Kelab SihatCyber.com
Apa Yang Membuatkan Kami Berbeza...
Kelab SihatCyber.com ini merupakan usaha & sumbangan kami bagi membantu anda mencapai impian...
Tujuan utama pihak kami mewujudkan ruangan SihatCyber.com ini adalah:
- Membantu anda 'mencapai impian' untuk menguruskan dan melangsingkan badan
- Membantu anda menjadi seorang Usahawan WorldWellness yang berjaya
- Berkongsi kemahiran kami di dalam bidang IT, komputer dan e-dagang
- Berkongsi pandua, buku dan berita yang berkaitan dengan kesihatan
- Memnjadikannya sebagai satu 'platform' untuk anda serta ahli-ahli RahsiaRxLite.com yang lain berbincang dan bertukar pandangan
Melalui kelab SihatCyber.com tersebut, kami bukan sahaja berkongsi maklumat yang berkaitan dengan diet, cara menurunkan berat badan, senaman atau kesihatan sahaja. Tetapi, kami juga mahu setiap ahli-ahli RahsiaRxLite.com 'sihat' dan bijak di dalam bidang komputer dan internet. Kami akan cuba memberikan yang terbaik bagi berkongsi pengalaman yang kami ada di dalam bidang Teknologi Maklumat ini. Maklumat-maklumat tersebut akan kami kongsikan didalam bentuk artikel, video, e-book (yang boleh dimuat-turun) dan sebagainya.
TANPA MAKLUMAT YANG TEPAT, SUKAR BAGI ANDA MENGURUSKAN BADAN
Daripada pengalaman kami yang lepas, kami dapati terdapat ramai pengguna 'satu produk pelangsingan yang cukup terkenal' tidak tahu bagaimana untuk mengamalkan diet seperti yang disarankan oleh produk tersebut. Jika pengguna produk tersebut sendiri tidak tahu apakah dia 'kalori' dan 'kcal', bagaimana mereka hendak menguruskan badan dengan produk tersebut.
Masaalah ini terjadi disebabkan para pembeli produk tersebut tidak didedahkan dengan cara mengamalkan diet yang 'terperinci' samaada oleh pengeluar ataupun kebanyakkan para penjualnya. Akibatnya ramai yang menghadapi masaalah untuk mengamalkan diet tersebut dan ada juga pengguna mereka yang bertanya kepada kami bagaimana untuk mengamalkan diet tersebut.
Apa yang kami ingin sampaikan disini, tanpa sebarang pengetahuan yang mencukupi memang agak sukar untuk anda menurunkan berat badan. Walaupun Program Terapi RxLite ini memang mudah untuk di amalkan serta tidak mempunyai banyak pantang-larang, tetapi kami pasti anda inginkan cara yang lebih berkesan dan mampu memberikan penurunan yang maksima. Sebab itulah kami telah mewujudkan SihatCyber.com bagi membantu para pembeli kami untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan tadi.
IKUTI CARA KAMI, JIKA INGIN MENJADI SEORANG USAHAWAN YANG BERJAYA
Selain itu, disebabkan WorldWellness Network (WWN) menjalankan perniagaan jenis berangkai ataupun dengan kata lainnya MLM, maka anda akan dapati di dalam ruanga blog SihatCyber.com, kami bukan sahaja mengajar ataupun mendedahkan kepada anda tentang maklumat yang berkaitan kesihatan, tetapi kami juga akan memberi tujuk-ajar berkaitan pemasaran.
Berbekalkan pengalaman dan kemahiran kami di dalam perniagaan melalui Internet, kami tahu dengan menggabungkan MLM dan Internet... ia akan memberikan satu pulangan yang sungguh lumayan, tidak memerlukan kos yang tinggi serta boleh dilakukan secara sambilan hanya di rumah sahaja. Inilah yang membezakan sistem MLM konversional dengan sistem MLM yang dijalankan melalui Internet.
Selain daripada sebuah Laman Web Percuma yang akan kami berikan kepada anda, melalui blog SihatCyber.com anda juga akan didedahkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pemasaran. Dengan hanya laman web TANPA mengetahui kaedah pemasaran yang berkesan, perniagaan anda pasti tidak akan berkembang. Inilah kelebihan yang bakal anda perolehi apabilah menyertai WWN dibawah rangkaian RahsiaRxLite.com. Selain itu, untuk berjaya di dalam 'Network Marketing', anda memerlukan satu sistem yang mudah diikuti serta diulangi oleh kesemua ahli dibawah rangkaian anda.
Kami juga tidak mahu menjadi seperti sesetengah penjual serta penaja (upline) yang mana mereka hanya pandai menjual barang, tetapi tidak mengajarkan ahli-ahli mereka bagaimana untuk berjaya. Disebabkan perkara tersebut, kami juga bersedia untuk membuka keahlian di Kelab SihatCyber.com ini bukan sahaja kepada anda tetapi ianya juga akan diberikan kepada kesemua ahli-ahli di bawah tajaan anda.






