WorldWellness Network (WWN)
Khamis, 23 Februari 2012
Sejarah Ringkas WorldWellness
Pada tahun 2001, Dato' Dr. Noordin Darus, seorang pakar kesejahteraan terkemuka tanah air, disahkan mengidap penyakit kanser darah. Dalam usaha beliau mencari penyelesaian bagi meringankan beban kesakitan menjalani rawatan kanser, beliau mendapati bahawa air minuman memainkan peranan yang amat penting dalam membantu menjamin kesejahteraan tubuh badan. Dengan kesedaran ini, beliau mula mencipta formula unik dan kemudian lahirlah satu sistem penapis air berkonsep 'aura' yang bertama di dunia Rx-Water®.
Pada permulaannya, RxWater dicipta bagi membantu beliau sendiri menghadapi rawatan kanser, tetapi lama-kelamaan, dengan testimoni yang meyakinkan, orang ramai mula memeperkatakan tentang ciptaan doktor perubatan kelahiran Pulau Pinang ini.
Pada tahun 2003, Rx-Water mula dipasarkan secara besar-besaran melalui WorldWellness Network Sdn. Bhd dan sehingg ke hari ini (tahun 2010), lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman Rx-Water. Sejak dari itu, WorldWellness Network telah mengembangkan perniagaannya dalam mengeluarkan produk-produk kesejahteraan yang berkualiti bagi membantu individu dari segenap lapisan masyarakat.
Pada tahun 2005, produk Rx-Water hasil ciptaan beliau tadi telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Rekabentuk Malaysia (Malaysia Good Design). Ia adalah pengakuan rekabentuk tertinggi dari Kerajaan Malaysia (dibawah MOSTI) bagi menyokong penghasilan produk yang berkualiti dari segi rekabentuk dan pembuatan.
Temuramah Bersama Dato' Dr. Noordin Darus mengenai produk baru C.A.N.T.I.K
KENALI PENGASAS WORLDWELLNESS NETWORK
Dato' Dr. Noordin Darus
Akibat daripada pengalaman menghidapi penyakit kanser sebelum ini dan telah sembuh sepenuhnya, kini Dato' Dr. Noordin Darus berazam untuk membantu menyembuh sekurang-kurangnya 1 Juta Pesakit serta untuk melahirkan 1,000 Jutawan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Dari cita-cita murni inilah maka wujudnya satu syarikat yang dikenali sebagai WorldWellness Network Sdn. Bhd.
Beliau juga mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang-bidang berkaitan:
- Kelulusan Doktor Perubatan dari Universiti Malaya
- Pakar Perubatan Kesukanan terlatih dari London, United Kingdom
- Bekas Pegawai Perubatan Psikiatrik di Hospital Universiti Malaya
- Bekas Pengarah Sains dan Perubatan Kesukanan di Majlis Sukan Negara (MSN)
- Bekas Presiden Pertubuhan Perubatan Kesukanan Malaysia
- Pakar Motivasi Kesihatan dan Kesejahteraan terkemuka
- Penulis buku Kesihatan dan Kesejahteraan
- Penyumbang artikel untuk NST, The Star. Berita Harian dan majalah-majalah kesihatan
- Personaliti Terkemuka dalam rancangan kesihatan di RTM, TV3 dan Astro
- Pengasas konsep 'The Art of Total Wellness'
- Pengasas WorldWellness Network dan rangkaian produk Aura yang pertama di Dunia
- Rekaan dan Inovasi produk berasaskan pengalaman sebagai Doktor dan juga sebagai bekas pesakit kanser
Bagi anda yang masih ingat... Dr. Noordin juga kerap muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1, jam 8:00 setiap pagi sekitar penghujung tahun 80-an dan awal 90-an dahulu.
Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan telah diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, syarikat swasta serta pelbagai organisasi yang lain. Sebagai Guru dan penceramah yang sungguh berjaya, beliau memang hebat dalam membantu para peserta menyesuaikan diri dengan konsep istimewa 'Kesejahteraan Yang Menyeluruh'. Di bawah ini merupakan pendapat para peserta yang pernah menghadiri program yang Dato' Dr. Noordin Darus anjurkan:
- "Yang Paling Baik pernah saya hadiri di peringkat tempatan dan antarabangsa"
Encik Misron Yusof, Pengarah Urusan, Federal Powder. - "Dikendalikan dengan begitu profesional"
Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan bekas CEO Kumpulan Guthrie. - "Kesannya ke atas rakan niaga kami begitu positif sekali"
DJ Fearn, ex-MD. Goodyear, Malaysia. - "Kita akan hantar semua kakitangan kami secara bergilir-gilir untuk mengikuti kursus ini dan kursus-kursus yang akan datang"
RK Abrahams, bekas Pengerusi/Pengarah, Caltex Oil, Malaysia. - "Saya harap lebih ramai orang akan mengikuti segala nasihat beliau"
Tan Sri Ani Arope, Bekas Pengerusi Eksekutif, TNB. - "Saya mahu menghadiri program susulan"
Hj. Mohd Saufi Abdullah, bekas Timbalan Presiden Kanan, HICOM Bhd.
KENALI SYARIKAT WORLDWELLNESS NETWORK
Menjadi Syarikat Pemasaran Berangkai (MLM) yang disegani dan dihormati
dengan menggunakan 7 Prinsip Sihat Sepanjang Hayat.
Info - Syarikat WorldWellness Network Sdn. Bhd.
- 100% milik Bumiputera
- Ditubuhkan pada 12 Mac 2003 dengan modal berbayar RM1.5 Juta oleh Dato' Dr. Noordin Darus, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Syarikat
- Syarikat Pemasaran Berangkai (MLM) tulen yang sah dan diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
- Antara syarikat MLM paling stabil dengan rekod bersih di dalam pembayaran balik bonus kepada ahli-ahli
- Menjadi Ahli di dalam Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
- Rangkaian produk yang disahkan oleh pihak Berkuasa dan dijamin selamat untuk digunakan
- Mempunyai 65,000 ahli dan 200,000 pengguna sehingga pada awal tahun 2010
Sebenarnya, Dato' Dr.Noordin Darus telah menubuhkan WorldWellness ini sejak dari tahun 90-an lagi. Tetapi pada masa itu, beliau hanya menawarkan perkhidmatan konsultan, penceramah serta motivasi yang berkaitan kesejahteraan sahaja. Tetapi selepas Dato' Dr.Noordin Darus pulih daripada penyakit kanser menggunakan sistem RxWater yang beliau cipta dan juga mendapat maklum-balas yang amat positif daripada individu lain, barulah beliau menubuhkan syarikat baru yang dikenali sebagai WorldWellness Network (WWN) Sdn. Bhd. bagi memasarkan produk-produk kesihatan untuk dikongsi dengan para pengguna yang lain.
Membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui produk berkualiti
serta peluang perniagaan yang kukuh dan dinamik.
WorldWellness Network
No.16 (Hadapan UiTM),
Jalan Othman, Seksyen 1,
46000 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-77887791 Fax: 03-77887792





