keadaan diri (perasaan anda) ketika gambar tersebut sedang diambil. Pada carta dibawah ini, anda boleh melihat bagaimana warna-warna tersebut dapat mempengaruhi diri/minda anda.

Oleh kerana itu, warna pada makanan/minuman serta pakaian harian anda amat penting bagi mengimbangi keadaan diri, kesihatan dan fikiran anda. Cuba gunakan carta ini bagi mengubah keadaan tersebut. Jangan lupa untuk menggunakan air Rx-Water bagi mendapatkan kesan penyembuhan semula jadi yang lebih berkesan.

Carta Terapi Warna

TEKNOLOGI TANAH LIAT BERKALSIUM (KARTRIJ 4)

Tanah Liat sebagai ajen penyucianPenggunaan Tanah Liat Berkalsium amat penting bagi proses penulenan air yang lebih suci disamping menambah kandungan mineral kalsium dan membantu penyembuhan. Didalam Islam, tanah (liat) telah digunakan bagi proses menyamak Najis Mughallazah (Najis Berat) iaitu yang terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

Tetapi, pernahkah anda terfikir... kenapa najis tersebut perlu dibersihkan menggunakan tanah? Jawapanya adalah... Kuman dan bakteria yang terdapat pada najis berat tadi (terutamanya cacing pita yang terdapat pada babi) hanya boleh dihapuskan dengan menggunakan 'air tanah'. Disebabkan sumber air paip yang anda gunakan kini sudah banyak dicemari dengan najis tersebut, maka tidak hairanlah sekiranya anda memerlukan Rx-Water bagi membersih, merawat serta menyucikan semula air yang anda gunakan.

Selain daripada kandungan Kalsium terdapat lagi beberapa mineral yang dapat diserap melalui air yang ditapis menggunakan tanah liat tersebut. Mineral-mineral ini memang amat penting bagi kesihatan anda.

Sekarang ini anda bukan sahaja memerlukan satu sistem penapisan air yang bersih... tetapi pastikan juga air yang dihasilkan suci serta mengandungi mineral yang diperlukan oleh tubuh anda bagi melindungi serta membantu menyembuh daripada pelbagai penyakit.

SISTEM RX-OZON

Penghasilan OzonRx-Ozon ini telah dihasilkan melalui Plat Elektronik berkuasa rendah iaitu pada konsentrasi 0.125~0.255 ppm. Rx-Ozon ini telah digabungkan bersama didalam sistem The All New Rx-Water. Ozon yang dihasilkan daripada sistem Rx-Ozon ini adalah 300 kali ganda lebih effektif dari Klorin bagi membasmi kuman. Air hasil daripada campuran ozon tersebut tidak membahayakan kesihatan dan ianya boleh diminum. Ia juga boleh membantu merawat beberapa jenis penyakit.

Kajian Makmal menunjukan bahawa penggunaan RxOzon mampu menghapuskan 99% daripada bakteria dan racun serangga yang terdapat pada permukaan buah-buahan dan sayur-sayuran

Air yang terhasil daripada sistem ozon ini buleh digunakan untuk membersih makanan serta bekas dan peralatan dapur yang lain. Air Rx-Ozon ini juga dapat berfungsi bagi:

  • Membunuh bakteria, kulat, virus
  • Mencuci semburan kimia, anti-biotik, hormon pembesaran pada makanan
  • Menghilangkan bahan pewarna, perisa, pengawit dan lain-lain lagi

Air Rx-Ozon ini juga bertindak sebagai bahan pencuci 'pensterilan' pada bekas dan peralatan makanan tanpa menggunakan sabun berkimia. Ia juga mampu menghilangkan bau-bauan yang kuat seperti bau hanyir pada ikan, bau durian, bau belacah, rempah kari, bau mulut dan sebagainya.

Sistem penapis air Rx-Water ini memang unik. Dipasaran, anda boleh membeli kedua-dua sistem ini secara berasingan (penapis air dan sistem ozon). Tetapi dengan penapis air Rx-Water, anda memperolehi kedua-duanya dengan hanya 'Satu Sentuhan' sahaja.
Beli Rx-Water Sekarang

 

Penyelenggaraan Rx-Water

Sistem Rx-Water yang baru ini juga, agak kecil (kompak) jika dibandingkan dengan produk jenama yang lain. Sistem ini mudah dipasang serta diselenggara, mempunyai rekabentuk yang menarik dan terkini serta dilengkapi dengan kombinasi 2 dalam 1 (iaitu penapis air & teknologi ozon). Jika anda membeli kedua-dua sistem ini secara berasingan dan bandingkan harganya dengan Rx-Water... maka harga Rx-Water adalah jauh lebih murah.

Rekabentuk yang kecil & menarik
 

Walaupun Rx-Water ini mempunyai 4 Sistem Kartrij Penapis sahaja, tetapi ianya sudah cukup untuk menghapuskan kuman, bakteria, kulat, virus, logam berat didalam air minuman serta kegunaan harian yang lain. Dengan adanya Sistem Rx-Ozon, maka ia menjadikan Rx-Water lebih istimewa berbanding jenama lain. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan didalam sistem Rx-Water ini juga telah disahkan Halal oleh JAKIM.

Bagi mendapatkan kesan yang optimum, anda perlu menyelenggara kartrij Rx-Water anda. Anda hanya perlu membersihkan Kartrij #1 setiap minggu. Ini bergantung kepada tahap kebersihan bekalan air dikawasan anda. Jika bekalan air dikawasan anda agak kotor, anda perlu membersihkanya dengan lebih kerap lagi. Tetapi bagi Kartrij #2, #3 & #4, anda tidak perlu menyelenggara setiap minggu sepertimana Kartrij #1 tadi.

Cara menyelenggaranya sungguh mudah sekali, anda hanya perlu menaggalkan Kartrij #1 daripada sistem Rx-Water tersebut dengan cara memusingkanya melawan arah jam. Kemudian buka penutup kartrij dan membersihkan kartrij seramik tersebut dengan mengunakan berus yang disediakan. Sila berus kartrij seramik tadi dibawah air paip yang mengalir.

Atau anda juga boleh menonton video dibawah ini bagi melihat dengan lebih jelas cara membuat penyelenggaraan tersebut.

VIDEO CARA PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN RX-WATER

Rx-Water sungguh mudah untuk dipasang serta diselenggara. Penggunaan elektrik hanya diperlukan sekiranya anda ingin menggunakan Sistem Air Rx-Ozon sahaja.

PERINGATAN: Jika anda didatangi oleh seseorang bertujuan untuk menyelenggara Sistem Rx-Water anda, sila dapatkan butir peribadi individu tersebut. Kemudian anda diminta untuk menghubungi pihak WorldWorldness Network (WWN) untuk kepastian. Ini kerana terdapat banyak kes dimana pihak yang tidak bertanggung jawab telah menukar kedudukan Kartrij Penapis Rx-Water supaya ianya menjadi tidak berkesan dan mendatangkan masalah lain. Tujuanya supaya anda bertukar kepada produk yang mereka tawarkan.

 

Pengesahan Makmal & No. Rujukan Halal

Dibawah ini kami telah sertakan Pengesahan Makmal yang membuktikan bahawa penggunaan air Rx-Ozon mampu membasmi sehingga 99.9% kuman dan juga Laporan Pengesahan dari SIRIM. Selain itu, kami juga telah menyertakan Nombor Rujukan Halal yang telah dikeluarkan oleh JAKIM. Sila klik pada gambar dibawah bagi membesarkanya.

 

Beli Rx-Water Sekarang
 

Pada muka surat yang selanjutnya, anda boleh melihat serta membaca Testimoni Para Pengguna Rx-Water. Selain itu, kami juga menyediakan beberapa video klip maklum balas dari para pengguna yang telah berjaya dirawat menggunakan Program Terapi Air Rx-Water.

 

Yang Sihat Ada 1,000 Impian, Yang Sakit Hanya SATU... Jika Anda Fikirkan Kesihatan Itu Mahal, Cubalah Kesakitan...

Dato' Dr. Noordin Darus

 

produk berkualiti
 
Cara Buat Pembelian || Menerusi SMS || Menerusi Kad Kredit