Krim RxYoung (AM.PM Therapie)
Kisah Bermulanya RxYoung...
Dato’ Dr. Noordin Darus melalui syarikat beliau -- WorldWellness Network (WWN) yang begitu terkenal dengan produk pelangsingan badan RxLite serta sistem terapi air penawar Rx-Water yang berkesan mambantu ramai penggunanya pelbagai jenis penyakit, kini telah melangkah satu tapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan pula Produk Anti-Penuaan & Awet Muda -- RxYoung.
Dr Noordin Darus telah disahkan mengidap penyakit kanser darah oleh doktor pakar di Hospital Universiti pada tahun 2001 dan kini pulih sepenuhnya hasil bantuan sistem panapisan air Rx-Water yang telah beliau ilhamkan. Sebagai bekas pesakit kanser dan pakar kesejahteraan, kini Dr Noordin berazam untuk membantu lebih ramai lagi individu yang mungkin kurang bernasib baik -- dengan menghasilkan produk kesejahteraan yang berkualiti.
Untuk pengetahuan anda, Dr Noordin Darus juga merupakan seorang pakar kesejahteraan terkemuka dan doktor perubatan, merupakan pelopor terapi kesejahteraan alternatif selama lebih dari 20 tahun menerusi seminar terkemuka dan produk kesejahteraan yang diiktiraf. Beliau juga mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang-bidang berkaitan:
- Kelulusan Doktor Perubatan dari Universiti Malaya
- Pakar Perubatan Kesukanan terlatih dari London, United Kingdom
- Bekas Pegawai Perubatan Psikiatrik di Hospital Universiti Malaya
- Bekas Pengarah Sains dan Perubatan Kesukanan di Majlis Sukan Negara (MSN)
- Bekas Presiden Pertubuhan Perubatan Kesukanan Malaysia
- Pakar Motivasi Kesihatan dan Kesejahteraan terkemuka
- Penulis buku Kesihatan dan Kesejahteraan
- Penyumbang artikel untuk NST, The Star. Berita Harian dan majalah-majalah kesihatan
- Personaliti Terkemuka dalam rancangan kesihatan di RTM, TV3 dan Astro

Sekiranya anda masih ingat... Dr. Noordin juga kerap muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1, jam 8:00 setiap pagi sekitar penghujung tahun 80-an dan awal 90-an dahulu. Dengan sifat ingin tahu dan pengalaman yang luas, Dr. Noordin Darus sentiasa berani mencuba penyelesaian baru dengan formulasi ciptaan sendiri untuk memenuhi keperluan harian pengguna.
Kini, beliau memperkenalkan yang terbaru dalam rawatan Anti-Penuaan dengan pengenalan Siri Produk RxYoung. Formulasi di dalam siri ini membantu menghalang penuaan awal, melawan radikal bebas yang merosakkan kulit, memperbaiki sel kulit yang rosak , mempertingkatkan produksi sel baru dan mengurangkan kesan penuaan.
Siri Produk RxYoung berfungsi dengan mencegah dan merawat. Oleh itu, ianya sesuai dengan semua jenis kulit dan peringkat umur, menjadi formula sejagat yang membantu menguruskan kesan penuaan.
Krim Anti-Penuaan RxYoung

AM.PM Therapie telah dicipta untuk berfungsi sebagai krim sepanjang hari - memberikan perlindungan di siang hari, dan merawat di waktu malam. Dengan perangsang protein kolagen, kandungan anti-oksida, pelembab permukaan semulajadi dan pelindung sinaran UV, rasailah perbezaan dalam 24 jam penggunaan dan perubahan tampak selepas 15 hari.
Abalone Collagen
- Membetulkan Link-X dalam Kolagen Kulit
- Mengurangkan kedutan dan garis halus
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Memperbaiki peredaran darah
- Mengurangkan Kedut, Kesan Matahari & kesan akibat daripada Pencemaran Udara
Xanthone (Buah Mangis)
- Anti-oksida yang 100 kali lebih berkuasa dari Vitamin A, C & E
- Membantu merawat sel yang rosak & menyihatkan kulit
- Menghalang penyakit 'degenerative' (akibat kemerosotan penghasilan sel-sel tertentu)
Arbutin (Bokok Birbery)
- Merupakan agen pencerahan kulit semulajadi (bagi menggantikan 'hydroquinone' yang sering digunakan dalam produk pencerahan)
- Menapis Sinaran UVB/U
- Menghalang pembentukan pigmen pada kulit sperti 'liver spot', bintik-bintik & kesan terbakar akibat sinaran matahari
Vitamin E
- Membantu melindungi kulit dari kerosakan awal sinar ultraviolet
- Meningkatkan keberkesanan skrin matahari semulajadi
- Bahan pelembap bagi mengurangkan kehilangan air dari kulit
- Anti-Oksida & Anti-Radang bagi penyembuhan terkawal
- Menjadi kulit lebih halus
Licorice
- Bahan pelembap kulit yang amat efektif
- Sebagai anti-peradangan, anti-bakteria, anti-oksida, anti-alergi bagi membantu melawan radang kulit, ekzema, 'stretch marks' dan psoriasis.
- Juga sebagai agen pencerahkan kulit semulajadi
TURUT MENGANDUNGI: Allantoin / B3, Rice Germ Oil, Aloe Vera & L-Arginine
- Allantoin / Niacin B3 - Meningkatkan Kolagen & Imun, Melembutkan kulit, Kulit lebih muda, Memutihkan kulit serta Anti-Jerawat.
- Rice Germ Oil - Anti-Oksida, Penyerap UV, Bahan Pelembap & Libido (meningkatkan keghairahan)
- Aloe Vera - Penyembuhan Kulit, Bahan pelembab, Percambahan sel kulit, Mengurangkan Keradangan & Bengkak, Perlindungan UV serta menjadikan Kulit lembut.
- L-Argitine - Meningkatkan pengaliran Darah, Membantu menyembuh luka, serta sebagai agen pencerahan.
Khasiat & Kebaikan: Krim Anti-Penuaan RxYoung
Secara teorinya Krim Anti Penuaan RxYoung ini akan memberikan anda Khasiat 5K iaitu; Anti-Kedut, Anti-Kendur, Anti-Kasar, Anti-Kering dan Anti-Kusam. Berikut merupakan khasiat tambahan yang boleh anda perolehi hasil daripada mengamalkan krim Anti-Penuaan RxYoung ini.

Cara Penggunaa Krim RxYoung
Sapukan pada muka dan leher yang telah dicuci pada waktu siang dan malam. Untuk kesan yang lebih efektif, ikuti dengan urutan lembut di kawasan 'meridien' (rujuk pada rajah di sebelah) serta sapukan Krim Anti-Penuaan RxYoung ketika sebelum anda masuk tiduk diwaktu malam.
Selain menyapukan pada 4 kawasan meridien yang terdapat didalam gambar tersebut, anda juga menyapu sedikit krim tersebut pada urat yang terdapat diatas sambungan siku dan dibawah payu dara (khas bagi wanita).
SOALAN LAZIM MENGENAI KRIM RxYOUNG
- Mengapa saya merasa gatal dan ruam muncul di wajah saya selepas satu minggu penggunaan ?
Penyebab utama berlakunya kegatalan dan ruam dipermukaan kulit adalah kerana dehidrasi dan kekeringan pada kulit anda, dimana itu adalah isyarat bagi anda untuk meningkatkan lagi penjagaan kulit rutin sehari-hari anda secara dalaman iaitu minum air bersih yang banyak. - Adakah ada faktor lain yang menyebabkan ruam dan kegatalan?
Ya. Rutin penjagaan kulit harian anda memainkan peranan yang amat penting untuk menentukan keadaan kulit anda sekarang. Pembersihan adalah langkah pertama dari rutin penjagaan kulit harian anda, anda perlu menyemak dahulu jenis pembersih muka yang anda akan gunakan. Pembersihan dengan surfactants (surface active agent) yang kasar (dengan banyak buih) seperti SLS, SLES atau sejarah dari penggunaan hydroquinone juga boleh menyebabkan kulit semakin kering dan perlu lebih peka dengan pemilihan produk kecantikan. - Apakah ada cara penyelesaian untuk menyembuhkan gatal-gatal dan ruam?
Konsep penyelesaian untuk menyelesaikan masalah hidrasi pada kulit anda, anda hanya perlu mengambil langkah-langkah yang mudah untuk mencegahnya:- Memilih pembersih muka yang sesuai untuk kulit anda. Memilih pembersih muka yang mempunyai pelembap yang baik dan kurang buih, seperti pembersih muka gel, pembersih muka minyak dan pembersih muka susu. Cuba elakkan penggunaan sabun.
- Memakai pelembab atau spray Rx-Water pada muka. Menggunakan pelembab atau anda boleh spray (renjiskan menggunakan penyembur) Rx-Water pada muka sebelum memakai Krim RxYoung dan sapu dengan lapisan nipis.
- Sapu krim pada badan. Sapu Krim RxYoung pada bahagian Meridian Point badan sahaja.
- Adakah produk ini sesuai hanya dipakai diwaktu pagi sahaja atau sesuai dipakai pagi dan malam?
Krim RxYoung, sesuai untuk siang dan malam. Namun disyorkan penggunaannya hanya pada waktu malam bagi pengguna yang memiliki kulit yang kering dan sensitif. - Bolehkah saya menggunakan produk ini bersama produk lain? Seperti Serum?
Boleh, menggunakan produk ini bersama-sama dengan produk penjagaan kulit hidrasi lain seperti serum, penyegar dan pelembab perlindungan UV. - Berapa lamakah waktu yang diperlukan untuk mengurangkan bintik-bintik / pigmentasi saya?
Produk ini, mengandungi kepekatan agen pemutih semulajadi yang tinggi, ia hanya memerlukan masa sekitar 15 hari untuk melihat perubahannya. Anda dapat melihat perubahan dari pigmentasi dan bintik-bintik pada wajah mula berkurangan selama 2 minggu pertama dan akan hilang secara berperingkat. Hasil ini akan berbeza-beza mengikut keadaan kulit setiap individu. - Adakah ada had umur penggunaan? Contoh: sekiranya saya masih berumur 11 tahun?
Ia tiada had umur penggunaanya. Namun, ini adalah produk anti-penuaan dan ianya tidak sesuai untuk remaja dan fungsinya adalah sangat diperlukan untuk mereka yang berusia 25 tahun keatas. - Bolehkah sekiranya pengguna lelaki ingin menggunakan produk ini?
Boleh. Produk ini, tidak mengandungi sebarang bahan hormon ataupun steroid dan sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan. - Bolehkah saya menggunakan krim ini, sewaktu saya mengalami menstruasi (haid)?
Boleh. Produk ini, tidak mengandungi sebarang bahan hormon ataupun steroid dan tidak akan mengganggu sistem hormon didalam badan. - Sekiranya saya tidak mengikuti Meridian Point dengan betul, adakah saya akan mengalami masalah?
Tidak, ia tiada mendatangkan masalah untuk anda. Ia tetap selamat pada seluruh wajah dan tubuh walaupun di luar Meridian Point. Konsep mengaplikasikan krim pada Meridian Point adalah untuk meningkatkan lagi tindakan penyerapan nutrisi dari krim dengan lebih baik dan lebih berkesan. - Kebiasaanya saya akan mengalami masalah alergi terhadap makanan laut, oleh itu bolehkah saya menggunakan produk ini?
Bagi mereka yang alahan terhadap makanan laut, tidak digalakkan mengguna krim ini kecuali dia hanya alahan terhadap makanan laut tertentu sahaja dan bukan abalone, maka dia boleh guna krim ini. Misalnya, kadangkala hanya alahan terhadap protein udang tapi mereka boleh mengambil protein lain seperti protein ketam atau protein kerang. Oleh itu, tidak digalakkan diambil oleh mereka yang mengalami alahan terhadap abalone saja. - Bagaimana pula cara penyimpanan produk ini untuk memastikan kandungannya sentiasa dalam keadaan yang baik?
Hindari dari sinaran cahaya matahari. Guna spatula untuk mengambil jumlah krim yang diperlukan dan baru sapu atas muka atau badan. Jangan sekali mengguna tangan yang mungkin mencemarkan krim itu.
Testimoni Pengguna Krim RxYoung
Dibawah ini, kami telah memaparkan beberapa testimoni daripada para pengguna yang telah berjaya memulihkan kembali masalah kulit muka mereka dengan bantuan Krim Anti-Penuaan RxYoung.
Video Testimoni Krim Anti-Penuaan RxYoung
Sesetengah komputer mungkin mengalami masalah bagi menonton video dibawah ini. Bagi mengelakkan masalah tersebut pastikan komputer anda mempunyai perisian 'Adobe Flash Player' yang terkini. Anda boleh mendapatkanya secara percuma melalui link Get Flash Player ini atau sila gunakan browser Google Chrome. Sila tukar setting video dibawah dari 360p kepada 240p - sekiranya talian internet anda kurang memuaskan.
ISMAILIZAI TUAN ISMAIL - Pelabuhan Kelang, Selangor.
AZIZAH BINTI TUAH - Ipoh, Perak.
Kenapa Anda Perlu Mendapatkan Produk RxYoung Menerusi Kami?
Pihak kami merupakan ahli WorldWellness Network (WWN) iaitu syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk Anti-Penuaan RxYoung ini dan kami juga merupakan pengedar sah kesemua produk keluaran WWN. Jadi anda tidak perlu risau mengenai produk tiruan kerana kesemua produk yang kami tawarkan adalah produk asli.
Dengan pembelian RxYoung menerusi kami (produk minuman ataupun krim), nama anda akan didaftarkan sebagai ahli WorldWellness Network (WWN). Dengan menjadi Ahli WWN, anda berhak untuk membuat pembelian pada harga ahli yang lebih murah serta berpeluang menjadi pengedar (penjual) produk keluaran WWN ini bagi menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
Sila hubungi kami sekiranya anda berminat serta inginkan maklumat lebih lanjut, bagaimana untuk menjadi pengedar barangan hebat keluaran WorldWellness Network (WWN) seperti RxYoung, RxLite, Super RxLite, Rx-Water dan sebagainya. Pihak kami juaga akan memberikan tunjuk ajar bagi membantu anda memulakan perniagaan ini.
Nama Produk |
Semenanjung Malaysia |
Sabah / Sarawak / Labuan |
|---|---|---|
| Minuman RxYoung | RM270.00 |
RM280.00 |
| Krim RxYoung | RM270.00 |
RM280.00 |
| Set RxYoung (Minuman & Krim) | RM490.00 |
RM500.00 |
Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda
Selain itu, anda juga akan menerima buku panduan RAHSIA KURUS: Fasa Permulaan. Buku ini hanya diberikan kepada para pembeli yang membuat pembelian produk RxYoung menerusi kami sahaja. Anda tidak akan mendapat tawaran ini daripada para penjuan produk RxYoung yang lain.
Untuk maklumat anda -- biasanya buku Rahsia Kurus ini hanya kami berikan kepada para pelanggan yang membuat pembelian produk pelangsingan RxLite sahaja. Kami tahu, ramai dikalangan anda semua bukan sahaja mahu kehidupan yang lebih sihat sahaja, tetapi juga mahu kelihatan lebih kurus dan menarik.
Menerusi buku ini, anda akan didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan pemakanan serta panduan asas bagi membantu anda mengurangkan berat badan dan menikmati kehidupan dengan cara yang lebih sihat.
Ini kerana sesetengah penyakit seperti seperti sakit sendi (lutut), sakit belakang, masalah saraf dan sebaginya sering kali dikaitkan dengan masalah lebihan berat badan. Jadi dengan membakar lebihan lemak tersebut ia dapat membantu anda menyelesaikan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan.
Maka pemberian buku RAHSIA KURUS: Fasa Permulaan boleh dianggap satu bonus bagi membantu memperbaiki tahap kesihatan anda dan secara tidak langsung ia akan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang lebih menarik.
Jadi, sila klik pada gambar banner dibawah bagi membuat pesanan Produk Anti-Penuaan RxYoung anda. Atau anda juga boleh klik pada link berikut sekiranya anda ingin tahu Cara Membuat Pembelian Menerusi kami.
Anda boleh menghubungi kami menggunakan Borang Maklum-Balas yang kami telah sediakan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Anti-Penuaan RxYoung atau produk keluaran WorldWellness (WWN) yang lain.





