RahsiaRxWater.com > Testimoni Pengguna Rx-Water

Testimoni Pengguna Rx-Water

Ahad, 20 Mei 2012
Share

Sejak Rx-Water ini dilancarkan pada tahun 2003 hingga sekarang, syarikat WellWellness Network (WWN) sentiasa menerima banyak ucapan terima kasih dan serta pelbagai testimoni penyembuhan yang mengagumkan daripada pelbagai pihak. Kini lebih daripada 200,000 orang pengguna telah dapat menikmati khasiat daripada air yang ditapis melalui sistem Rx-Water ini.

Dato' Dr Noordin Darus melalui WorldWellness Network juga telah menerbitkan beberapa buku yang mendedahkan pelbagai maklumat mengenai kepentingan air dan didalamnya juga memuatkan banyak tetimoni yang berjaya disembuhkan daripada pelbagai penyakit dengan bantuan air daripada Rx-Water ini. Antara buku-buku tersebut adalah:

  • Air Oh Air (Versi Bahasa Melayu)
  • Unveliable But True... Testimonies (Dwi Bahasa Ingeris-Melayu)
  • Koleksi Testimoni Terapi MiFiRo (Minda, Fizikal & Rohani)
 

Daripada buku-buku diatas anda akan didedahkan dengan beratus testimoni yang berjaya dibantu dengan mengunakan terapi Rx-Water ini. Antara penyakit dan masalah yang berjaya dibantu adalah; Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Angin Pasang, Luka & Kemalangan, Kanser, Leukimia, Lymphoma, Angin Akhmar/Stroke, Sakit Sendi/ Sakit Belakang, Gout, Eczema, Penyakit Kulit, Jerawat/Jeragat, Rambut Gugur, Batu Karang, Buasir, Migrain, Tekanan Perasaan/Stress, Insomia, Senggugut, Resdung, lelah, Sakit Jantung, Buah Pinggang, Gastrik, kegemukan dan pelbagai lagi.

Amaran: Rx-Water bukan sejenis ubat. Kami tidak mengesyorkan anda menggantikan perkhidmatan professional doktor perubatan dengan terapi ini. Sila dapatkan nasihat doktor anda dahulu bagi mereka yang berada di bawah pengawasan doktor.
 

Kejayaan Dari Sebuah Keperitan

Beli Rx-Water Sekarang

Dari cita-cita untuk menjadi arkitek yang terpaksa dilupakan, kemudian bergelar seorang doktor perubatan dan psikiatris sebelum beralih kepada doktor sukan di Majlis Sukan Negara.

Cuba berubah angin dengan mencari rezeki dalam sektor swasta, dalam masa yang sama didiagnos menghidap kanser namun berjaya melawan sel ganas itu dan kini bergelar ahli peniagaan berjaya.

Semua itu bagi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif WorldWellness Network Sdn. Bhd. Datuk Dr. Nordin Darus merupakan takdir hidup yang telah disusun dengan begitu teliti oleh Yang Maha Esa dan pasti mempunyai hikmah tersendiri.

Berbicara dengan lelaki berusia 56 tahun ini membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan ketabahan yang beliau miliki.

Manakan tidak, pada usia 47 tahun, iaitu sekitar awal April 2001, pengasas masin terapi air Rx-Water itu disahkan menghidap kanser limfoma atau kaser darah peringkat tiga. Bercerita tentang perasaan yang dialami beliau berkata, sememangnya sukar untuk menerima apatah lagi saat ingin menyampaikan hal itu kepada ahli keluarga lain terutama isteri dan anak-anak.

"Selepas bertemu doktor, sepanjang perjalanan pulang saya menggigil dan bermacam perkara terlintas di fikiran. Bagaimana untuk memberitahu isteri dan anak-anak, bagaimana keadaan mereka andai apa-apa terjadi pada saya nanti?" katanya mengenang detik getir itu.

Sebelum disahkan menghidap kaser, Dr. Nordin berkata dia sering berasa tidak sihat, demam, pening dan telinganya seperti digenangi air, lama-kelamaan masalah itu berlarutan hinggalah ia menjadi pekak.

Setelah menjalani pemeriksaan teliti, doktor mendapati terdapat ketumbuhan dalam hidung dan lebih serius disahkan kanser darah, maka ia telah merebak ke seluruh tubuh.

"Doktor yang merawat pun dah bagi harapan 50-50 dan mahu pembedahan membuang ketumbuhan dijalankan segera," kata beliau.

Tanpa berlengah, pembedahan terus dijalankan dan beliau perlu menjalani rawalan kemoterapi yang cukup memeritkan. Menurutnya, selepas rawatan kali kedua, rambutnya mula gugur dan dia mengalami muntah-muntah yang teruk.

Disebabkan pengambilan steroid untuk menahan sakit selepas rawatan, dia tetap berselera makan dan wajahnya kelihatan berisi sehingga ada yang tidak percaya dia sedang berdepan dengan penyakit yang boleh mengancam nyawa.

"Ketika itu saya sudah mula botak. Jadi bila ada yang bertanya mengapa saya membotakkan kepala, saya hanya bergurau baru pulang dari Mekah," kata lelaki yang berkebolehan melukis itu.

Penderitaan tersebut membuatkan Dr. Nordin lebih mendekatkan diri kepada Allah. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku namun berkat pengalaman dalam bidang perubatan menjadikan lelaki tabah ini berupaya mengawal diri melawanan sakit tersebut.

Malah dalam keadaan tertentu, ketika menjalani rawatan dia gemar menyangkal sesetengah nasihat yang diberi doktor yang merawatnya.

"Saya cuba mengkaji apa yang sebenarnya terjadi dan kenapa semakin ramai menderita pelbagai jenis penyakit. Akhirnya saya percaya semua itu berpunca daripada air yang kita ambil sehari-hari," katanya.

Dari situ, berdasarkan pengetahuan yang dimiliki beliau mencipta satu mesin terapi air untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Selepas pengambilan berterusan, Dr. Nordin berasa perubahan terhadap dirinya. Pun begitu, dia tetap meneruskan rawatan kemoterapi seperti yang di jadualkan doktor.

Perubahan itu juga disedari doktor yang merawatnya hinggalah dia disahkan bebas dari sel berbahaya itu pada penghujang 2001.

Saudara dan rakan terdekat yang terkejut dengan perubahan dirinya terus bertanya rahsia beliau kembali sihat dan ingin berkongsi rahsia. Mereka juga minta untuk membeli mesin yang beliau cipta sehinggalah beliau membuat keputusan untuk menjalankan peniagaan Rx-Water bermula sekitar 2002.

"Alhamdulillah, pemiagaan kami mendapat sambutan baik daripada semua. Walaupun begitu, pelbagai cabaran telah kami hadapi menjadikan saya semakin kuat serta bersemangat untuk meneruskan hidup. Saya sangat berpuas hati, sekurang-kurangnya kejayaan ini bukan setakat membantu diri sendiri dan keluarga malah menolong orang di luar juga.

"Tekad saya, sebelum menutup mata saya ingin membantu menyembuhkan penyakit sejuta orang dan juga melahirkan seribu jutawan," katanya penuh optimis.

 

Video Testimoni Pengguna Rx-Water

Selain daripada testimoni yang terdapat didalam buku-buku tersebut, disini juga kami telah menyediakan beberapa video testimoni yang boleh ditonton oleh anda.

VIDEO TESTIMONI PENGGUNA RX-WATER #1

 

VIDEO TESTIMONI PENGGUNA RX-WATER #2

 

VIDEO TESTIMONI PENGGUNA THE ALL NEW Rx-WATER #1

VIDEO TESTIMONI PENGGUNA - THE ALL NEW Rx-WATER #1

VIDEO TESTIMONI PENGGUNA - THE ALL NEW Rx-WATER #2

Amaran: Rx-Water bukan sejenis ubat. Kami tidak mengesyorkan anda menggantikan perkhidmatan professional doktor perubatan dengan terapi ini. Sila dapatkan nasihat doktor anda dahulu bagi mereka yang berada di bawah pengawasan doktor
Beli Rx-Water Sekarang

 

 

Testimoni Pengguna Rx-Water

Selain daripada video diatas, disini kami juga memaparkan beberapa testimoni terutama bagi anda yang tidak dapat menonton video-video diatas disebabkan masalah talian internet atau sebagainya. Melalui testimoni pengguna ini, anda boleh lihat ataupun membaca maklum balas keberkesanan Rx-Water bagi menolong membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

NORHAFIZAH ALIAS - Penyakit Kulit (ekzima)

Adik Nurhafizah Alias

NORHAFIZAH ALIAS - Sekinchan, Selangor. 6 tahun menderita penyakit kulit yang sangat kronik, dan telah mencuba menjalani pelbagai rawatan namaun tiada tanda akan sembuh. Paling menyedihkan ketika waktu hendak membuka pakaian dimana kulit-kulit pada tubuhnya akan terseiat sekali kerana nanah dan darah yang terlekat pada baju. Setelah mendapat bantuan mengunakan Rx-Water dan Rx-Tra daripada seorang pensyarah universiti, penyakit adik Norhafizah semakin sembuh dimana lukanya semakin kering dan pulih. Sekarang beliau sudah boleh bersama rakan-rakan disekolah.

MOHD HAIRUL MIRAN - Buta (Akibat Terkena Asid)

Mohd Khairul Miran

MOHD HAIRUL MIRAN, Kuala Lumpur. "Saya menderita buta selama 3 tahun, akibat terkena semburan 'asid alkali caustic soda' sewaktu menjalankan tugas. Doktor mengesahkan saya akan buta kekal. Apabila mengetahui keadaan saya seteruk ini, saya amat kecewa dan hampir membunuh diri sebab tertekan. Setelah ibu saya membeli Rx-Water dan Rx-Tra, alangkah terkejutnya saya kerana dalam masa 6 bulan, penglihatan saya semakin pulih. Syukur!"

DAYANG NURFAIZAH - Penyakit Kanser Darah

Dayang Nurfaizah

DAYANG NURFAIZAH, Brunei. "Pada tahun 2003, saya menghidap kanser darah ketika berumur 13 tahun dan doktor telah putus asa untuk mengubati saya. Syukur Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan Rx-Water dan setelah mengamalkanya dengan Rx-Tra, saya disahkan pulih oleh doktor dan sekarang menikmati hidup seperti remaja yang lain".

ZULKIFLI ABD. HAMID - Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Zulkifli Abd Hamid

ZULKIFLI ABD. HAMID, Melaka. "Saya telah mengidap kencing manis selama 15 tahun. Kira-kira 3 tahun yang lalu, saya terpaksa mengambil insulin pada setiap hari. Doktor mencadangkan untuk membuang (potong) paras lutut kaki saya. Selepas minum beberapa gelas Rx-Water, keesokan paginya kaki mula mengecut dan operasi itu ditangguhkan. Setelah 5 bulan mengamalkan Rx-Water dan Rx-Tra, kesihatan saya semakin baik".

PN. KASUMABAHRI MASJURIAH - Penyakit Radang 'Steve Johnson'

Pn. Kasumabahri

"Para doktor mengesahkan bahawa saya menghidap penyakit radang 'Steve Johnson'. Bukan setakat luaran sahaja, malah hati dan otak saya turut dijangkiti. Doktor menganggarkan bahawa saya akan ditahan di wad untuk jangka masa yang lama, namun hanya selepas 3 hari, saya dibenarkan pulang. Rahsianya? Saya membawa Rx-Water dari rumah untuk mandi, minum lap badan dan bagi kegunaan di hospital".

BADRUL HISYAM MOHD AKHIAR - Lukemia

Badrul Hisyam

"Saya disahkan menghidap leukimia pada tahun 2008 dan pada masa yang sama mula menjalani rawatan kemoterapi. Seperti yang sedia maklum, rawatan kemoterapi akan membunuh bukan sahaja sel kanser tetapi juga sel-sel lain. Saya diperkenalkan dengan Rx-Water sewaktu menjalani rawatan dan saya dapati penggunaannya banyak membantu mengurangkan kesan sampingan proses rawatan. Kini, saya disahkan pulih dan mula bekerja seperti biasa".

MOHD NAWAI RAZALI - Melecur (Terkena Tar Panas)

Mohd Nawai

"Pada 2009, saya mengalami kemalangan dimana cecair tar panas dari lori tersimbah ke kaki saya. Ini mengakibatkan pendidihan dan kelecuran dibahagian kulit sehingga isi. Doktor hampir-hampir memotong kaki saya dan ketika itu, peluang saya untuk mendapat menggunakan sepenuhnya kaki saya amatlah tipis. Tetapi selepas menggunakan Rx-Water selama beberapa minggu, doktor sendiri terkejut melihat kepantasan proses penyembuhan kaki saya. Hari ini, saya sudah boleh berjalan dan bekerja seperti biasa. Terima kasih Rx-Water!".

PN MAIMUNAH ALI - Rx-Ozon Untuk Memasak & Kegunaan Harian

Pn. Maimunah

"Saya mula menggunakan air Rx-Ozon untuk membersihkan ikan dimana bau hanyir hilang begitu sahaja sementara ikan tersebut tahan lebih lama dan lebih segar. Sejak dari itu, saya menggunakan pemproses air Rx-Ozon untuk sayur-sayuran, buah-buahan, makanan mentah malah untuk menghilangkan 'bau pasar' dari kereta".

PHILIP HAMZAH - Lumpuh (Akibat Kemalangan)

Philip Hamzah

"Saya bertugas di pelantar minyak dan berulang-alik dengan helikopter. Pada 14 April 2005, terjadilah kemalangan helikopter, saya dan kawan-kawanyang berada dalam helikopter terpaksa terjun setinggi bangunan 7 tingkat. Selepas kemalangan, saya tidak dapat bergerak selama enam bulan. Setelah minum Rx-Water dan Rx-Tra, selama beberapa bulan, saya telah mula boleh mengiringkan badan dan bangun sendiri tanpa bantuan".

MOHD MUZMIN NORDIN - Penyakit Kanser Tulang

Mohd Muzmin Nordin

"Saya disahkan mengidap penyakit kanser tulang setelah tiba-tiba terjatuh ketika bermain badminton. Semasa di x-ray doktor dapati ada tumor ditulang peha dan disahkan berlaku sejak 8 tahun yang lalu lagi. Pembedahan telah dilakukan pada Sept 2004 di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan tetapi sakit semula selepas 2 bulan. Semasa di Hospital Pulau Pinang, doktor menyatakan tempoh hayat saya hanya 3 bulan sahaja. Sekali lagi saya dirawat dan buat MRI di Hospital USM Kubang Kerian. Doktor juga mengesahkan bahawa sebahagian tulang peha saya terpaksa dipotong dan digantikan dengan tulang plastik. Buat sementara waktu saya terpaksa menggunakan steroid dan ia memberi kesan sampingan yang teruk. Pada bulan Mei 2005, saya mula menggunakan Rx-Water & Rx-Tra. Pada Jun 2005, saya disahkan oleh pakar di Hospital USM telah sembuh 80% dari kanser dan boleh bekerja seperti biasa. Saya sekeluarga amat bersyukur kerana diberi harapan baru dalam hidup saya".

IBRAHIM B. SA'UD - Penyakit Lumpuh

Ibrahim b. Saud

IBRAHIM B SA'UD dari Yala, Thailand - "Sebelah kiri badan saya lumpuh dan tak dapat bergerak selama 2 tahun. Bermacam-macam perubatan telah dicuba tetapi tiada kesan. Selepas 45 hari minum Rx-Water dan Rx-Tra, tangan dan kaki saya bertenaga sedikit demi sedikit sehingga boleh diangkat sendiri. Sekarang saya sudah boleh berjalan dengan menggunakan tongkat".

PN KHUMAIRAH JUAINI - Penyakit Imsonia

Pn. Khumairah

"Selama 20 tahun saya derita dengan penyakit ini, hingalah seorang kenalan, memperkenalkan saya kepada Rx-Water. Menurutnya ia mujarab untuk pelbagai penyakit. Dengan syarat, amalkan sebagai minuman harian kerana air ini bukan semata-mata 'air kosong'. Tetapi penuh dengan nikmat dan khasiat. Pada hari pertama saya minum Rx-Water, saya sudah rasai perbezaanya berbanding hari-hari sebelum ini. Malam itu saya boleh tidur dengan lena dan lebih nyenayak. Walaupun sesekali masih terjaga, tetapi ia tidak sama seperti sebelumnya. Ketika itu saya teringat Rx-Water yang jelas sekali, memberi kesan yang begitu ketara".

CHE DAUD CHE MAT - Terlantar Akibat Pelbagai Komplikasi Kesihatan

Che Daud Che Mat

Beliau mula diperkenalkan kepada Rx-Water ketika sedang terlantar akibat pelbagai komplikasi kesihatan yang melanda dirinya seperti gout, arthritis, darah tinggi dan jantung bengkak.
"Empat bulan saya terlantar sakit dan dengan mengambil Rx-Water sebagai salah satu terapi, alhamdulillah selepas 3 minggu, saya dapat melihat perubahan ketara. Daripada tidak boleh berjalan & terpaksa berkerusi roda, saya 'buang' terus kerusi roda dan juga tongkat saya tu. Saya dah boleh berjalan tanpa masalah dan kesakitan lagi. Malah, kawan-kawan pun khairan bagaimana saya boleh sembuh dengan begitu cepat sedangkan sebelum itu berbulan-bulan saya terlantar di hospital," ujar Che Daud.

ADEM DEMIR - Masalah Tekanan Perasaan

Adem DemirADEM DEMIR, dari Denmark - "Selama beberapa minggunpada musim bunga 2005, saya berasa tertekan. Ini membuatkan saya tidak dapat membuat aktiviti-aktiviti harian dengan baik. Setelah beberapa lama, saya menyedari bahawa saya menghadapi masalah tekanan yang melibatkan minda dan fizikal. Keadaan tersebut menggangu pemakanan saya, waktu tidur dan membuatkan saya berasa penat, merasa tidak berharga dan murung sehingga tiba pada satu tahap saya hampir-hampir berputus asa.

Setelah dipujuk oleh isteri dan anak-anak, saya berjumpa dengan doktor bagi merawat masalah ini. Doktor telah memberikan 3 ubat anti-depressan dan memberitahu bahawa proses pemulihan akan mengambil masa. Saya tidak berdaya lagi untuk menunggu hasil rawatan tersebut dan telah berhenti daripada mengambil ubat-ubat tersebut kerena terdapat kesan sampingan.

Kemudian saya berjumpa dengan Ustaz Abdul Majed. Beliau mengesyorkan saya minum Rx-Water. Setelah meminum Rx-Water selama 3 minggu, saya dapat rasakan yang masalah tekanan saya telah sembuh. Rx-Water bukan sahaja berkesan dan menakjubkan, tetapi juga mempunyai rasa yang sedap. Namun yang paling penting, Rx-Water telah berjaya merawat saya tanpa apa-apa kesan sampingan".

Amaran: Rx-Water bukan sejenis ubat. Kami tidak mengesyorkan anda menggantikan perkhidmatan professional doktor perubatan dengan terapi ini. Sila dapatkan nasihat doktor anda dahulu bagi mereka yang berada di bawah pengawasan doktor.
Beli Rx-Water Sekarang
 

Bagaimana hanya dengan menggunakan 'air yang betul' ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit? Kami pasti ramai yang tertanya-tanya serta ingin mengetahui sendiri khasiat serta kelebihan yang terdapat didalam air ini. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai perkara tersebut pada laman berikut Rahsia Air Sebagai Penawar.

 

Yang Sihat Ada 1,000 Impian, Yang Sakit Hanya SATU... Jika Anda Fikirkan Kesihatan Itu Mahal, Cubalah Kesakitan...

Dato' Dr. Noordin Darus

 

produk berkualiti
 
Cara Buat Pembelian || Menerusi SMS || Menerusi Kad Kredit